“Cukup Payah Anak Nak Makan, Paling Banyak Pun Dua Sudu Je”, Ada Trik Mama Ni Kongsikan!

Share

Ibu mana yang tidak tertekan bila anak langsung tak mahu makan. Sudah bermacam-macam resipi dan menu kreatif ibu sediakan tapi anak masih menolak makanan. Jika hal ini terjadi pada usia anak dua tahun ke atas pastinya tidak mengapa kerana mereka sudah punya citarasa sendiri dalam memilih makanan. Bagaimana pula kisahnya dengan bayi yang baru berusia 7 bulan? Pening bukan.

Perkongsian ibu ini, Puan Wan Mahirah boleh anda ikuti, jika berdepan dengan situasi yang sama. Rupanya ada trik yang dikongsikannya bagi membangkitkan selera anaknya yang baru berusia 7 bulan. Memang menarik.

 


Just sharing. Anak saya 7months +. Sebelum ni cukup payah nak makan. Paling banyak makan 2 sudu teh, lepas tu tak mau dah.

Setelah macam-macam saya cuba dari umur dia 6 bulan, alhamdulillah sekarang dia dah semangat makan, bukak mulut sendiri, kalau tengah main pun dia akan merangkak datbg kalau nak suap makanan.

Ni antara yang saya buat. Mostly, try n error dari group ni..

 

1) Cuba bagi dia makan pada timing yang same. Cth: pagi n tengahari anak saya makan kat nursery. Petang saya balik keje, saya akan suap dia makan before mandi.

2) Jangan paksa dia makan kalau dia tak nak. Nanti dia nampak kerusi, nampak kita pegang sudu pun dia dah nangis.Boleh cuba alih perhatian dia bukak kartun or suruh ayah dia agah-agah main, pastu suap makanan.

3) Anak saya memang tak suka bubur blend halus. Bila saya try bubur kasar sikit, dia buat muka muntah dahh. Ank saya baru 7 bulan.. Bubur saya tak blend dah, tapi lauk-lauk stim, then blend hancur. Baru campur dengan bubur.

4)b Beras apa nak pkai tu subjective. Anak saya boleh tolerate beras biasa, beras wangi or beras organic. So, saya tukar-tukar. Yang saya perasan anak saya dia start makan banyak bila portion nasi dia tak banyak compare dengan lauk. So, saya akan lebihkan labu or kentang untuk ganti carbo tu. Sayur protein tambah macam biasa.

5) Tastebud baby sangat senstive. So, saya akan add on kurma untuk manis, celery or serbuk bilis untuk masin, tomato untuk masam. So, dia rasa la jugak makanan dia ada rasa.. Hihi

6) Memang kalau berat anak tak naik, mak-mak paling stress. Tapi bagi saya as long as anak makan, dia active, shud b ok. Tak perlu stress, dia tengah belajar dan berat badan jugak dipengaruhi oleh genetic.

7) So, teruskan cuba n mencuba??

P/s: Tiap anak tu berbeza-beza. So elakkan compare anak kita dengan orang lain. Setiap mak semestinya akan buat yang terbaik untuk anak-anak.

All the best

Published by
SRM