Sambutan hari jadi ke-2 tahun cucu kepada Billionaire Malaysia iaitu Vincent Tan (Berjaya Corporation Berhad) dan arwah Tan Sri Sheikh Mohammad Nasimuddin (Naza Group) cukup simple!
Menerusi perkongsian Chryseis Tan, beberapa keping gambar anaknya, Arianna Faliq yang memakai gaun pink yang sangat comel.
Dekorasi majlis sambutan hari lahir Arianna atau nama penuhnya Arianna Kayla sangat simple, hanya belon yang menghiasi dinding rumah dan sebijik kek berwarna pink bersaiz sederhana.
Ads
Mengimbau kembali sambutan hari lahir pertama Arianna, Chryseis turut memuatnaik beberapa keping gambar lama Arianna dan majlisnya juga cukup simple.
Usahawan cantik ini juga sempat menitipkan ucapan buat cahaya mata tercintanya. Bagi Chryseis, Arianna adalah anugerah terindah baginya.
Ads
“Happy happy birthday my sunshine pie! Moga anda membesar menjadi seorang yang baik budi perkerti. Awak adalah anugerah terindah buat kami”
Untuk rekod, Chryseis dan Faliq mendirikan rumah tangga pada tahun 2018. Pernikahan pasangan sama cantik sama padan yang diibaratkan bak sang puteri dan putera raja yang menyatukan dua keluarga jutawan terbesar negara iaitu Naza Group dan Berjaya Group ini pernah menjadi bualan hangat pada tahun 2018.
Ads
Susulan berita pernikahan diantara waris kepada dua syarikat terbesar di Malaysia, nama kedua-dua pasangan ini mula menjadi carian utama di Google Search.
Memang seronok apabila mempunyai anak ramai. Tetapi bila anak-anak sudah mula bergaduh, memukul, tidak mahu berkongsi barang dan mencubit, semuanya jadi tidak indah. Boleh dikatakan tidak ada bonding antara adik-beradik.
Apabila tiadanya bonding dengan adik-beradik mulanya wujud rasa cemburu dan pergaduhan dalam keluarga. Jadi perlu dilakukan sesuatu supaya ada ikatan kasih sayang antara adik beradik.
Bagaikan air yang di cincang tidak akan putus, begitulah hubungan dengan adik beradik. Dalam usaha mendidik anak, pendidikan akidah adalah amat penting iaitu memantapkan keimanan pada jiwa anak-anak. Tip yang dikongsikan oleh Datuk Prof Dr Muhaya antara yang boleh dijadikan panduan supaya kasih sayang terjalin utuh antara adik beradik.
1. Elak pergaduhan
Apabila wujud pergaduhan antara adik beradik, tanya kepada anak, adakah ia bagus atau tidak. Ambil gambar semasa bergaduh atau rekod suara jeritannya. Rekodkan. Manakala rekodkan semasa anak dalam keadaan gembira. Bandingkan dan tanya kepada anak-anak, adakah ia sikap yang baik? Berikan penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami bahawa pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikkan dalam kehidupan.
2. Beri pujian
Jika anak-anak memperlihatkan perilaku yang baik, berikan pujian. “Baiknya anak mama.” Tujuan cara ini supaya ia menjadi budaya iaitu berbuat baik akan diberi pujian. Namun jika sebaliknya jangan jadikan ia isu besar. Anak-anak sengaja buat-buat nakal dan bergaduh kerana inginkan perhatian daripada ibu bapa.
3. Minta maaf
Pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikan dalam kehidupan. Ajar anak untuk mengucap perkataan ‘minta maaf’ tetapi bukan memaksa mereka. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh seperti,“Mama minta maaf. Tadi mama jerit dan garang!”. Apabila anak melihat ibu bapa berbuat demikian, anak-anak akan mengikutinya. Hakikatnya pada usia bawah enam atau tujuh tahun anak-anak akan menyerap apa yang dilihat dan didengar. Jadikan ia sebagai satu kebiasaan dalam diri anak.
4. Kongsi makanan
Mendidik anak mengenai perkongsian makanan melibatkan perasaan. Ibu bapa akan menjadi contoh bukannya memberi contoh. Apabila ada makanan, ibu bapa akan berkongsi dengan anak. “Rasa happy tak bila mama kongsi makanan dengan abang? Bila abang kongsi dengan adik, mesti adik happy kan”. Fokus tentang emosi iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikan. Pendekatan ini akan mendidik anak tentang kebaikan iaitu jika ada orang berbuat kebaikan, tentu ada orang akan buat baik kepada kita. Fokus kepada kebaikan, jangan marah kepadanya.
5. Bagi pilihan
Pergaduhan ekoran berebut barang permainan adalah perkara biasa. Namun selain marah kita boleh memberitahu kepada anak seperti, “Ok takpe adik nak main dulu, lepas puas main boleh kongsi dengan kakak ye.” Cara ini ibu bapa memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbahanan atau pertelingkahan. Penting setiap ibu bapa menggunakan pendekatan kelembutan semasa membesarkan anak. Begitu juga jika keluar ke pasar raya membeli makanan, misalnya, “ adik nak beli tak untuk kakak atau sepupu.” Cara ini secara tidak langsung memupuk sikap suka memberi dalam dirinya.
6. Aktiviti mengaji
Biarpun waktu mengaji tetap boleh mengikat kasih sayang adik beradik. Waktu mengaji ini dilakukan bersama-sama, ibu bapa boleh sediakan jurnal iaitu berapa banyak helaian yang sudah dibaca atau buat peraduan berkaitan aktiviti mengaji.
7. Sembahyang jemaah
Cara ibadah pula ialah melakukan sembahyang secara berjemaah dan jadikan ia sebagai kebiasaan iaitu apabila azan,katakan kepada anak, Allah memanggil kita, untuk mengucapkan terima kasih kita kena solat. Cara ini mudah untuk anak-anak faham. Kemudian setelah solat berjemaah, peluk antara satu sama lain.
8. Alam sekeliling
Bagi persekitaran pula, lakukan aktiviti harian seperti, “wow cantikknya langit, siapa buat? Allah! Siapa buat adik, Allah!, Siapa buat mata? Allah! Ibu bapa boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam sekeliling.
Kesimpulannya, untuk mendidik anak-anak mempunyai bonding atau kasih sayang antara adik beradik, ibu bapa haruslah menjadi seorang yang penyayang. Dengan ini mudah untuk kita sayang kepada anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Namun bila mana tidak berada di bawah jagaan kita, kita sebagai ibu bapa mula bimbangkan anak-anak kita terutama di rumah pengasuh atau juga di tadika. Doa dan bertawakal pada Allah adalah cara terbaik yang boleh dilakukan ibu ayah.
Tip dan doa yang diberikan oleh Ustazah Asma’Harun melalui perkongsian saudari Yusniza Yaziz ini boleh ibu amalkan di rumah. Mohon dilindungkan anak kita dan Allah pelihara anak-anak kita daripada anasir tidak sihat.
TIPS MENDOAKAN ANAK-ANAK
Perkongsian dari kuliah Ustazah Asma’ Harun.
ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin.
ALLAH Yang Maha Menjaga, ALLAH Yang Maha Mengawasi.
Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin pelihara dan jagalah anakku. Ya ALLAH aku serahkan anakku dalam jagaan dan peliharaan-MU.
Kalau anak nak terpengaruh dengan benda tak elok di sekolah, di universiti atau tempat kerja dia, ALLAH akan jaga dia. ALLAH akan lindungi dia dari pengaruh yang tak elok.
Anak kita pergi sekolah, balik selamat. Siapa yang jaga?
Anak kita di rumah kita tak mampu nak jaga. Daripada kecil sampai besar bukan kita yang jaga anak-anak kita. Wahai para ibu ayah tolong faham perkara ini.
Kadang kita sebut mak jaga engkau daripada kecik sampai besar. Sebenarnya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin yang jaga anak kita.
Mak yang bagi makan, susah payah mak ayah bekerja bagi kau makan apa semua. Sebenarnya ALLAH Ya Razzaq yang bagi rezeki pada anak tu. Kita adalah perantaraan saja.
Mak yang bagi kau kasih sayang sampai tak tidur malam. ALLAH Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud yang beri kasih sayang kepada anak tapi kita perantaraan ALLAH.
Mak yang besarkan kau. ALLAH Ya Kabir Ya Mutakabbir ALLAH Yang Besar dan Maha Membesarkan, bukan kita.
Tolong jangan sandarkan kepada kita akhirnya kita bimbang kita buat semua kerana anak bukan kerana ALLAH.
Firman ALLAH dalam Quran ALLAH sebut gambaran penghuni di Padang Mahsyar ALLAH akan melemparkan amalan masing-masing ke muka masing-masing, lalu ALLAH berkata,
“Pergilah kamu kepada mereka yang kamu berbuat untuk mereka ketika di dunia dahulu adakah mereka boleh beri kamu pahala?”
Na’uzubillah kalau hidup kita rupanya kita buat untuk anak. Bila anak tak menghargai, kita kecewa. Bila anak esok tak jaga kita, kita kecewa kita akan ungkit. Bila anak tak bagi duit kita kecewa kita ungkit apa yang kita buat.
Na’uzubillah. Susah payah kita mengandung, melahirkan anak sampai nak habis nyawa rupanya kita hanya mengharapkan penghargaan anak. Na’uzubillah. Esok susah payah kita itu akan dicampakkan semua. Masya-ALLAH.
Cuba hafal Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4.
Itu sebut bayan. Kalau anak kita dapat ilmu saja tak cukup, tapi kalau dapat Al-Bayan, bila dapat ilmu dia faham dan dia ada kekuatan untuk beramal.
Pagi-pagi dan sebelum tidur dapat baca yang tu pun Subhanallah. Kita serahkan jagaan kepada ALLAH.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kami ingin bertanya kepada anda, adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak-anak anda sahaja? Berapakah jumlah ‘pemain’ yang ingin anda hasilkan?
Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kelihatan mudah, tetapi anda belum tentu bersedia dengan sebarang kemungkinan sehinggalah anda memiliki anak yang kedua dalam keluaraga. Apakah cabaran yang sering dialami oleh ibu bapa apabila anak kedua telah dilahirkan?
Reaksi anak pertama anda
Anak pertama anda mungkin akan menunjukkan beberapa perubahan kelakuan disebabkan oleh kelahiran adiknya yang baharu. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu memberikan terlalu banyak perhatian terhadap kelakuannya, tetapi ambil sedikit masa untuk bercakap dengannya. Anak pertama anda mungkin akan memberikan reaksi dengan cara memicit-micit lengan anak kedua atau mungkin juga mencucuk matanya. Katakan kepada anak pertama anda secara lembut bahawa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan. Galakkan anak pertama anda berinteraksi dengan anak kedua dengan cara yang lebih baik yang ditunjukkan oleh anda.
Masa bersama dengan anak
Jika dahulu, anda hanya menghabiskan masa melayan kehendak anak pertama anda, tetapi kini tidak lagi. Anda mempunyai tanggungjawab untuk membahagikan masa dengan baik untuk kedua-dua anak anda. Ketika mana anda sedang menyuapkan makanan kepada anak pertama anda, anak kedua anda pula merengek meminta untuk disusukan. Anda perlu bijak untuk menangani situasi yang berlaku. Mungkin anda boleh meminta saudara terekat untuk menjaga anak pertama anda sementara anda menyusukan anak kedua.
Waktu napping
Kedua-dua anak anda pasti akan mempunyai waktu nap mereka pada waktu tengah hari. Pada ketika ini, anda boleh menenangkan diri anda sebentar ketika mereka sedang tidur. Walau bagaimanapun, waktu nap juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Anda akan mempunyai kesukaran untuk merancang sebarang aktiviti dan keluar dari rumah. Begitu juga sekiranya salah seorang daripada mereka terjaga daripada tidur dan merengek. Rengekan yang kuat pasti akan mengejutkan anak anda yang lain daripada tidurnya.
Keluar dari rumah
Sekiranya anda rasa bahawa keluar dengan seorang bayi sudah cukup sukar, anda belum tentu dapat membayangkan bagaimana untuk keluar dari rumah bersama dua orang anak. Anda memerlukan lebih banyak masa untuk bersiap dan mempersiapkan kedua-dua anak anda. Selain itu, trip yang jauh amatlah tidak sesuai sekiranya kedua-dua anak anda masih kecil. Apatah lagi sekiranya anda perlu bersedia untuk menukar lampin dan memberi makan keduanya semasa anda dalam perjalanan.
Waktu tidur anda
Anda menidurkan kedua-dua anak anda pada waktu malam, tetapi belum pasti anda akan turut tidur dengan nyenyak pada malam tersebut. Bayi kedua anda mungkin akan mudah terjaga pada waktu tengah malam disebabkan oleh kelaparan atau ketidakselesaan yang berpunca daripada lampin. Anda tidak mempunyai sebarang pilihan selain daripada bangun tidur dan menyusukan bayi anda.
Jangan pernah menganggap setiap kelahiran baharu itu sebagai beban kepada anda. Sekiranya tidak diuji dengan kelahiran baharu, bagaimana anda boleh mengetahui tahap kemahiran anda dalam pengurusan anak dan rumah tangga? Oleh itu, anggaplah kelahiran baharu ini sebagai satu landasan untuk anda mengasah kemahiran anda untuk menjadi lebih cekap, fokus dan efektif dalam melakukan sesuatu perkara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar gula-gula dalam hidung yang bertukar keras seperti batu selepas bertahun-tahun. Ketahui simptom, risiko dan pengajaran penting untuk ibu bapa.