Bila kita hulur duit kat orang tua, orang tua suruh cukupkan dulu isteri dengan anak-anak. Katanya, isteri dengan anak-anak di bawah tanggungan dan tanggungjawab suami. Kalau suami tak cukupkan keperluan mereka, maka siapa lagi yang akan buat semua tu.
Orang tua kata, dia tak apa, boleh cari duit sendiri lagi. Kalau anak-anak tak bagi pun dia boleh hidup sekadar apa yang dia ada. Dia lagi nak anak-anak dia jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah daripada tanggungjawab sebagai seorang anak.
Ada lebih, baru bagi, tiada lebih, tak payah bagi.
Itu konsep orang tua saya, ada juga kawan-kawan yang kata sama macam ni. Asal hulur ja duit, mesti tolak, suruh bagi lengkap anak bini dulu.
Ads
Kita pun kerja bukannya hebat sangat, dahsyat sangat. Kita pun bukannya pakai Alphard, tapi kita tetap nak cuba bagi cukup anak bini, nak cuba bagi cukup orang tua sendiri. Isteri selalu pesan, bahagian dia tu, bagi je kat orang tua.
Apa yang ada dalam peti ais, apa yang ada dalam almari, dia makan, dia pakai. Kalau dah tiada apa-apa dalam peti ais, dalam almari, baru dia minta untuk beli.
Ads
Saya cuba jugak untuk bagi walaupun cukup-cukup makan. Ajaibnya, rezeki tu bertambah. Allah gandakan dalam pelbagai cara, dalam pelbagai keadaan, syaratnya, cukupkan dulu isi rumah kita semampunya, simpan sedikit untuk bawa orang tua kita makan, beli makanan kat orang tua kita, penuhkan keperluan dapur mereka dan sebagainya.
Berbakti kepada orang tua ni, bukan hanya hulur duit semata-mata. Ada banyak cara lagi. Pilihlah cara yang macam mana pun mengikut kemampuan yang kita ada sahaja.
Ads
Jangan sampai terabai mereka yang dibawah tanggungan kita, jangan sampai diabai juga mereka yang perlu kita bertanggungjawab.
Kredit: Firdaus Shakirin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bab memasak tak ada masalah untuk ibu-ibu, cuma bila nak mengelap dan membersihkan dapur lepas memasak tu ambil masa sikit. Setakat lap biasa-biasa ok je, tapi nak beriya tu mungkin tunggu ada mood baru boleh berkilat semula dapur.
Lagi-lagi jika menumis sambal, menggoreng ikan, kesan percikan itu akan memenuhi permukaan dapur. Kalau nasib tak baik, di dinding pun ada. Selain lap dengan kain atau span, sebenarnya nak bagi dapur berkilat ada caranya.
Tip yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim sangat mudah. Hanya menggunakan ubat gigi, kemudian gosok, terus dapur nampak berkilat seperti baru.
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang. Langkahnya:
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
3. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!
Haa terus nampak berkilat macam dapur gas baru! Dengan modal tak sampai RM10 pun dah boleh selesai. Tak adalah daki hitam minyak di celah dapur gas lagi.
Kalau nak tahu ok atau tak, boleh ambil dulu ubat gigi yang ada dalam bilik air. Cuba lap dan gosok untuk tengok hasilnya. Selamat mencuba!
Kredit: Rohaslizawati Ibrahim / Semuanyajdt
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang kata mendidik anak lelaki besar cabarannya. Perangai pun lebih lasak dari anak perempuan. Kebiasaannya bila ibu bapa ada anak lelaki berderet, akan riuhlah rumah.
Sebagai ibu bapa, anda adalah ibu bapa hebat. Tak kiralah dikurniakan semua anak lelaki atau pun ada seorang, dua atau pun lebih. Setiap rezeki anak dah ditetapkan dan bagaimana kita mencorakkannya penting untuk masa depannya.
Apa yang dikongsikan oleh Puan Dilla Hanif mungkin boleh menjadi motivasi buat semua ibu bapa kerana anak lelaki anda boleh jadi HEBAT antara yang terhebat. Percayalah!
KEPADA ANDA YANG ADA ANAK LELAKI
Orang kata penat jaga anak lelaki sebab tak duduk diam lari sana sini. Bukan setakat berlari, tapi bergusti pun boleh. Haiihhh.. orang kiri kanan pun perli-perli.
Biarlah dia main lumpur sampai kotor, dia aktif tak henti, kerana anda harus percayalah 1 hari nanti, apa yang dia dapat kini, dia gantikan dengan kejayaan yang bererti.
Sebenarnya banyak kelebihan buat anak lelaki yang ramai tak tahu tapi ALLAH dah beri.
Sejak dalam kandungan 9 bulan 10 hari. Dialah harapan ibu ayah dan keluarga. Jadi bimbinglah dan sayang dia agar berjaya dan gembira.
Ramai juga yang kata, anak lelaki tak reti duduk diam. Baguslah tu. Bila tak duduk saja dan menganyam, jangan disuruh diam sampai ke malam. Takut nanti badminton pun tak tahu genggam.
Anak lelaki ni dia kuat emosi. Tambah bila pelukciumnya tak henti. Di selit kasih sayang ayah mithali dan jangan terkejut satu hari nanti bila anak yang aktif lari sana sini inilah akan disayangi masyarakat dan planet bumi.
Jadi jangan pukul dan maki anak lelaki kerana dia tak putus membentuk diri untuk dia kumpul dan punya identiti. Bukan saja buatkan ibu ayahnya happy tetapi menjadi saham akhirat buat mommy daddy.
Apa-apa pun ingat dialah anak lelaki mithali. Jangan biar dia main dan lari sendiri. Ciumlah dia berulang kali serta ucapkanlah kata sayang dan rindu lagi dan lagi, agar dia terus rasa dihargai kerana mempunyai ibu dan ayah yang terbaik.
Tahniah buat anda yang punya anak lelaki kerana mereka yang akan imamkan solat 5 waktu kita dan menantu kita nanti. Jangan rasakan anak lelaki sebagai bebanan biarpun nak menjaga mereka tidak semudah menjaga anak perempuan yang lebih sopan dan mendengar kata.
“Tak selamanya anak itu kecil” antara perkara yang perlu ibu ayah fikirkan. Dari kecil mereka perlu diasuh tentang tanggungjawab agar besar kelak mereka mampu menguruskan diri dan boleh mengharungi dugaan dalam hidup.
Bagi ibu ayah, anak-anak mereka sentiasa kecil biarpun sudah meningkat dewasa. Memang lumrah ibu bapa untuk sentiasa melindungi anak-anak, namun ingatlah suatu hari nanti kita akan meninggalkan anak-anak. Sekurang-kurangnya pesanan tentang hidup ini akan menjadi panduan buat mereka. Ikuti perkongsian daripada Dr Taufiq Razif.
Pesanlah pada anak kita 7 perkara sebelum mereka meningkat dewasa
1. Wahai anakku, ibu takkan selamanya ada disisimu. Belajarlah berdikari & bertanggungjawab dengan segala urusanmu
2. Wahai anakku, doamu akan menjadi sangat berguna pada ibu ketika ibu sudah tiada lagi di dunia ini. Ingatilah ibumu ini dalam setiap doa dan munajatmu
3. Wahai anakku, kamu sangat berharga buat ibu. Jangan sia-siakan dirimu walau seluruh dunia mengecewakanmu
4. Wahai anakku, dunia ini tempat ujian. Kamu akan diuji berkali-kali hingga kamu merasa lemah dan lelah. Angkatlah tanganmu, kerana saat itu Pemberi Ujian yakni Tuhanmu sedang merindukanmu
5. Wahai anakku, jagalah adik-beradikmu. Seburuk apa pun layanan mereka terhadapmu, takkan sekali-kali putus hubungan darah kalian. Darah ibumu akan tetap mengalir di dalam tubuh kalian
6. Wahai anakku, jagalah agamamu walau seluruh dunia memberontak dan rosak. Kerana dengan menjaga agama sahaja kamu akan dikira berjaya walau seluruh dunia melihatmu kecil dan gagal
7. Wahai anakku, ibu takkan mampu melindungi dan menyayangimu setiap masa. Yang menyayangi, melihat dan memerhatikanmu setiap detik dan masa hanyalah Penciptamu. Sayangilah Dia. Cintailah Dia. Berterima kasihlah padaNya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.