Ramai ibu bapa akan membuat majlis cukur rambut bayi baru lahir mereka tetapi sejauh mana anda faham tentang adat bercukur yang sememangnya sudah diwarisi sejak turun temurun itu?
Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, sebenarnya amalan mencukur rambut bayi baru lahir hendaklah dicukur sepenuhnya bukan sekadar gunting sedikit sahaja.
Menurut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus amalan mencukur rambut bayi adalah sunnah dan diperintah oleh agama.
“Ia sunnah yang mula dilupakan orang sekarang. Banyak hadis tentang kelebihan mencukur iaitu mengamalkan 6 perkara yang disarankan oleh Nabi kepada anak baru lahir.”
Menurut UAI lagi, ibu bapa hendaklah mencukur rambut bayi sampai botak dan sunat dicukur pada hari ke-7 selepas dilahirkan.
Tetapi kalau tak boleh, ia masih boleh dilakukan pada hari lain. Bukan wajib buat hari ke-7 tetapi sunat sahaja.
“Kemudian sunat ditimbang dan dikira mengikut harga emas atau perak dan disedekahkan jumlah tersebut kepada fakir miskin mengikut kemampuan.”
Amalan mencukur rambut bayi yang baru lahir yang selama ini duduk dalam perut ibu yang ada darah adalah amalan yang baik bagi membolehkan rambut bayi akan tumbuh lebih sihat dan lebat.
Perkongsian daripada seorang ibu, Halimatulssaadiah Wan Jusoh berkenaan amalan mencukur rambut bayi baru lahir serta cara mengira jumlah timbangan rambut tersebut sebelum disedekahkan mengikut harga emas atau perak semasa boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa lain.
Tahniah kepada Mak Iti atas kelahiran cahaya mata sulungnya
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7.
Cukur sampai botak. Tak kira babygirl or babyboy. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.
Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan
Contoh rambut babyR ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur;
Ketiga-tiga anak memang cukur pada hari ke-7. Tak panggil orang ramai pun. Husband yang cukur especially Rayyan & BabyR. Balik kerja terus cukur. Sebagai isteri, kena ingatkan suami.
1) Ambil 1 bekas berisi air suam
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3) Guna pisau cukur gillette je or mane2 yang ada. Pastikan baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas
Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.