Tipulah kalau ada parents yang cakap mereka tak pernah marah-marah anak dirumah. Setiap kita buat macam-macam kesalahan dalam mendidik anak, tapi ibu bapa yang baik ialah yang sentiasa berusaha nak perbaiki kesalahan diri sendiri.
Ini 5 amalan penting yang perlu setiap ibu ayah lakukan sepanjang membesarkan anak-anak dikongsikan Puan Siti Aminah Sulaiman.
Kita tak sempurna tapi berusahalah untuk beri yang terbaik pada anak-anak. Moga diringankan hisab di depan Allah nanti.
1) BANYAKKAN ISTIGHFAR
Bila rasa nak marah, tahan mulut dari cakap apa-apa. Sebaliknya Istighfar kuat-kuat..Lama-lama akan hilang sendiri perasaan nak marah pada anak tu.
Perangai anak ada kaitan dengan dosa kita pada Allah. Ramai orang Alim yang kuat solat dan rajin berdoa pada Allah untuk dapatkan anak yang soleh.
Saya yang biasa-biasa dan berlambak dosa lagilah perlu gandakan amal ibadat jika berhajat nak anak soleh dan solehah.
Jadi sambil buat kerja dapur tu rajin-rajin lah istighfar minta maaf pada Allah.
Teringat Puan Cahaya Norhaini Sulaiman beritahu maksud ialah أستغفر الله
“saya minta maaf ya Allah”
Deep tu meaning dia!
2) SOLAT TAUBAT BILA KITA TERMARAH ANAK
Alhamdulillah..yang ni ubat paling berkesan untuk rawat dosa kita. Saya dah cuba sendiri. Pernah baru-baru ni saya kurang sihat, habis anak lelaki saya kena marah teruk dan saya rasa sangat menyesal.
Saya dirikan solat taubat dan minta Allah bantu saya kawal marah. Saya rasakan macam MAGIC sungguh kesan dia lepas solat taubat kerana saya boleh kawal marah sepenuhnya.
Hanya Allah yang mampu beri kekuatan pada HambaNya, mintalah pada Dia yang pegang hati kita.
3) KURANG BERCAKAP, LEBIHKAN MENDENGAR
Ni sangat penting bila anak mula melangkah umur 7 tahun dan keatas. Kurangkan membebel..lebihkan mendengar cerita anak. Banyak sangat anak nak cerita especially bila mereka pulang dari sekolah. Nak cerita pasal kawan, pasal cikgu..Dengarkan je la cerita anak tu walaupun dia dah cerita berpuluh kali cerita yang sama
Jadilah BFF anak, jangan sampai anak kecewa sebab kita tak nak dengar cerita mereka. Nanti anak cari teman lain. Ingat! teman kat luar sana bukan semuanya baik dan jujur dengan anak kita.
4) PELUK ANAK SETIAP HARI
Ini WAJIB ye..
Kajian pun dah banyak buktikan peluk anak setiap hari akan beri kesan positif untuk imuniti badan anak, kurangkan tantrum, anak lebih bijak, bina self esteem tinggi. Banyak lagi kebaikan tak sempat nak tulis. Semua kesimpulannya mesti peluk anak 20 saat setiap hari. 20 saat saja..
Dah peluk anak hari ni? Kalau belum, anak balik sekolah ni nanti boleh peluk mereka. Tunjukkan kasih sayang kita pada anak melalui pelukan.
Kita mesti ‘be expressive’ dalam menunjukkan perasaan. Orang Barat sangat expressive berbanding orang Melayu,
ikut contoh yang baik dari mereka.
5) KURANGKAN EXPECTATION PADA ANAK
Sebab utama kita jadi stres ni biasanya kerana kita expect lebih-lebih dari anak. Minta anak cuci pinggan kena sampai berkilat-kilat baru kita puas hati! Kalau tak berkilat habis anak tu kena bebel.
Ingat balik kita masa kecik macam mana? Kita juga kurang sempurna. Jadi jangan dewasakan anak sebelum usia mereka..
Kesian anak kita..
Benarkan anak buat silap..selalu saya pesan pada anak saya tak pe buat silap..yang penting kena usaha untuk tak ulang lagi kesilapan yang sama.
Sebab Muslim yang baik tak jatuh dalam lubang yang sama berkali-kali..ini pesan saya pada anak
InshaAllah kalau dapat buat 5 perkara diatas ni, hidup kita akan lebih bahagia melayan karenah anak-anak kita. Semoga Allah bantu kita dalam menahan perasaan amarah dan sentiasa dapat berkata-kata yang baik pada anak walau apapun kesalahan mereka lakukan.
Sumber: Siti Aminah Sulaiman