Berkongsi cerita kepada mStar, Julizah Jaafar berkata, dia dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2014, sembilan tahun lalu.
Wanita berusia 34 tahun itu tetap bersyukur dengan kehidupannya meskipun tidak dikurniakan cahaya mata kerana dikurniakan rezeki lain.
Ads
Sumber foto: mStar – Julizah berjaya menurunkan berat badan dari 70kg (kiri) ke 60 kg (kanan).
“Bertahun-tahun kami cuba pelbagai cara (untuk hamil), memang berharap tapi belum ada rezeki. Sampai la ke tahun keenam perkahwinan, saya move on.
“Walaupun ketika itu belum ada rezeki anak, Allah beri rezeki lain seperti ada rumah sendiri. Ada tempat berteduh, hanya menantikan orang baharu (anak),” katanya kepada mStar.
Bukan berputus asa, Julizah yang berasal dari Telok Mas, Melaka menjelaskan bahawa dia dan suami pada waktu itu tidak mahu terus berharap dan mahu menjalani kehidupan seperti biasa.
Menurutnya, antara yang dilakukannya adalah misi mengurangkan berat badannya yang sebelum ini berisi iaitu 70 kilogram (kg) kepada 60kg.
“Badan saya sebelum ini berisi, jadi saya cut pengambilan gula dan berjaya turunkan kepada 60kg selepas setahun. Nampaklah badan semakin mengecil.
“Tapi bulan lepas, perut saya kembung macam buncit. Pelik juga sebab tak gemuk, tapi perut ke depan sampai kawan-kawan tegur,” katanya.
Ads
Sumber foto: mStar – Julizah dan suami telah mendirikan rumah tangga sejak 2014.
Susulan itu, pekerja di sebuah kedai serbaneka ini kemudian ‘kembali’ melakukan ujian kehamilan meskipun tidak mengalami sebarang simptom hamil.
Sumber foto: mStar – Kegembiraan buat pasangan ini apabila Julizah disahkan hamil.
“Kakak minta saya buat ujian (kehamilan), dia kata tak ada rezeki tak apa, yang penting cuba. Apabila saya positif (hamil), perasaan saya sebak dan gembira sebab sembilan tahun tanpa zuriat sampai tak mengharap.
“Esoknya datang periksa di klinik, doktor beritahu usia kandungan dah 22 minggu (lima bulan). Saya memang terkejut, tahu-tahu mengandung, Alhamdulillah,” katanya dengan nada teruja.
Julizah yang dijangka bersalin pada pertengahan Jun depan berkata, hadiah ulang tahun perkahwinannya kali ini amat bermakna kerana dianugerahkan zuriat.
Merasai kegembiraan berganda, wanita ini turut berkongsi nasihat kepada pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat atau ‘trying to conceive’ (TTC).
“Kena banyak bersabar, jangan stres dan jangan terlalu fikir. Orang luar boleh beri pelbagai pendapat, tapi kita sendiri kena mengikut apa yang mampu.
“Selagi ada rahim, selagi itu kita mampu untuk mendapatkan cahaya mata. InsyaAllah, suatu hari nanti kita rasa momen itu… seperti yang saya alami sekarang,” katanya.
Empat hari bertahan, akhirnya bayi lelaki yang berjaya diselamatkan menerusi pembedahan kandungan selepas ibunya meninggal dunia akibat kemalangan ketika mengelak ular melintas di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu Rabu lalu, akhirnya meninggal dunia.
Perkara itu disahkan datuknya, Mansor Adali, 51, yang memaklumkan jenazah bayi lelaki berusia empat hari itu dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Beris Jaya, di Sik.
Beliau berkata, dia sempat menatap wajah cucunya itu yang diberi nama Muhammad Irfan Hidayat Afnan Aliff di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani selepas doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia kira-kira jam 2 petang (Ahad)
“Saya sempat menatap wajah cucu yang sangat berseri walaupun sudah tidak bernyawa lagi dan doktor sudah berusaha menyelamatkan nyawanya tetapi Allah lebih menyayanginya.
“Jenazah cucu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Jaya, sejurus selepas segala urusan di hospital selesai,” katanya ketika dihubungi.
Gambar arwah ibu dan kakak sulung yang kini menjadi anak yatim
Dalam kejadian jam 4.30 petang Rabu lalu, Nor Hidayah yang sarat mengandung anak kedua meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya bersama remaja perempuannya berusia 16 tahun bergesel dengan sebuah kereta PERODUA Axia yang dipandu seorang wanita di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu.
Mangsa dikatakan cuba mengelak ular melintas ketika kejadian menyebabkan dia terjatuh dan meninggal dunia di lokasi.
Bagaimanapun, bayi dalam kandungan wanita itu berjaya diselamatkan menerusi pembedahan di Hospital Sik pada hari kejadian.
Namun, bayi itu kemudian dibawa ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HSAH di Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ketika pengebumian arwah ibunya baru-baru ini.
Dikebumikan bersebelahan pusara ibu
Mansor berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak dan cucunya dalam kejadian itu yang dianggap kehilangan sekelip mata.
Katanya, jenazah dijangka dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Nor Hidayah Abdullah, 27, yang meninggal dunia Rabu lalu.
Salah satu lauk yang menjadi kegemaran kita adalah ikan kembung. Tapi bila mahu dimakan ia bertulang. Apatah lagi jika anak-anak kita penggemar ikan, jenuh nak tolong asingkan isi dengan tulang untuk mereka.
Satu cara untuk memudahkan anak makan ikan tanpa kita perlu rasa risau adalah dengan membuang tulang itu semasa menyiangnya. Tak perlu potong isi ikan, dengan teknik yang betul boleh buat kita tarik keluar tulang tanpa menjejaskan bentuk ikan.
Isteri Koperal Amiruddin Zabri reda suami ‘pergi’ – “Suami gembira dapat anak perempuan lepas 10 tahun enanti….” Sudah menanti selama sedekad untuk dikurniakan anak perempuan, namumn kebahagiaan itu tidak bertahan lama.
Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami ‘Pergi’ – “Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti….”
“Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti Kini Dia Sudah Tiada” – Isteri Koperal Amiruddin Zabri
Koperal Amiruddin Zabri, antara sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan, hari ini.
Norazian (kanan) tidak dapat menahan sebak ketika hadir di pekarangan Unit Forensik Hospital Teluk Intan, hari ini. FOTO Bernama.
Menurut Norazian Mohd Joned, 38, mereka sebelum ini dikurniakan dua anak lelaki, Amirul Firdaus, 12, dan Amirul Asyraf, 11 sebelum kehadiran cahaya mata perempuan pertama mereka, Amira Sofea, yang kini baru berusia setahun.
“KAMI TERLALU GEMBIRA BILA AMIRA LAHIR. ITULAH SAAT YANG PALING KAMI NANTIKAN SEJAK BERTAHUN-TAHUN. TAPI SIAPA SANGKA KEGEMBIRAAN ITU TIDAK LAMA BERTAHAN,” UJARNYA SEBAK.
Norazian yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar berkongsi kenangan terakhir bersama arwah suaminya, yang sempat pulang tengah hari semalam sebelum berangkat untuk tugasan luar sempena sambutan perayaan di Teluk Intan.
Kredit foto: Bernama
“Dia macam biasa saja, kemas barang dan minta saya jangan risau sebab dah biasa dengan tugasan luar. Tak terlintas langsung ini akan jadi pertemuan terakhir kami,” katanya.
Koperal Amiruddin menyertai pasukan polis sejak tahun 2011 dan pernah berkhidmat di beberapa negeri sebelum ditempatkan ke lokasi terakhirnya.
Kredit: PDRM
Norazian berkata, berita mengenai kemalangan itu diterima melalui rakan sekerja yang memaklumkan insiden membabitkan Unit 5 dari Sungai Senam.
“Saya cuba hubungi suami berkali-kali, tapi tiada jawapan. Bila saya hubungi rakannya, dia cuma minta saya bertenang dan bersabar.
“Masa tu hati saya dah tak sedap. Saya keliru, betul ke suami saya terlibat? Laporan awal cuma sebut enam orang maut,” katanya yang kini hanya mampu reda menerima takdir.
Suasana pilu menyelubungi ruang forensik ketika keluarga mangsa datang menuntut jenazah, termasuk Norazian yang masih dalam keadaan terkejut dan kehilangan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.