‘Cute & Senang Nak Buat’ Idea Menu Jamuan Sekolah Anak Paling Senang Nak Masak!

Share

Apa menu anda untuk jamuan anak? Hujung tahun ini mak-mak mula sibuk untuk menyediakan menu jamuan akhir tahun di sekolah anak. Tak payah bersusah payah, menu ringkas sememangnya jadi kesukaan anak-anak kita.

Idea simple menggunakan roti dan nuget ayam yang dijadikan seperti burger ini mak-mak kena cuba. Nampak senang dan kos pun murah. Jom cuba idea resipi Pn Badariah Sofi.


Kongsi sini menu jamuan sekolah anak, minimalis, murah & paling penting anak suka.

Kos anggaran lebih kurang RM50. Masa penyediaan lebih kurang sejam bagi mommy-mommy yang terhegeh-hegeh. Ya sayalah tu.

Semoga anak-anak bergembira macam kita dulu-dulu bila tiba time jamuan.

Tak perlukan barang yang banyak, hanya perlukan roti kecil, nuget, sos dan salad.

Goreng nuget hingga kekuningan.

Kemudian bakar sedikit roti di atas kuali. Ketepikan.

Letakkan roti, nuget dan hiaskan dengan salad dan sos.

Cucuk lidi di atasnya.

Siap!

Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!

Sebagai parents, kita perlu peka dengan keselamatan anak. Sama ada di rumah mahupun ketika di bawa keluar, bahaya ada di mana-mana. Lengkapi diri dengan ilmu pertolongan cemas supaya kita tidak panik sekiranya berdepan dengan situasi tak diingini. Jom, serta e-workshop Stay Safe: Bahaya Di Mana-Mana, Lindungi Anak Anda sekarang!

Pendaftaran PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/stay-safe/ dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM