Menggunting rambut anak kecil di bawah usia dua tahun memang mencabar. Kelincahan mereka dan istilah tak duduk diam buat mak ayah jadi makin sukar.
Idea pelakon, Emma Maembong dan suaminya yang menggunting rambut anak mereka, Shariq Gabriel semasa tidur ini memang pilihan paling tepat.
Malah paling kreatif, Emma dan suami menggunakan tip mudah dengan pita pelekat untuk meluruskan rambut hadapan anaknya. Memang kreatif.
“Potong rambut @shariqgabriel 😂,” tulis Emma ringkas.
Paling menarik, si comel Shariq Gabriel bukan saja tidak terjaga dari tidurnya bahkan hasil rambutnya juga comel dan sekata bila menggunakan pita pelekat.
Melalui perkongsian videnya, Emma terlebih dahulu menyelimuti anaknya dengan kain dan kemudian meletakkan pelekat di rambut hadapan mengikut ukuran yang diinginkan.
Ads
Lantas kemudiannya dengan berhati-hati, suami Emma, Muhammad Shazli Azhar menggunting rambut si comel kesayangan mereka hingga selesai. Memang mudah dan senang.
Sehingga kini video comel perkongsian Emma itu menerima lebih 84 ribu tanda suka dari pengikutnya di Instagram.
Dalam pada itu, wargamaya turut meninggalkan pelbagai reaksi malah memuji cara kreatif Emma menggunakan pita pelekat itu yang sememangnya memudahkan. Terbaiklah Emma!
Kanak-kanak (dalam lingkungan umur tiga hingga tujuh tahun) tidak boleh terlalu dimanjakan dan perlu dididik mengenai budi bahasa kerana apa yang dipelajari sewaktu kecil membentuk diri menjadi individu dewasa yang berhemah.
Begitupun, untuk membentuk anak mengenai budi bahasa bukan boleh dilakukan dalam masa singkat, sebaliknya ia adalah suatu proses yang berterusan.
Dalam hal ini, ramai pakar psikologi kanak-kanak menyarankan usia tiga hingga lima tahun adalah waktu terbaik untuk mengajar si kecil mengenai adab dan budi bahasa.
Berikut beberapa panduan oleh pakar psikologi kanak-kanak mengenai bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si kecil berdasarkan ceritapapamama.blogspot.my
Ucapan meminta maaf
Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. Anda sendiri perlu menjadi contoh kepada si kecil. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa dalam kehidupan seharian.
Jika anda sendiri melakukan kesilapan pada si kecil, usah malu untuk meminta maaf daripada anak sendiri. Dengan cara ini dia secara tidak langsung akan belajar dan memahami bahawa meminta maaf bukanlah perkara yang memalukan. Ini boleh membuatkan anak anda lebih disenangi dalam pergaulannya dengan rakan sebaya.
Tunjuk rasa hormat kepada insan lebih dewasa
Didik anak untuk menghormati orang yang lebih tua daripada mereka seperti kakak, abang, datuk, nenek dan jiran tetangga.
Si kecil juga perlu dididik supaya tidak meninggikan suara atau menjawab ¬dengan perkataan yang kurang elok apabila berinteraksi ¬dengan orang lebih dewasa. Sebaiknya, tunjukkan contoh yang baik untuk mereka ikuti.
Segera tegur apabila anak melakukan kesalahan
Apabila anak melakukan kesilapan, jangan teragak-agak untuk menegur dan menerangkan kesalahannya. Pada masa sama, tunjukkan cara yang betul supaya dia tidak mengulangi kesilapannya. Jika anak bercakap sesuatu yang boleh membuatkan orang lain malu atau terasa, segera suruh anak supaya meminta maaf.
Bagaimanapun, oleh kerana kanak-kanak sekarang bijak, anda perlu pandai memilih waktu dan perkataan untuk menegur mereka. Jika dia melakukan kesilapan ketika bersama kawan-kawannya, mungkin ada baiknya anda tangguhkan dulu untuk menegur kesilapan si anak kerana teguran yang dibuat secara terbuka boleh membuatkan dia malu. Anda boleh menerangkan kesilapannya ketika duduk berdua bersama anak.
Minta kebenaran
Memang diakui pada mulanya agak sukar untuk melatih kanak-kanak meminta kebenaran bagi mendapatkan sesuatu. Ini kerana mereka lebih cenderung merampas barang permainan rakan sebaya atau daripada adik-beradik lain.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk sentiasa menasihatkan anak mereka. Katakan kepadanya dengan lembut bahawa perbuatan itu adalah salah dan perlu meminta kebenaran jika mahu mendapatkan sesuatu yang bukan milik mereka.
Didik anak guna perkataan sopan
Jadikan perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ sebagai ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda terlupa untuk mengucapkan terima kasih, anda perlu ingatkan. Selain itu, didik anak supaya menggunakan perkataan sopan ketika berbual de-ngan orang yang lebih dewasa. Dalam hal ini, kanak-kanak perlu diingatkan bahawa mereka tidak boleh bergurau dengan perkataan yang tidak elok.
Berkongsi permainan
Berikan kata-kata pujian apabila si kecil anda sedia berkongsi barang permainannya dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya lebih disayangi dan disukai ramai.
Memberi pujian
Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat si kecil. Sentiasa berikan pujian apabila anak anda menunjukkan sikap yang baik. Pujian yang diterima sedikit sebanyak membantu per-kembangan emosi dalam diri mereka.
Intonasi suara
Si kecil perlu diberitahu bahawa tidak semua tempat bebas untuk bersuara atau melakukan apa yang disukai. Di tempat awam contohnya, didik mereka supaya bercakap dengan perlahan dan tidak mengganggu orang lain. Beritahu anak tempat yang dia boleh bersuara kuat dan di mana dia perlu memperlahankan suaranya.
Salam
Didik anak untuk berjabat tangan menghulurkan salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri kanak-kanak terhadap orang lebih dewasa.
Sopan di meja makan
Kanak-kanak paling susah untuk duduk diam apabila berada di meja makan. Jika di rumah sendiri ia mungkin boleh dimaafkan tetapi apabila berada di luar, sedikit sebanyak boleh mendatangkan suasana yang kurang selesa.
Sebaiknya, didik mereka sejak kecil supaya makan dengan tertib dan tidak berebut-rebut antara satu sama lain. Mereka juga perlu diajar supaya makan dengan sopan tanpa menyepahkan makanan atau minuman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin anak membesar, ada saja telatah mereka yang mencuit hati. Setiap perlakuan mereka sebenarnya mencerminkan diri kita. Anak melihat kita sebagai contoh, jadi biasanya mereka akan terikut-ikut gaya ibu atau ayahnya.
Kadang-kadang anak ni suka sangat meniru atau mengajuk apa yang ibu ayah buat. Selalu sangat tengok kita sampai terikut-ikut! Begitu jugalah dengan si cilik Muhammad Hayder Qhalish yang merupakan anak sulung kepada selebriti Eyra Hazali.
Memang Hayder ni ramai peminat, rata-rata suka melihat gelagatnya yang comel. Melalui akaun Instagram hayderxendra01, sebuah video yang menunjukkan Hayder sedang meniru gaya Eyra yang sedang berjalan di hadapannya mengundang tawa ramai.
Dengan gaya bersahaja sambil meletakkan kedua-dua tangan di belakang badan, memang sama betul dengan Mommy dia!
Antara komen yang ditinggalkan di posting tersebut;
Antara perkara yang biasanya anak akan tiru dari ibu ayah adalah seperti cara seorang ayah melayan ibunya. Selain itu, sekiranya ibu ayah berbelanja boros itu juga akan memberi efek kepada perlakuan anak apabila mereka sudah besar.
Bukan itu sahaja, layanan ibu ayah terhadap orang lain juga menjadi contoh kepada anak-anak. Cara ibu ayah menghormati dan serta rasa belas ihsan yang ditunjukkan juga akan menjadi ikutan anak-anak.
Sifat disiplin dan kejujuran yang diterapkan pada anak perlulah disertakan dengan contoh dari ibu ayah. Ini juga antara dua aspek yang diperhatikan oleh anak dan akan dijadikan contoh oleh mereka. Maka dengan itu, tunjuklah contoh yang baik kepada anak-anak supaya pembentukan peribadi mereka sentiasa positif.
Apapun yang kita lakukan sehari-hari hendaknya ikhlaskan dengan niat yang baik. Begitu juga ketika proses mencuci beras. Niatkan dalam hati supaya dilembutkan diri sendiri, pasangan dan juga anak-anak.
Apa yang kita makan tidak hanya sekadar mengenyangkan perut tapi juga menyihatkan badan, hati dan fikiran. Jika fikiran dan hati sihat segala kebaikan yang kita lakukan pun dengan ikhlas. Jadi niatkan yang baik ketika mencuci beras.
Nampak je amalan membasuh beras ni satu cara yang simple tetapi jika semua kalangan ibu amalkan dan sentiasa letakkan niat yang baik nak semua ahli keluarga dalam rahmat Allah, ini lah yang sebaiknya.
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...