Sebenarnya tak susah pun nak pikat selera anak. Hanya perlukan sedikit kerajinan dan daya kreatif untuk tarik minat anak.
Mencuba resipi dan ‘rupa’ roti jala yang diolah oleh saudara kita, Amie Samuri di facebooknya ini memang menarik. Kita yang tengok pun rasa teringin nak makan, inikan pula anak-anak. Serius kena cuba!
Paling menarik, cara buatnya tersangatlah senang. Sama macam buat roti jala biasa. Cuma kena kreatif lebih sikit untuk buat daunnya. Jom cuba.
“Alhamdulillah!..banyak juga hasil tuaian carrot harini. Suka anak-anak tengok Roti Jala Bentuk Carrot macam ni.
Roti Jala ‘Carrot’
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna oren dan hijau
1. Asingkan kepada dua adunan, hijau dan oren.
2. Kiraikan adunan di atas non stick pan, kemudian pindahkan atas pinggan untuk lipat.
3. Lipat dua (seperti dalam gambar).
4. Lipat di bahagian bawahnya (dalam gambar) dan gulung.
5. Tadaaa..dah siap resipi oleh Amie Samuri.
Kredit: Amie Samuri