Melihat aksi dan gelagat anak sulung penyanyi nombor satu kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya menghiburkan. Gaya dan aksi Aafiyah yang cukup petah bercakap dan lincah setiap hari turut mendapat perhatian wargamaya.
Video Aafiyah yang mengalunkan zikir bersama ibunya sebelum tidur turut mendapat perhatian wargamaya. Mana tidaknya dengan lenggok dan zikir yang cukup bersungguh amat mencuit hati sesiapa yang mendengarnya.
Sambil berzikir bersama ibunya, si comel Aafiyah mengajar cara mengalunkan zikir mengikut rentak laju. Comel.
“Ibu buat macam ni, Lailahaillah,” kata Aafiyah.
Walaupun mendengarnya berulang kali, tetap terasa tidak jemu mendengar celoteh dan zikir yang dialunkan Aafiyah.
“Sebelum tidur jangan lupa berzikir ye macam Aafiyah,” kongsi Datuk Siti menerusi Instagramnya.
Dalam pada itu, perkongsian video itu pastinya mendapat reaksi pelbagai dari seluruh peminat Datuk Siti dan Aafiyah. Masing-masing amat mencuit hati bila mana mendengar Aafiyah mula ‘naik sheikh’ ketika berzikir.
“Cutenyaa, tiba-tiba naik sheikh”
“Amboi Aafiyah, bijak sungguh pandai berzikir macam di majlis Tahlil noo”
“Alaaahaii comelnya kakak Aafiyah ni”
“Yang part last tu kelakar”
View this post on Instagram
Jika dulu keseorangan, kini pastinya Aafiyah ditemani adik tersayang, Muhammad Afwa kala mengalunkan zikir sebelum masuk tidur.
Semoga Aafiyah terus menjadi anak yang bijak dan solehah malah menjadi pelengkap kasih sayang ibu dan ayahnya.
Terdahulu, Aafiyah, anak sulung Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid dilahirkan pada 19 Mac 2018.
Menarik: Niat Nak Bergurau Tapi Daddy Yang Terharu, Hairul & Hanis Buat Kejutan Birthday Yusof, Comelnya!
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ctdk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI