“Mama nak dapur mainannnnn!!” alahaiii berat je rasa bila anak mula meminta barang mainan yang harganya beratus-ratus. Bukan tak mampu nak belikan tapi rasa tak berbaloi pulak kan? Mama papa jangan pening-pening fikirkan kehendak anak. Mama papa boleh D.I.Y sahaja dapur mainan dengan kos yang berbaloi.
Puan Fizah Sobri yang juga Dietitian berkongsi cara membuat sendiri dapur mainan anak dengan barangan yang boleh didapati di Tesco dan Kedai D.I.Y. Mudah dan anak pun pasti seronok bila melihat dapur mainan D.I.Y tersebut siap.
My Made By Mom Dapur Mainan for my kiddos
Tengok harga dapur kanak kanak dekat IK** waaaah ternganga
So this is my project for my kiddos, yang paling best cost paling tinggi pun RM100 sahaja save rm300 wooooo !!!!!!.. tu pun sebab beli barang sikit dekat kedai hardware sebab lupa nak beli dekat Mr. Diy
Senang sangat nak buat..iron lady macam saya pun mengambil masa max 2 jam saja (ni pun sebab power screwdriver takleh fungsi..kena putar guna kuasa tangan )
So sini la step hy step nak buat dapur mainan kanak2
Bahan yang diperlukan;
1. Alamari – rm69.90
2. Penyangkuk – rm7.50 (dekar Mr.Diy rm2 je)
3. Sticker (rm2.80)
4. Kertas a4 sticker (rm 4 rasanya)
5. Bakul (takde dalam gambar,beli dekat daiso tp Me diy pun ada) – rm5.90x 3
Ads
Beli rak ni dekat tesco rm69.90 (masa cny lagi murah..huhuhu terlepas sale) Yang lain boleh beli dekat Mr. DIY
Lepas install almari rupa macam ni. Saja amik yang ada design ni sebab anak suka main buka tutup. Ada warna pink jugak tau!
Sesi melekat sticker! Pastikan masa beli sticker beli jenis satu kertas a4 tu sticker
Saya silap beli nampak macam a4 tapi sebenarnya dah kena potong jadi label kecik..tula kena lekat satu satu. Gambar tu saya cari dan print dari internet. Sticker dapur boleh dapatkan dekat Tesco jugak.
Ads
Ni maksud saya bakul putih yang takde dalam gambar bahan awal..nak beli bakul lain size lain pun boleh
Lekat penyangkuk…bakul saya letak macam ni
Tadaaa..lepas habis lekat sticker..and susun barang
Ads
Haaa ni rupa dalam pulak..mainan ni semua kumpul kumpul dari masa aliyah kecik lagi..baru ada tempat betul nak letak
Pinggan,mangkuk,sudu garfu letak dalam bakul gini
Saya buat extra tempat gantung dekat tepi nak letak menu dan apron
Lumrah bagi kanak-kanak, suka sepahkan rumah dengan pelbagai mainan. Belum habis lagi dah bawa berbakul-bakul mainan lain pula untuk dituang depannya. Masa ni antara nak marah dan sabar sama banyak dalam diri ibu bapa.
Memang benar banyak pendapat yang nyatakan anak sepahkan rumah, bermakna dia sedang meneroka dan belajar sesuatu. Namun sebagai ibu bapa kita juga boleh mendidik dan meletakkan syarat tertentu pada anak supaya ada satu disiplin dalam diri anak.
Maksudnya anak tahu apa yang patut dilakukan dan ada rasa tanggungjawab dalam diri melakukan sesuatu perkara.
Apa yang dikongsikan oleh seorang bapa, Firdaus Shakirin dia setuju anak sepahkan rumah menunjukkan kita adalah ibu bapa hebat kerana beri kebebasan untuk anak meneroka masa kecilnya tapi bersyarat.
“Anak Sepahkan Rumah Tanda Anda Ibu Bapa Hebat”
I agree…but need to add a bit more words to that sentence…
Anak sepahkan rumah tanda anda ibu bapa hebat, dan anda akan nampak lebih hebat jika anak kemaskan apa yang dia sepahkan.
Tiada larangan dari saya jika anak-anak nak bermain…ada 3 bakul mainan untuk dia main dan sepahkan…but the moment they stop playing all the ‘mainans’, i said, what u all need to do?
Kemas balik…!!!
Tak susah nak ajar sebenarnya, cuma mula-mula tu kena bertegas sikit dengan diaorang…saya dah pun dedicated bilik mainan, tapi diaorang main dari bilik sampai ruang tamu, bersepah, berterabur merata mainan sampai kita sendiri terpijak mainan diorang.. Tak sakit tak apa, ini sakit kot…pastu wife kemas-kemas and letak balik kat tempat asal. Tak sampai 5 minit, diaorang pergi ambil dan sepahkan balik.
It’s ok…saya ambil satu plastik hitam, kutip semua mainan-mainan tu, masukkan dalam plastik, then letak kat tepi tong sampah.
“Abah buang ke mainan kami?”
Haa, abah nampak macam tak ada orang guna dah, jadi abah buang la…kurang la bersepah sikit rumah…abah tak suka sepah-sepah ni…kalau orang datang macam mana? Berapa kali dah abah pijak mainan-mainan tu.
“Tapi tu mainan kakak dengan abang.”
Mainan kena letak mana lepas main? Dalam bakul kan…akak, abang, adik letak mana? atas lantai? bawah sofa? kalau akak tak nak abah buang, kutip semua mainan-mainan tu, simpan balik setiap kali akak habis main dengan abang, dengan adik boleh?
“Abah nak balik dah, sekejap lagi abah sampai rumah, kemas cepat”
Berlari dan kalut diaorang kemas mainan-mainan yang disepahkan bila dengar ibu diaorang cakap abah nak balik dah sebab tak nak mainan-mainan diaorang kena buang.
Kena ajar, jangan biar…
Umah bersepah tanda anak itu bijak, tapi jika dia tahu untuk kemaskan, itu lebih bijak. Beban isteri untuk mengemas pun dapat dikurangkan dan kurang sikit la dengar isteri pot pet pot pet.
Tidak dinafikan, ada kalanya si kecil sering membuat perangai, sampai pening parents nak menghadapnya. Apakah mungkin terdapat cara mengatasi anak tantrum?
Menangani anak tantrum
Anak tantrum, buat perangai, merengek, meragam, tidak mendengar kata, bahkan mengamuk boleh dikatakan perkara biasa untuk terjadi.
Namun dalam keadaan anda sebagai ibu bapa yang mungkin letih dan penat bekerja, apa yang dilakukan anak itu boleh menyebabkan hilangnya rasa sabar.
Tetapi mengapa anak berkelakuan sebegitu? Apakah sebabnya?
Untuk menjawab persoalan itu memerlukan anda untuk menyiasat, mencari punca yang mencetuskan perangai si kecil yang menjengkelkan itu.
Apakah ia disebabkan oleh sikap dan kesilapan anda sendiri?
Cara mengatasi anak tantrum
Jangan terkejut ya jika sikap anak yang suka memberontak itu hakikatnya berpunca daripada diri anda sendiri sebagai parents mereka.
Berikut antara beberapa kesalahan ibu bapa dan cara mengatasi anak tantrum:
1. Ibu bapa jauh
Ibu bapa dalam kategori ini kewujudannya ada secara fizikal tetapi lebih sibuk menghadap telefon, tugasan kerja atau hobi.
Mereka hanya memenuhi keperluan fizikal anak seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal serta tidak mengendahkan keinginan emosi anak untuk berasa dikasihi dan dilindungi.
Anak-anak kerap berasa tidak selamat, kurang keyakinan diri dan cenderung bersikap agresif. Cara mengatasi anak tantrum: Berikan mereka kasih sayang secara fizikal dan emosi.
2. Terlalu mengawal
Anda mungkin berasa sikap terlalu mengawal ini adalah untuk melindungi anak. Tetapi anak yang dibesarkan dengan cara ini dipercayai lebih kerap memberontak terhadap ibu bapa mereka, selain sering mengalami kegelisahan dan ketakutan untuk membuat kesilapan.
Untuk menangani anak tantrum ini adalah dengan elakkan daripada terlalu mengawal pergerakan anak. Biarkan anak bebas beraktiviti tetapi masih tetapkan had untuk mereka ikuti.
3. Kurangkan menjerit sebagai cara mengatasi anak tantrum
Kesalahan paling biasa dilakukan ibu bapa adalah menengking anak. Sebagai ibu bapa, kita mungkin berasa jeritan sebagai cara terbaik untuk mendisiplinkan anak.
Tetapi hakikatnya kanak-kanak yang sering ditengking sering berasa tidak selamat serta lebih agresif secara fizikal dan lisan.
4. Ganjaran
Setiap ibu bapa pasti mempunyai pengalaman anak mengamuk ketika berada di mall. Antara cara menangani anak tantrum yang sering digunakan adalah ‘merasuah’ mereka dengan sesuatu agar rengekan atau amukan berhenti, betul tak?
Tetapi ia cumalah penyelesaian sementara sahaja. Apa kata anda fokus untuk lebih mendengar anak secara aktif dan memahami keperluan mereka.
Hadkan pemberian ganjaran sebagai balasan untuk kelakuan baik mereka. Berikan lebih pujian untuk tingkah laku positif dan baik.
5. Tiada batasan
Mungkin kedengaran idea yang baik untuk membiarkan anak bebas meneroka tanpa batasan. Tetapi kesannya boleh mengakibatkan mereka ralat dalam memikul tanggungjawab, sukar mengawal dan mendisiplinkan diri.
Cara mengatasi anak tantrum: Wujudkan batasan tetapi bukan mengawal. Ia mengajar anak untuk menguruskan kehidupan berdasarkan peraturan di sekeliling mereka.
6. Menjadi sahabat anak? Ini bukan cara mengatasi anak tantrum
Apabila cuba menjadi sahabat dan bukannya ibu bapa, secara tidak langsung tiada lagi keperluan untuk anak menganggap anda sebagai contoh teladan untuk diikuti.
Ia juga meletakkan anda setara dalam hubungan dengan anak-anak daripada mempunyai hubungan ibu bapa-anak.
Sebaiknya, walaupun akan ada masanya timbul perselisihan faham dengan anak, teruskan untuk menjadi ibu bapa dan bukannya rakan mereka.
7. Memalukan anak
Berkongsi gambar anak dengan momen yang kurang menyenangkan boleh menjadi perkara yang memalukan buat mereka.
Ia bukan sahaja merosakkan harga diri anak, tetapi menyebabkan mereka cenderung memberontak. Bahkan ini boleh menjejaskan hubungan anda dengan anak.
Anda juga harus mengelak daripada menuturkan ayat seperti “Mama penat melayan kerenah awak” atau “Awak budak yang nakal”.
Anda mungkin tidak sengaja memalukan anak apabila berada dalam kekecewaan. Apabila itu berlaku, cara mengatasi anak tantrum disebabkan kesilapan tersebut adalah meminta maaf dengan segera.
8. Sentiasa melayani bukan cara mengatasi anak tantrum
Anda mungkin berasa ia adalah tugasan ibu bapa untuk sentiasa melayan anak setiap masa agar mereka tidak meragam atau tantrum.
Hakikatnya, anak perlu dibiarkan untuk berasa bosan. Kebosanan yang melanda anak akan membuatkan mereka mencipta permainan baru melibatkan kreativiti mereka dan belajar untuk menghiburkan diri sendiri.
Anak juga dapat berinteraksi dengan lebih baik bersama adik-beradik atau rakan mereka apabila perlu bekerjasama untuk mengurangkan kebosanan.
Tiada ibu bapa yang sempurna. Normal untuk anda melakukan kesilapan, berasa menyesal dan mungkin mengulanginya berulang kali kerana kita semua manusia biasa.
Namun cara mengatasi anak tantrum yang terbaik adalah untuk belajar daripada kesilapan dan mengubah tabiat anda sebelum ia boleh menjejaskan kehidupan mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keselamatan anak antara yang perlu diutamakan,Bukan setakat di luar rumah, dalam rumah pun perlu sentiasa berjaga-jaga. Jadi bagi ibu bapa yang ada anak kecil, baby safety gate atau pagar keselamatan bayi antara peralatan penting yang perlu ada dalam setiap rumah jika anda mempunyai anak-anak kecil.
Lebih-lebih lagi jika kediaman jenis dua tingkat, tahap keselamatan si kecil prlu diperketatkan apabila melibatkan binaan tangga. Mahu tak mahu, pagar keselamatan mesti ada untuk mengelakkan si kecil bermain di kawasan tangga.
Berdasarkan panduan yang dikongsikan oleh bapa ini, anda boleh membuat sendiri (Do-It-Yourself) security gate dengan menggunakan bajet serendah RM30!
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
1 : Pelaras Kaki Meja terpakai ( yang akan berfungsi sebagai security locked).
2: Kayu Pallet
3 : Vidga IKEA (Curtain Hook) dapat sekali getah tu
4: Besi L Shape (MR.DIY jual harga RM1.80)
5 : Skru & driller
6 : Roda Kecil (Kedai RM2.10)
LANGKAH-LANGKAH
Curtain hook (IKEA) tebuk dinding satu lubang dan pelekat double side roda (kedai RM2)
2. Roda di bawah dan tepi dinding.
3. Roda tepi untuk jarakkan dinding.
4. Roda bawah dua biji (kalau rajin buatkan rel nanti).
5. Kunci yang boleh dilaraskan. tebuk lubang sendiri.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.