Dada Ayam Tak Laku, Buatkan Ayam Gulung Ni, Kejap Je Habis Licin!

Share

Dada ayam selalu dibiarkan sepi tanpa penggemarnya. Anak-anak kebiasaannya lebih sukakan kepak atau bahagian paha yang ternyata lebih rangup dan sedap. Dada ayam yang tidak laku dan terbiar sepi, apa kata kita cuba hasilkan resipi Ayam Gulung ni.

Resipi Ayam Gulung ringkas tapi sedap dengan gabungan sayuran ini pasti buat anak suka. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ayie Baizura Man ini.


Hari ni rajinkan diri buat stok dada ayam banyak-banyak. Kesian tak ada sapa nak makan dok dalam peti tu. Buat macam ni kejap je licin.

Taugi ayam / ayam gulung. Benda ni kalau jumpa orang jual kat pasar malam selalunya memang beli bercucuk-cucuk.

Bahan-bahan:
Sayur Fucuk – rendam dengan air biasa 1/2jam

2 mangkuk isi ayam – kisar halus
1 biji telur
3 sudu penuh tepung ubi
Segenggam cendawan telinga – cincang
Suhoon – ikutlah nak banyak mana, rendam & potong kecil
1/2 batang carrot – potong dadu kecil
1/2 bj bawang holland – potong dadu kecil
3 ulas bawang putih – cincang
Maggie cukup rasa
Gula & garam
Serbuk lada putih
Note: Nak tambah isi udang pun boleh, hancurkan lagi sedap

Campur semua bahan-bahan (kecuali fucuk)

Fucuk yang dah rendam tadi potong. Agaklah saiz yang korang suka bila nak gulung nanti. Lap sikit fucuk tadi.

Gulungkan macam dalam gambar tu.

Hujung sapu ngan telur dan bungkus kemas.

Buat sampai habis. Baru kukus dalam 15-20 minit.

Sejukkan dulu baru potong-potong kecil.

Gorenglah bila nak makan. Sedap cicah dengan sos thai.

Artikel berkaitan: Bebola Ayam Homemade, Sedap & Mudah, Air Tangan Istimewa & Ringkas Untuk Anak

Resipi Sosej Homemade, Air Tangan Ibu, Lagi Selamat & Sedap

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM