Bahagian dada ayam selalu ditinggalkan, dan kesudahannya berlaku pembaziran. Tak mahu terbuang begitu sahaja dan berkreatif untuk kembali mendapat perhatian anak, apa kata mama cuba buatkan resipi mudah ini.
Resipi ringkas kepingan ayam rangup bersalut yang dikongsikan oleh Rosmizah Yussof ini mama wajib cuba. Mudah dan ringkas. Pasti dada ayam yang tidak laku habis licin!
Siapa ada anak yang tak suka makan dada ayam? Meh sini kita bagi tips nak habiskan dada ayam tu. Kompom makan sampai licin.
Bahan-bahan
Dada ayam -dipotong nipis
Tepung bestari
Serbuk roti
Sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Gaul ayam dengan garam dan sedikit tepung bestari. Campurkan 2 sudu air.(supaya serbuk roti melekat) Gaulkan rata. Perap sekejap.
Kemudian lumur dengan serbuk roti.
Goreng dengan minyak panas sampai masak. Siap!
Bolehlah makan dengan sos, mayonis, sos cheese atau makan gitu je pun sedap.
Cubalah mesti lepas ni tak ada lagi masalah dada ayam tak habis. Menu simple tapi sedap!
Artikel berkaitan: Resipi Sosej Homemade Air Tangan Ibu, Lagi Selamat & Sedap
Anak Dah Bosan Makan Nasi, Cuba Roti Sosej Ala Oriental Ni Pulak, Memang Layan
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI