Anak-anak mana yang tidak gembira bila mana menerima kejutan hadiah. Pengacara yang cukup terkenal dengan kelembutan suaranya, Fedtri Yahya tidak terkecuali membuat kejutan buat keempat-empat anaknya.
Kata Fedtri, ia merupakan hadiah untuk anak-anak yang selalu ditinggalkan dek kerana kesibukan tugasnya sejak awal tahun lagi.
Namun paling menarik bukan sahaja kejutan bahkan kata-kata anaknya yang sentiasa bertanya “bila ayah mahu datang ke rumah” itu cukup menggambarkan kesibukkan si ayah yang padat dengan jadual demi mencari rezeki buat keluarga.
Demi menggantikan masa itu, Fedtri membuat kejutan dengan memberikan hadiah berupa mainan berbentuk pendidikan kepada anak-anaknya. Seronok melihat anak-anak yang teruja menerima pemberian daddy.
“Terlalu sibuk sejak awal tahun ni sampai kadang-kadang anak tanya: “Daddy bila nak DATANG rumah kita lagi?
“Malas nak keluar waktu macam ni. Sesak, ramai orang. Beli online senang,” kongsinya menerusi Instagram.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan pengikut Fedtri Yahya di Instagram turut memuji tindakan Fedtri yang begitu bermurah demi membuatkan anak-anaknya gembira.
Ads
“Ouchhhhh”bila nak DATANG”. Daddy kena qada’ beli jiwa anak-anak semula.”
“Allah sayang kita gembirakan anak-anak.”
“Comel je semua. Word “datang” tu memang anak-anak akak masa derang kecik pun suka sebut. Abahnya balik dari kerja derang sebut “ummi, abah datang.”
Terdahulu, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nurul Anati Ismail pada tahun 2011 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata, Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fedtriyahya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sibuk macam mana sekalipun, jadikan waktu makan adalah masa untuk ibu bapa berinteraksi dengan anak-anak. Tak kisahlah dengar anak bercerita atau pun kita beri kata nasihat atau pujian. Melalui cara ini, kesannya sangat besar sekali.
Disebabkan itu, ramai yang mengesyorkan ibu bapa untuk cuba juga meluangkan masa makan bersama anak kalau nak anak-anak kita menjadi ‘orang’. Nampak simple tapi inilah kekuatan yang sangat luar biasa.
Menurut Perunding Keibubapaan, Noor Afidah Abu Bakar waktu makan malam sebenarnya memberi manfaat tehadap perkembangan anak.
Berikut antara perkongsiannya:
Adakah anda makan malam bersama-sama dengan anak-anak?
Dalam kesibukan kita sehari-harian, jangan abaikan makan malam bersama-sama dengan keluarga kerana manfaatnya amat besar terhadap perkembangan anak-anak.
Kajian mendapati amalan makan bersama-sama ini dapat:
1) membantu perkembangan bahasa anak kecil. Anak kecil memperoleh banyak ‘vocabulary’ yang baru ketika makan bersama-sama keluarga. 2) membina tabiat pemakanan yang sihat dalam keluarga melalui pilihan menu yang berkhasiat. 3) membantu perkembangan intelektual dan prestasi anak-anak yang bersekolah. 4) menghindari remaja dari pengaruh yang tidak sihat seperti merokok, penyalahgunaan dadah, keganasan, seks bebas dan lain-lain masalah sosial. 5) membina ‘mood’ dan persepsi tentang masa hadapan yang positif dalam diri remaja.
Walau bagaimanapun kuasa sebenar untuk memperolehi semua manfaat yang disebut di atas terletak pada corak interaksi dan perhubungan ketika makan malam.
Jika makan malam hanya dipenuhi dengan amalan negatif seperti kritikan, cemuhan, amarah, tangisan dan jeritan, makan malam hanyalah menjadi medan yang merenggangkan perhubungan antara ahli keluarga.
Menu yang enak tiada ertinya jika tiada interaksi positif ketika makan. Makan malam sambil menonton tv (dan juga gajet) tidak membantu perkembangan anak-anak dan keharmonian keluarga.
Jadikanlah satu-satunya masa yang ada untuk berkumpul bersama sekeluarga itu sebagai masa yang berkualiti untuk ‘connect’ dengan anak-anak.
Sama macam kita yang perlukan me time, anak-anak juga perlukan masanya dengan kita secara bersendirian. We time eksklusif dengan anak jarang kita lakukan, namun inilah yang perlu kita terapkan dengan anak. Berikan mereka masa.
Anak bukan sahaja akan rasa lebih dihargai bahkan inilah masanya untuk anak bercerita secara dekat dengan ibu atau ayah.
Perkongsian Pn Mastura Rashid mengenai hal ini perlu kita aplikasikan dengan anak-anak. Kita ambil masa untuk anak-anak kita.
Anak juga perlukan we time dengan kita. Masa cerita hal Shariff pada doktor pakar di klinik kesihatan sebelum ni, doktor tanya, “Pernah tak puan dan suami spend time dengan setiap anak?”
“Spend time dengan setiap anak?”
“Ya. Maksudnya puan dan suami spend time dengan setiap anak. Tak kisahlah bawa mereka makan aiskrim ke, jalan pergi park ke, bawa pergi makan ke. Ada tak?”
“Oh, macam ada dengan anak tertentu. Tapi saya dah lupa bila kali terakhir saya buat macam tu.” 😅
Nampak sangat macam dah lama tak buat macam tu. Dan bila doktor tanya, saya macam baru tersedar yang dah lama saya mengabaikan perasaan setiap anak sejak sibuk beberapa tahun ni.
Setiap hari saya cuma hidup untuk uruskan anak dan rumahtangga, masak, bisnes, dan benda yang takde kaitan dengan anak. Saya dah lupa bila kali terakhir saya duduk sebelah anak dan melukis bersama.
Saya dah lupa bila kali terakhir saya bawa setiap orang makan aiskrim. Saya dah lupa banyak perkara tentang anak-anak. Apa yang anak-anak suka, apa yang anak-anak tak suka, siapa kawan mereka, banyak lagi. Dah lama hilang attachment dengan anak-anak.
“Puan, saya sarankan cuba puan buat macam saya bagitau tadi. Ia boleh bantu puan bina semula bonding dengan anak-anak. Suami juga perlu buat perkara yang sama. Sebab puan nak anak faham puan, tapi puan dan suami pun tak cuba faham anak. Mereka juga macam kita, nak difahami. Betul tak?”
Ya, saya baru tersedar semua tu. Tiba-tiba rasa sedih. Sedih sebab baru tersedar betapa terabainya perasaan anak selama ni.
Mereka pun perlukan we time dengan ibu ayah secara berseorangan, mahu difahami, mahukan encouragement, mahu privacy dan mahu rasa momen-momen disayangi secara eksklusif. Saya rasa mungkin ramai ibu seperti saya.
Kita terlalu sibuk dengan urusan harian hingga tak sedar yang kita dah pun mengabaikan perasaan anak, kan. Kita mahu anak faham yang kita ni sibuk.
Takde masa sangat nak layan mereka, tapi dalam masa yang sama, hati anak tersinggung setiap kali kita menolak mereka dengan pelbagai alasan. Kita dok fikir mahu privacy untuk me time kita je.
Perasaan tersinggung tu lama-lama menggunung, membuku dalam hati, hingga buatkan anak makin jauh dari kita. Tapi kita tak sedar pun anak tu dah makin jauh. Apa yang kita rasa waktu tu, lega!
Leganya harini anak tak kacau. Leganya harini anak takde banyak mulut. Leganya harini anak pandai main sendiri. Sampailah tiba-tiba anak dah pandai melawan. Keras hati. Kasar. Tak tunjukkan minat pada apa yang kita kongsi. Mula peduli pada kawan-kawan di luar. Mula mengurungkan diri. Ini semua berpunca dari penolakan awal kita.
Saya memang ada baca pasal meluangkan masa secara eksklusif dengan setiap anak ni. Benar sekali.
Anak yang mendapat individual attention dari mak ayah, walaupun hanya 10 minit sehari, akan lebih berjaya bina keyakinan diri, meningkat kepercayaan pada kita, lebih memahami, rasa disayangi, kurang meragam atau tantrum dan kurang bermasalah. Anak buat masalah biasanya sebab mahukan perhatian. Perhatian yang dah lama mereka tak dapat. Betul kan.
Ingat ya, bukan keluar sekali dengan mak ayah, tetapi dengan seorang parent dulu. Tak kisahlah mak dulu atau ayah dulu. Saya rasa anak sulung lebih berdikari, yakin diri, bersifat pelindung, dan sanggup berkorban untuk keluarga mungkin juga dari individual attention yang mereka dapat selama beberapa tahun ketika mereka kecil sebelum mendapat adik baru.
Dan semalam, turn saya keluar dengan bilal. Sebelum raya dah keluar dengan raina. Shariff awal-awal lagi dah cop turn pertama. Minggu depan kak yang.
Alah bukan bawa pergi tempat high class pun. Cuma bawa jalan-jalan di Melawati mall, makan aiskrim, makan pasta, masuk mph bookstore, pun mereka dah happy.
Bila dah buat macam ni kan, barulah nampak true colour anak bila bersama saya. Boleh jadi berjam-jam nak dok borak saja. Banyak topik yang keluar hanya dengan kita saja. Waktu macam ni pun, anak lebih mudah dinasihati.
I have changed. InsyaAllah we all can change too. Panjang pula sharing pagi ni. Tidak terdetik mahu menunjuk pandai atau rasa diri parent hebat. Sebab saya dan suami juga sedang mulakan semula rutin ni. Tapi itulah, semoga bermanfaat untuk semua parents juga ya. ❤️❤️
Siapa yang tidak kasihannya anak-anak yang berada lama di rumah. Pengumuman pembukaan sekolah pada Oktober ini sememangnya paling menggembirakan ibu bapa. Walau terselit rasa bimbang namun inilah yang terbaik buat anak kita.
Selebriti yang juga ibu kepada lima orang cahaya mata, Yatt Hamzah mengakui kebimbangannya tetap ada bila mana menghantar anaknya ke sekolah. Namun dia merasakan inilah yang terbaik malah lebih baik anak di sekolah berbanding membawa anak ke luar ke tempat lain.
Menerusi Instagramnya, Yatt berkongsi rasa kegembiraannya melihat anak kecilnya, Iqlima yang sudah pun memulakan sesi persekolahan pada Isnin lalu. Gembira kerana anak kecilnya itu sudah dapat kembali ke sekolah seperti biasa.
“Kesian Iqlima, rindu sekolah, rindu kawan-kawan dan guru-gurunya sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Dia mengadu mimpi pergi sekolah jumpa kawan-kawan masa awal bulan lepas September.
Menitis air mata Bondanya masa tu juga lantas berdoa agar sekolah cepat dibuka. Dan Alhamdulillah doa dimakbulkan. Hari ini dia sudah boleh ke sekolah,” kongsi Yatt bercerita.
Lebih risau bawa anak keluar bercuti
Bagi Yatt dia berserah segalanya kepada Allah untuk melindungi anaknya sepanjang di sekolah dan keputusan menghantar anak ke sekolah itu pastinya lebih baik dari membawa anak ke tempat-tempat lain yang tidak mematuhi SOP.
“Namun ramai pula tanya tak takut ke anak dah ke sekolah dengan kes Covid19 masih tinggi? Tak risau ke anak-anak kena jangkitan nanti?
“Jawapan Bonda, lebih takut dan risau bawa anak-anak ke shopping mall, tempat-tempat peranginan untuk bercuti dan makan di restoran. Di tempat-tempat ni masih sangat ramai yang tak jaga SOP maka kebarangkalian untuk dijangkiti sangat tinggi berbanding di sekolah anak-anak saya,” tulisnya lagi.
Malah Yatt turut bersyukur disekolah anaknya itu amat menitik beratkan disiplin dan menjaga SOP dengan ketat. Jadi ia semakin menguatkan.
“Alhamdulillah sekolah Tahfiz As Sofa sangat menitik beratkan dispilin dan menjaga SOP dengan ketat. So Bonda tak risau in shaa Allah all my daughters are in good hands.
“Terima kasih guru-guru dan pihak pengurusan sekolah untuk Hari Pertama yang menceriakan bagi anak-anak kami.
“Semoga anak-anak akan dapat terus ke sekolah tanpa halangan yang memudaratkan mereka lagi. Semoga anak-anak ini dididik dengan baik di sekolah agar menjadi anak-anak yang Soleh Solehah, Musleh dan Alim. Ameen YA Rabb,” kongsinya lagi.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!