Jangkaan bersalin sepatutnya Julai, namun pelakon dan usahawan, Fizo Omar memaklumkan isterinya Fazeera Nazri Azrai telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada jam 12.39 minit tengah malam (25 Jun) di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Fizo menerusi satu hantaran di Instagram yang melihatkan kad butiran mengenai kelahiran Fazeera dan bayi perempuan mereka yang dilekatkan di katil bayi.
Menerusi kapsyen, Fizo meluahkan kesyukuran atas kurniaan zuriat tersebut dan berterima kasih atas doa orang ramai, selain memberitahu bayi tersebut lahir dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Alhamdulillah, satu lagi anugerah terindah dari Allah. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan 2 minggu lebih awal dari EDD (anggaran tarikh kelahiran).
“Ibu dalam keadaan selamat dan bayi comel,” tulis Fizo.
Ads
Pada masa yang sama, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan hospital atas layanan hospitaliti yang mesra.
“Terima kasih kepada @andorrahospitalofficial atas layanan hospitaliti yang baik dan mesra. Kami sangat gembira dengan keramahan kakitangan, tim yang menyambut kelahiran yang sangat prihatin dan membantu segala keperluan terutamanya terhadap ibu dan bayi.
Ads
“Terima kasih istimewa kepada @drkhamsiahmudaofficial kerana sentiasa bersama kami sepanjang perjalanan kehamilan dan kelahiran bayi.”luahnya di laman Instagram.
Susulan perkongsiannya itu, ramai rakan artis dan peminatnya mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi perempuan itu dan kini Maryam dah ada geng untuk bermain bersama.
Untuk rekod, Fizo dan Fazeera bernikah dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana di sebuah resort di Janda Baik, Pahang pada Oktober lalu.
Tahniah buat pelakon Tasha Shila yang berkongsikan perkhabaran gembira bila mana mengesahkan dirinya kini hamil anak kedua.
Menerusi Instagramnya semalam, ibu kepada Raees Zander ini berkongsi cerita bahagia itu. Malah menurut Tasha, usia kandungannya kini sudah masuk tujuh minggu.
Tasha berkata dia tidak menyangka akan hamil sekali lagi apatah lagi anak sulungnya, Raess Zander baru berusia 10 bulan.
“Assalamualaikum whbth. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Khabar gembira buat kami sekeluarga ialah kehamilan yang kedua buat saya.
“Pada hari Jumaat yang mulia ini saya harap kalian doakan semoga semua berjalan dengan lancar dan baik In shaa Allah.
“Take care semua, stay healthy dan semoga berjaya dunia akhirat .
“Saya dan keluarga juga turut mendoakan pada pasangan yg masih menanti , semoga pada masa yg akan datang dihadiahkan amanah Allah SWT. Aaaminnn Yaa Rabbal Alaminnn,” tulisnya.
Tak sedar hamil
Malah Tasha yang berehat lama selepas kelahiran anak sulungnya berkata dia sendiri tidak menyedari yang dirinya hamil.
“Saya tidak sedar pun hamil. Tetapi sebelum ini saya ada terlepas cakap ‘hamil juga’.
“Suami pun pelik kenapa saya cakap ‘juga’? Mungkin anak dalam kandungan pun seakan memberitahu dia sudah ada.
“Saya sendiri pelik terlepas cakap sebegitu. Jadi kami beli alat pengesan kehamilan dan kemudian buat pemeriksaan di klinik,” katanya.
“Ada juga orang yang mula perasan anak pertama saya asyik gigit ibu jari kaki. Kata orang itu petanda nak dapat adik,” katanya.
Semoga kehamilan kedua Tasha ini dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Tasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raess Zander kini berusia 10 bulan.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saya merupakan ibu muda dan baru menerima cahaya mata berusia 3 bulan. Masalah saya apabila bayi saya menyusu, dia kerap muntah sejak dia berumur 2 bulan. Kadang-kadang sedikit dan kadang-kadang banyak sehingga dia menangis. Adakah ini normal?
Bilakah saya perlu risau mengenai muntah bayi saya? Bagaimana cara saya untuk menghadapi muntah bayi dan jika ianya berlarutan sehingga berbulan-bulan adakah muntah itu berbahaya untuk anak saya? Saya harap penjelasan dari doktor dapat membantu saya.
Ibu buntu, kuala lumpur
Terima kasih atas pertanyaan Puan.
Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku kepada samada bayi menyusu ibu atau susu formula. Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu, ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak sedap atau kurang khasiat, bayi tidak suka rasa susu ibu dan bayi kembung perut sebab ibu tersalah makan. Segala mitos ini akan menyebabkan si ibu percaya lantas memberikan bayinya susu formula. Jika ini terjadi kepada bayi yang menyusu formula pula, mitos yang kerap berlegar dalam masyarakat ialah, susu tidak sesuai, alahan kepada susu formula jenama tertentu dan akhirnya kerap bertukar pelbagai jenama susu.
Sedangkan kajian menunjukkan lebih kurang 2/3 bayi di bawah 6 bulan mengalami masalah sekurang-kurangnya sekali sehari. Kebanyakan masalah muntah sejak umur 1 minggu kelahiran dan 40 – 65 % bayi berumur 1-4 bulan disebabkan oleh Gastroesophageal Reflux (GER). Masalah GER ini akan semakin berkurangan sehingga bayi mencapai umur 6 bulan. Lebih kurang 96 % bayi yang mengalami GER ini akan sembuh sepenuhnya apabila mencapai umur setahun. (Anna Rybak, Int Journal Molecular ScienceAugust 2017, Czinn SJ et al. Paediatric Drugs 2013).
Apakah Gasteroesophageal reflux ini ?
Di dalam perut manusia terdapat injap bahagian atas yang membuka laluan makanan daripada otot esofagus bawah (LES – lower esophageal sphincter) ke dalam perut (lihat gambarajah). Namun, di dalam bayi baru lahir, otot LES ini belum cukup kuat untuk menutup rapat selepas susu masuk dalam perut. Maka, makanan akan berpatah balik ke atas melalui esofagus dan bayi akan memuntahkan susu keluar.
Sekiranya bayi Puan mengalami masalah muntah, perlu diteliti beberapa perkara yang membimbangkan dan perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak.
I) Muntah yang tersangat kerap dan berhalaju tinggi setiap kali sejurus selepas atau semasa menyusu. Ini ditakuti bayi mempunyai masalah yang jarang berlaku iaitu Pyloric stenosis iaitu otot pylorus (injap perut bahagian bawah) yang tebal daripada normal.
II) Muntah yang menyebabkan kurang berat badan atau berat tidak naik secukupnya.
III) Jika bayi mempunyai tanda-tanda kurang air dalam darah (dehidrasi) seperti kurang membuang air besar dan kecil seperti normal dan kelihatan kulitnya kering dan bayi lemah dan tidak menangis seperti biasa.
IV) Bayi tidak boleh membuang angin, perutnya kelihatan buncit dan lebih keras bila diurut, serta bayi menangis mengerang seperti sakit perut. Ini menandakan bayi mengalami usus tersumbat yang menyebabkannya muntah.
V) Bayi kerap terbatuk akibat tersedak / tercekik dengan susu yang berpatah balik ke dalam kerongkongnya. Kadang-kadang bayi boleh mendapat jangkitan paru-paru “aspiration pneumonia”.
Sekiranya bayi Puan mengalami muntah disebabkan oleh GER tapi tiada tanda-tanda seperti di atas, maka Puan tidak perlu panik. Ikuti langkah seperti di bawah;
1) Susukan bayi puan dalam posisi kepala bayi lebih tinggi kedudukannya daripada perut samada menyusu ibu atau menggunakan botol. Berhenti sekejap pada separuh masa penyusuannya (bila lihat hisapannya kurang laju). Letak bayi ke dada ibu dalam kedudukan menegak seperti ingin sendawakannya sambal menepuk lembut belakangnya. Ini memberikan masa untuk susu itu turun ke dalam perut bayi mengikut tarikan graviti. Lakukan perkara ini dalam 1-2 minit sahaja dan sambung lagi penyusuannya sehingga bayi kenyang atau susunya habis. Jika perlu sendawakan, sekali
lagi ulang meletakkan bayi ke dada ibu. Kemudian, jika bayi tertidur, letakkan bayi mengiring ke tepi (kiri atau kanan) dan elakkan meletak bayi terlentang dengan kepala sama paras dengan perutnya. Ini dapat mengelakkan bayi daripada termuntah dan tersedak (choking) dengan susu yang berpatah balik.
2) Lakukan urutan perut bayi setiap kali bayi telah buang air besar atau kecil semasa menukar lampinnya. Urutan pusingan U daripada kanan bawah abdomen bayi, memusing U ke arah kiri bawah abdomen. Amalkan juga mengurut bayi di bahagian lain tubuh bayi jika selepas mandi dan boleh rujuk cara urutan ini dalam video pendidikan. Selepas mengurut, boleh lakukan gerakan kedua lutut serentak lipat ke perut untuk memberi tekanan agar bayi dapat membuang anginnya jika dia kembung (colic)
3) Jika memakai barut, elakkan terlalu ketat.
4) Elakkan meletakkan bayi dalam keadaan membongkok ke depan (posisi duduk) selepas menyusukan kerana ini akan memberi tekanan kepada perutnya sehingga muntah.
5) Jika bayi tersedak susu, segera tiarapkan baby di tangan ibu / penjaga, tepuk lembut belakangnya untuk memastikan bayi tidak menjadi kebiruan (cyanosis) kerana kurang oksigen akibat saluran nafas tersumbat. Sedut hidungnya jika terdapat susu keluar melalui hidung.
Sumber: Dr.Hairin Anisa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menurut salah seorang krew, dia malah tertarik dengan perwatakan Syaikhul Islam meskipun baru berusia 5 tahun. Bukan setakat beri kerjasama yang bagus sepanjang di set penggambaran, malah si cilik itu disifatkan matang serta pandai cuit hati orang sekeliling terutama sewaktu bercerita mengenai figura mainan miliknya.
Reaksi Puteri Sarah dilihat sedang mengalirkan air mata melihat telefon pintarnya sementara Syaikhul melihat kembali video klip rakaman.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.