Betullah orang kata, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah selamanya. Sama situasi yang dilalui oleh si comel Ameena Sofia anak kepada Fizi Ali dan Shakilla Khoriri yang kini berusia 3 tahun.
Walaupun Fizi dan Shakilla sudah berpisah, hubungan mereka dengan Ameena cukup akrab sekali. Masing-masing sepakat untuk membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang biarpun sudah tiada apa-apa hubungan. Namun demi anak, kedua-duanya sangat profesional.
Sebelum ini pun, Fizi dan Shakilla dah berjanji akan menjaga dan memberi perhatian yang secukupnya buat satu-satunya anak kesayangan mereka.
Tanpa melanggar janji yang telah ditetapkan, mereka bergilir-gilir menjaga Ameena dengan sebaik mungkin dan tak mahu Ameena bersedih dengan perpisahan tersebut.
Ads
Terkini, pelakon Shakilla Khoriri memuat naik sebuah video meruntun hati memaparkan anaknya Ameena Sofia bercerita tentang mimpi yang dialaminya.
Dalam video tersebut, Ameena menceritakan daddy memukul dirinya sehingga berdarah. Di akhir video tersebut, Ameena menyebut perkataan ‘ ‘daddy hug mimy ‘ yang memberi maksud menyuruh Fizi memeluk uminya.
Ads
Permintaan dari anak kecil yang comel ini dan masih belum memahami situasi sebenar cukup buatkan sesiapa melihatnya rasa sebak. Dalam video tersebut, Fizi Ali telah meninggalkan komen memujuk Ameena dan berjanji akan menjemput Ameena keesokan harinya.
Bukan itu saja, ada peminat mengusik alang-alang Fizi Ali nak jemput anak, ajaklah sekali Shakilla bersama. Malah, ramai antara mereka turut berdoa agar keluarga kecil itu kembali bersatu demi anak tersayang.
Ads
Mana tahu Allah makbulkan doa Ameena dan orang ramai untuk melihat pasangan ini kembali bersatu suatu hari nanti. Jodoh dan ajal semuanya rahsia Allah.
Kredit: IG Ameena Sofia, Shakilla Khoriri & Fizi Ali
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebak juga bila tengok tudung isteri saya ni. Bila saya fikirkan balik, banyaknya kurang saya ni sebagai suami.
Bila isteri beli tudung dan pakai cantik-cantik. Dia tak harapkan lelaki tepi jalan puji dia. Dia tak harapkan lelaki lelaki tempat dia bekerja untuk puji dia. Dia tak harapkan lelaki di luar sana untuk puji dia.
Rupanya yang dia harapkan adalah pujian suaminya sahaja. Saya la tu. Tapi Allahu beratnya mulut saya untuk memuji. Beratnya hati saya untuk memahami.
Padahal pujian seorang suami kepada isteri adalah pujian berpahala. Pujian ni lah yang akan membuatkan hati si dia berbunga bunga. Pujian ni lah yang akan memenuhkan tangki emosinya.
Lebih penting lagi, pujian ni juga yang membuatkan dirinya menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. Ramai rupanya tak tahu yang si isteri ni kena RASA dirinya cantik di mata suami. Baru lah mereka lebih yakin untuk mencintai suaminya sendiri dengan sepenuh hati.
Terlupa yang rupanya pujian saya kepada isteri, kebaikannya akan kembali balik kepada diri saya sendiri.
Bahaya kalau ibu ayah tidak ambil tahu Red Flags perkembangan anak. Apa pula Red Flags ini kan? Bendera merah kah?
Sebenarnya Red Flags ini macam que untuk ibu ayah ambil langkah segera untuk bantu perkembangan anak.
Kadangkala ibu ayah jadi lupa bukan sebab tak baca dalam buku merah tapi mungkin memang lupa.
Jadi kita sama sama ingatkan supaya kita sama-sama aware. Sebab statistik menunjukkan bilangan anak terdedah ke risiko kelewatan perkembangan dan ada ciri-ciri seperti speech delay mahupun autism semakin ramai.
Tapi apa-apa pun jangan mudah melabel anak. Jika nampak ada ciri-ciri terus segera bawa jumpa terapis dan doktor. Bukan mereka yang tidak bertauliah ya.
Hanya doktor yang boleh beri diagnosis dan terapis menilai tahap perkembangan anak. Saya kongsikan perkembangan dan Red Flags dalam komponen kemahiran sosial anak anak kita. Boleh rujuk di gambar.
Bantu saya share dan kongsikan supaya lebih ramai ibu ayah lebih cakna. Sekurang-kurangnya kita pantau dan lihat perkembangan anak dan jika ada sebarang masalah boleh terus rujuk pakar.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes tular mengenai pelajar MRSM yang dibuli hanya kerana menegur mereka yang menonton video lucah sepatutnya kita jadikan pengajaran dalam mendidik anak-anak kecil kita. Kita pantaulah apa jua yang ditonton mereka di kaca tv mahupun di telefon bimbit.
Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu menjadi pembimbing dan benteng untuk anak-anak agar tidak berbuat silap. Kita cuba kerana inilah satu tanggungjawab buat kita dalam mendidik anak. Inilah yang dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun di facebooknya.
Allahu Allah, memang tersangat perit hati ini semasa dalam flight petang tadi, terbaca tentang khabar seorang pelajar MRSM yang dibuli hanya kerana menegur mereka yang menonton video lucah.
Sudah buat perkara haram, kemudian sakiti pula orang yang melakukan amar makruf nahi mungkar, Astaghfirullah.
Beberapa hari yang lalu, tular video berdurasi 10 saat yang memaparkan seorang pelajar dibuli beramai-ramai, mereka menumbuk dan menendang mangsa secara bergilir-gilir sehingga cedera tisu lembut di bahagian perut mangsa. Hal ini sangat membimbangkan kerana berlaku dalam kalangan anak muda seusia awal remaja iaitu lingkungan 13 tahun.
Bermula dengan niat baik mangsa menasihati mereka yang menonton video lucah agar menghentikan perbuatan tersebut atau tindakan mereka akan dilaporkan kepada guru.
Namun, kerana rasa tercabar dan ego yang tinggi, mereka menggunakan kekerasan sebagai tindak balas terhadap nasihat yang diberikan. Allahu Akbar.
Buli ini banyak puncanya tetapi dalam kes sebegini ia berlaku akibat ego orang yang melakukan kemungkaran, apabila ditegur mereka membalas pula dengan kekerasan.
Analoginya ibarat orang yang hampir mati lemas, apabila datang orang untuk membantu, mereka mencaci maki si penyelamat.
Kita semua sedia maklum tentang keburukan buli seperti yang berlaku terhadap arwah adik Zulfarhan di UPNM pada tahun 2017 dan lain-lain kes sebelum ini sama ada yang tular atau tersembunyi.
Namun, saya ingin tegaskan di sini bahawa perbuatan menonton video lucah itu juga merupakan satu kemungkaran yang mesti dijauhi.
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya (zina) itu suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.”
(Surah Al-Isra’, 17: 32)
Allahu Akbar, sedangkan mendekati atau menghampiri sahaja pun sudah ditegah oleh Allah, apatah lagi melaksanakan perbuatan zina. Jangan disangka bahawa zina itu hanyalah melakukan persetubuhan secara haram, namun segala perbuatan yang menghampiri zina seperti berkata, melihat atau mendengar perkara lucah juga dikira sebagai kemungkaran.
Daripada Nu’man bin Basyir r.anhuma, Rasulullah SAW bersabda: الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَ الْحَرَامَ بَيِّنٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Tuan Puan, Tabiat menonton video lucah bukan sahaja menyebabkan semakin nipisnya rohani, tetapi turut memberi kesan terhadap kesihatan mental seseorang, iaitu pelaku akan alami ketagihan beronani (masturbation), hilang rasa malu dan paling membimbangkan sudah mula timbul kecenderungan untuk berzina secara nyata. Allahurabbi.
Akibat daripada perbuatan ini menyebabkan perubahan tingkah laku, di mana si pelaku akan jadi seorang yang panas baran, cenderung untuk menyakiti orang lain dan budaya menipu atau memperdaya menjadi kebiasaan. Kesan daripada kemungkaran yang dianggap remeh ini, berlakunya kes-kes mencederakan orang lain seperti buli.
Kadang saya terfikir juga mengapa terlalu ramai orang yang terjerumus melakukan kemungkaran ini, antaranya kerana ramai ibu bapa yang tidak mengawasi bahan tontonan anak-anak semasa mereka kecil.
Kita boleh lihat dalam filem-filem, animasi, rancangan kanak-kanak atau kartun yang menonjolkan karakter lelaki atau perempuan yang mendedahkan aurat dan seksi.
Bayangkan di usia 2-6 tahun anak-anak sudah terdedah dengan penampilan sebegitu, jangan pelik apabila mereka besar, semua itu sudah menjadi kebiasaan dan ketagihan, bahkan berapa ramai anak remaja berusia 13-16 tahun sekarang sudah terlibat dengan penzinaan. Allahu Akbar.
DUHAI IBU BAPA, AWASILAH ANAK-ANAK KITA Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan anak-anak membesar sebagai manusia yang baik dan berguna. Kadang kita rasa takut jika terlalu mengongkong sehingga timbul rasa rimas daripada anak-anak, namun jika terlalu longgar dalam pengawasan pula akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan anak-anak.
Saya percaya semua orang impikan anak-anak yang soleh dan solehah, walau kita sedar hakikat cabaran ke arah itu sangat tinggi. Namun, siapa yang berusaha bersungguh-sungguh, pasti Allah SWT tak akan sia-siakan. Panduan untuk mendidik ahli keluarga supaya dapat menangani masalah sebegini ada digariskan di dalam sebuah hadis.
Maksudnya: “Wahai para pemuda! Barangsiapa yang berkemampuan dalam kalangan kamu, hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu lebih menjamin pandangan dan lebih kuat membentengi kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak ada kemampuan (untuk berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menjadi pelindung kepadanya.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Jika kita muhasabah semula, sebenarnya amat jelas hikmah Allah perintahkan kita supaya menjaga pandangan, hati dan kemaluan supaya tidak terjebak dengan perkara maksiat sebegini, walaupun perintah itu telah diturunkan sejak 1400 tahun yang lalu, namun ia masih relevan sehingga ke hari ini. SubhanAllah.
Sebab itu, Allah Ya Hakim, yang Maha Bijaksana dan Allah Ya ‘Alim, yang Maha Mengetahui segala baik buruk kita, segala kelemahan dan kekurangan kita. Oleh itu, banyakkan memohon petunjuk dan bimbingan daripadaNya supaya diri dan ahli keluarga kita terselamat daripada terjebak dengan dosa maksiat.
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PIHAK YANG PANTAS BERTINDAK Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur dengan tindakan yang diambil oleh pihak MARA, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Mufti, institusi Diraja, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan banyak lagi atas tindakan dan arahan yang dikeluarkan berikutan kes buli yang berlaku ini.
Semoga setiap usaha untuk membendung isu buli ini dikira sebagai satu bentuk amar makruf nahi mungkar dengan menggunakan kuasa di tempat yang betul, sekaligus menjadi pahala ibadah yang sangat besar di sisi Allah SWT, insyaAllah .
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.