Dadih pencuci mulut paling mudah dan cepat disediakan. Hanya guna dua bahan utama iaitu susu dan agar-agar, pastinya dadih akan menjadi menu kesukaan anak-anak. Bukan sahaja kanak-kanak yang suka, orang dewasa pun akan menggemarinya kerana rasanya yang mengamit kenangan masa kecil.
Teksturnya yang lembut dan mudah cair dalam mulut ini mungkin boleh dijadikan salah satu juadah berbuka puasa lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas.
Resepi yang dikongsikan oleh Afieyza Isahak ini hanya dengan menggunakan susu full cream. Confirm sedap!
Dadih Susu full cream
Sungguh, sangat-sangat sedap! Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikkan dia itu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!
Ads
Okey, Cik Fieyza salin resepi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! Kredit resepi untuk Puan Niswah Hasina.
Bahan-bahan
1 liter susu kotak (Ducth Lady Full Cream Milk)
Agar-agar tali 20 gram. Guna 1/3 saja.
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Ads
Cara-cara
1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
Ads
2. Kemudian, masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa anda. Cukup sampai naik wap dan boleh tutup api.
3. Biarkan sejuk sedikit, kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
Nak bagi anak yang masih kecil makan nasi lemak takut tak sesuai. Maklum sahajalah bahan-bahan yang digunakan bimbang akan membuatkan perut si kecil meragam. Tapi kadang kesian tengok anak-anak terliur je bila mama dan papa makan nasi lemak depan mereka.
Jangan risau kerana mama boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nisa Zawawi menerusi laman Facebook Happy Baby Foods. Resipi nasi lemak strawberry versi untuk bayi ini tentu sesuai untuk diberikan kepada anak-anak. Tapi menurut Puan Nisa penggunaan santan hanya disarankan untuk bayi anda yang sudah berusia 8 bulan dan ke atas.
Lagi best Puan Nisa turut berkongsi macam mana nak buat santan home made.
Bolehlah mama yang lain cuba resipi ini, mana tau si kecil anda suka, barulah tak meleleh lagi air liur mereka setiap kali tengok mama dan papa makan nasi lemak.
Nasi Lemak Strawberry Baby Version Kesian Rayyan dok tengok mama makan Nasi Lemak Strawberry kat cameron haritu. Mama try buat version baby pulak. Mama bagi resepi paling ringkas. Sedap sangat macam rasa nasi lemak kita cuma takde garam gula. Mama attach sekali macam mana nak buat santan home made. P/s: Penggunaan santan disarankan untuk 8 bulan ke atas. Good luck mommy2
Bahan-bahan dan cara masakan boleh merujuk pada gambar.
Cara memasak Nasi Lemak
Bahan-bahan sambal ikan bilis strawberry
Cara buat santan Home made
Dah pun siap nasi lemak strawberry untuk si manja mama
Siapa kata lauk pantang tak best? Dan siapa kata lauk pantang boring, asyik sama je dengan menu rebus, panggang dan kukus? Baik menu kukus, rebus atau panggang jika diberikan olahan yang baik pastinya buat ibu berpantang rasa nak makan bertambah-tambah. Silap hari bulan masih teringat-ingat walaupun sudah habis tempoh berpantang. Punyalah rindu dengan menu-menu hebat ni.
Menu berpantang yang dikongsikan oleh Puan Hayati Bekri di facebooknya ini memang semuanya sedap belaka. Biarpun menggunakan cara memasak seperti rebus, kukus dan panggang sahaja tetapi resipi yang disediakan memang awesome. Semuanya segar-segar belaka. Barulah nutrisi dibekalkan dengan sebaiknya dan susu ibu makin bertambah. Jom sediakan set sama seperti ibu ni. Mantap!
“Sape cakap lauk pantang tak best? Sedap la.(tapi nasi tak boleh tambah jugak). Saja nak share menu & resepi masa saya berpantang, today dah masuk 2 hari saya habis pantang. Kalau ada yang nak share, silakan. Nanti bila dah bersalin boleh tengok balik, insyaAllah.
Tapi kena pandai jugak rasa-rasa mana yang sesuai dengan keadaan badan kita k. Mungkin kita nampak orang lain kuat, tapi belum tentu untuk kita lagi….”
DAGING BAKAR
Bahan-bahan :
300 gm daging lembut
Lada hitam
Garam
Minyak
Cara memasak :
1. Gaulkan daging dengan lada hitam dan garam. Kemudian panggang sehingga masak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.
DAGING MASAK HALIA
Bahan-bahan:
300gm daging – dihiris nipis
2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Sedikit air asam jawa
Cara Memasak:
1. Rebus daging hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Masukkan daging bersama air rebusannya beserta air asam jawa.
4. Perasakan dengan sedikit garam, biarkan mendidih dan angkat.
SUP LOBAK MERAH BAWANG PUTIH
Bahan-bahan:
1/2 biji lobak merah -dihiris nipis
2 ulas bawang putih -dihiris
Sedikit garam
Cara Memasak:
1. Satukan semua bahan dalam periuk.
2. Biarkan mendidih dan angkat.
3. Hidangkan bersama nasi panas.
DAGING STIM HALIA
Bahan-bahan:
300gm daging – dihiris nipis
2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Cara Memasak:
1. Hiris nipis daging dan kesemua bahan.
2. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus hingga daging masak.
3. Sedia dihidang bersama nasi panas.
IKAN SELAR STIM LADA HITAM
Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar
Sedikit lada hitam
2 ulas bawang putih
Cara Memasak:
1. Masukkan ke semua bahan dalam pengukus.
2. Taburkan sedikit lada hitam.
3. Kukus hingga masak.
DAGING MASAK SINGGANG
Bahan-bahan:
300gm daging -dihiris nipis
2 inci halia
Sedikit lengkuas
Asam keping
Garam dan gula
Cara Memasak:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk.
2. Biarkan mendidih, perasakan dan angkat.
3. Hidangkan bersama nasi putih.
Jadi mana satu pilihan mama? Simpan semuanya kemas-kemas, bila tiba waktu berpantang nanti bolehlah dicuba. Semua menu yang dikongsikan ibu ini sihat, segar dan paling penting ringkas cara penyediaannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.