Dadih Susu Homemade, Tak Pakai Serbuk Dadih Pun Rasa Sedap, Lembut & Gebu!

Share

Dadih sememangnya cukup disukai anak-anak kita. Dengan hanya menggunakan serbuk dadih, dadih boleh disediakan dengan cukup mudah dan pantas malah tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.

Pun begitu, tanpa serbuk dadih pun, dadih masih boleh dihasilkan sama seperti serbuk dadih biasa dan hasilnya cukup lembut dan gebu. Nak tahu bagaimana menyediakannya, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nur Haziqah ini. Terbaik!


Beli dadih kat luar mesti tak puas hati. 1 cup kat sini RM2.50. Langsung tak berkrim, rasa nipis sangat-sangat. Beli perisa cocoa yang rasa cuma manis gula, bau cocoa pun tak bau.

Jadi hari ni buat dadih sendiri tanpa menggunakan serbuk dadih. Yang pasti lebih berlemak dan berkrim berbanding guna serbuk dadih. Sebelum ni pernah buat dadih tak letak tepung jagung pun, tapi tengok youtube resepi tu letak tepung jagung. Memang rasa lain letak dan tak letak tepung jagung. Sedap tu lagi berganda.

Resepi ni ikut sukatan saya sendiri. Kalau ada yang nak cuba bolehlah. Nak sedap jangan kedekut susu. Biar susu banyak dari air takpa. Resepi ni dapat 9 cups. Gandakan kalau nak lebih banyak cups.

Bahan-bahan yang diperlukan
150gm gula ( boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. Saya buat manis sedang-sedang )
20gm serbuk agar-agar ( saya guna cap bunga raya )
1 sb tepung jagung
1 sk garam
1 liter susu segar / susu kotak
500 ml air
Perasa – depends nak guna perasa apa pun

1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api sehingga mendidih dan agar-agar larut.

Api slow sekejab sehingga agar-agar larut lepastu baru api kuat sampai mendidih.

2. Bila agar-agar dah larut tapiskan. Dah tapis masukkan susu dan kacau sebati. Tak perlu masak dah lepas masukkan susu.

3. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan flavor kesukaan. Saya buat tiga flavor. Susu yang plain , cocoa dan nescafe. Kalau guna nescafe ni masukkan half packet saja. Kalau masukkan satu packet nanti manis sangat pulak.

4. Masukkan dalam cup dan biarkan sejuk.

5. Dah sejuk tutup cup dan masukkan ke dalam peti ais dalam 1-2 jam. Cocoa , nescafe , susu.

Saya guna serbuk koko dan serbuk nescafe 3 in 1. Guna half packet saja.

6. Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba. Lepasni tak payah beli dah bila dah pandai buat sendiri kan #nuhazkitchen.

Artikel berkaitan: Dadih Fresh Milk, Rasa Manis & Lembut, Nikmatnya Makan Waktu Sejuk

Dadih Susu Cair Di Mulut, Guna Dua Bahan Saja, Confirm Sedap, Pilihan Seisi Keluarga

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM