Permohonan pendaftaran sekolah bagi anak Tahun 1(2022-2023) sudah mula dibuka bermula hari ini (1 Mac). Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016 dan 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 boleh mendaftarkan anak jagaan masing-masing ke sekolah bagi kemasukan tahun satu (1) ambilan 2022 dan 2023.
Prosedur permohonan pendaftaran anak Tahun 1 bagi tahun 2022 dan 2023 mengikut pilihan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian KPM.
Bagi memudahkan anda untuk membuat pendaftaran, berikut disertakan langkah-langkahnya.
3. Di Menu Utama klik ‘Tahun 1 Pendaftaran / Penyemakan Permohonan’
4. Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai mengisi maklumat yang diperlukan.
Ads
Ibu dan bapa hendaklah memastikan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa permohonan dilampirkan dengan lengkap supaya permohonan diterima.
Tarikh permohonan pendaftaran Tahun 1 ambilan 2022/2023 bermula 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021.
Permohonan untuk anak prasekolah dibuka mulai 1 Mac hingga 31 Mei
Sementara itu, bagi ibu bapa yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan prasekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ambilan 2022, boleh membuat permohonan secara atas talian dan manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2021.
Ads
Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan secara manual, perlu melalui sekolah yang dimohon.
Syarat kelayakannya adalah kanak-kanak warganegara Malaysia dan lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 15 Januari 2018 sahaja yang layak memohon.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pedofilia adalah penyakit mental kronik yang menyebabkan penghidapnya berasa ghairah apabila melihat kanak-kanak. Tambah menjengkelkan, ada dalam kalangan mereka bertindak berani cuba memanipulasi ibu bapa dan pengasuh demi melampias nafsu syaitan.
Pengalaman seorang pengasuh mendedahkan mesej yang diterimanya oleh individu tidak dikenali berkenaan sumbangan wang untuk para pengasuh membeli lampin buat anak asuhan. Lebih menjijikkan lagi apabila individu tersebut meminta gambar kemaluan kanak-kanak untuk melihat ruam sebelum menasihati pengasuh membeli lampin buat mereka.
Ada pengasuh jaga anak perempuan?
Umi Nasir menerusi laman Facebook miliknya mendedahkan mesej perbualan antara individu yang tidak dikenalinya. Individu berkenaan telah memuatnaik posting ke dalam group Facebook yang diberi nama Khidmat Pengasuh Shah Alam.
Dia bertanyakan kepada pengasuh yang menjaga kebajikan anak perempuan sahaja untuk ditanyakan pengalaman.
Bantuan untuk anak yang ada ruam
Individu yang menyamar sebagai perempuan itu turut menawarkan bantuan lampin kanak-kanak buat para pengasuh. Bukan itu sahaja, dia turut meminta gambar kemaluan kanak-kanak perempuan bagi mengenalpasti sama ada kanak-kanak berkenaan punyai masalah ruam ataupun tidak.
Minta gambar ruam kemaluan
Individu tersebut sedaya meminta gambar kemaluan anak perempuan dengan alasannya kanak-kanak perempuan sering mengalami masalah ruam di kawasan berkenaan.
Untuk dapatkan bantuan, tak apa
Bagaimanapun, pengasuh ini tidak memberi gambar yang diminta dan menganggap perbuatan berkenaan adalah salah disisi undang-undang setelah mengikuti kursus di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Tambahnya, perbuatan demikian perlu mendapatkan kebenaran dari ibu bapa terlebih dahulu sebelum mana-mana pengasuh berbuat demikian.
Seorang bayi yang berusia lapan bulan di Bengaluru, India, meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik selepas mengunyah wayar pengecas mudah alih.
Gulf News melaporkan, insiden itu berlaku di kampung Siddarada, Karwar taluk di daerah Uttara Kannada di Karnataka pada Rabu.
Mendiang Sanidhya Kalgutkar adalah anak perempuan Santhosh Kalgutkar dan Sanjana Kalgutkar.
Menurut polis, pengecas mudah alih dibiarkan dalam keadaan disambungkan ke soket dengan suis itu tidak dimatikan.
Bayi yang memegang wayar pengecas mula mengunyah pin wayar pengecas mudah alih dan terkena renjatan elektrik.
Ahli keluarga yang menyedari insiden itu dengan segera membawa Sanidhya ke hospital daerah.
Bagaimanapun, doktor kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.
Bapanya, Santhosh Kalgutak yang bekerja sebagai pekerja kontrak dengan Syarikat Bekalan Elektrik Hubballi (Hescom) rebah di tempat kerja selepas mengetahui kejadian itu.
Dia dimasukkan ke hospital, manakala mayat bayi perempuan itu dipindahkan ke bilik mayat.
Difahamkan, Sanidhya adalah anak ketiga pasangan itu.
Susulan kematiannya, polis mendaftarkan satu kes dan menjalankan siasatan lanjut mengenainya.
Mengambil kira keadaan semasa dan penularan jangkitan COVID-19 ini, Kementerian Kesihatan telah mengingatkan orang ramai untuk hadkan keluar ke tempat tumpuan ramai buat masa sekarang bagi mengelakkan keadaan ini lebih serius.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes baru nampaknya semakin bertambah dan mula mencatatkan peningkatan yang cepat.
Oleh itu, beliau menegaskan agar orang awam terutamanya bergejala jangkitan pernafasan tidak digalakkan untuk menghadiri perhimpunan atau tempat yang melibatkan ramai orang`termasuklah tempat keagamaan.
“Semua penganjuran aktiviti yang melibatkan orang awam hendaklah ditangguhkan bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19,” katanya.
Melalui perkongsian dari Encik Akhtar Syamir, beberapa langkah pencegahan boleh dilakukan bersama dengan mengelakkan memegang benda yang dinyatakan di bawah.
Jika memegang sekalipun, pastikan tangan terus dicuci atau menggunakan hand sanitizer untuk mengelakkan kuman dari terus merebak. Berikut antara perkongsiannya.
Sama-sama kita jaga diri dan keluarga. Elakkan dari memegang semua benda yang saya senaraikan ini.
Bakteria dan virus COVID-19 boleh tersebar dengan sentuhan terutamanya pada alatan dan benda yang digunakan oleh ramai orang. Kebarangkalian itu menjadi lebih tinggi.
Ini adalah PANDEMIK. Sila ambil peduli. Sila berjaga-jaga. Jangan dah terlambat nanti baru nak kelam-kabut.
Gunakan sarung tangan atau terus basuh tangan atau guna hand sanitizer. Kurangkan aktiviti di luar dan di tempat orang ramai. Elakkan bersalaman buat masa ini.
– Troli – Bakul – Tombol pintu – Butang lif – Pam minyak – ATM – Kepala paip
– Pam tandas – Penutup tandas – Pemegang pintu tandas – Pemegang tepi tangga – Pemegang escalator – Pemegang dalam bas –Pemegang besi dalam lif – Butang vending machine – Butang di lampu isyarat – Duit – Playground equipment – Meja makan awam – Pintu mesin dobi awam – Tempat duduk di perhentian bas dan teksi – Tempat duduk di dalam bas dan teksi atau Grab. – Kerusi urut berbayar
Semoga kita semua dijauhkan dari virus ini. Kongsikan post ini supaya lebih ramai orang buka mata dan ambil perhatian.
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...