Ada yang teringin nak makan daging tapi masih berkira-kira nak masak apa. Buat resipi mudah sahaja. Boleh cuba masak Daging Butter Blackpepper Thai. Sangat senang. Makan dengan nasi panas-panas satu lauk ni pun dah cukup.
Daging Butter Blackpepper Thai oleh Khairul Hakimin Muhammad ni boleh dicuba.
Bahan-bahannya ialah:
– 1/4 buku butter.
– 500gm daging, suka hati nak potong macam mana. Hiris nipis lagi sedap.
– 5-7 ulas bawang putih.
– 1 sudu besar serbuk lada hitam kasar.
– 1 ulas bawang besar.
– 1/4 cawan susu segar.
– Sedikit cili merah, lagi pedas guna cili padi.
– Sedikit garam.
Cara-cara tengok dalam gambar ya:
Panaskan kuali. Masukkan butter terus.
Ads
Butter dah mencair terus masukkan daging yang dah dibasuh bersih okeh
Air daging akan keluar banyak, kasi dia kering tau. Kena banyak sabar sikit. Dah kering dan tinggal minyaknya sahaja, tolak ketepi sedikit dan masukkan bawang putih yang dicincang kungfu. Tumis sampai dia berwarna keemasan.
Kemudian gaul bersama. Masukkan serbuk lada hitam
Ads
Masukkan susu segar. Setengah orang dia suka tanya nak pakai yang mana low fat ke apa ke? Suka kaulah ehhhh.
Masukkan bawang besar. Kacau lagi
Masukkan cili merah. Buh cili api lagi membaralah. Buh garam sikittt. Siap!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak menolak nasi, mama perlulah usahakan sesuatu agar anak berselera kembali dengan menu nasi. Nasi pastinya buat perut anak lebih kenyang berbanding pilihan makanan lain yang tidak sihat.
Cara kreatif ibu ini, Rarra Sakura yang dikongsikan di facebooknya wajar mama cuba. Selain dijadikan lempeng, idea kreatif membungkusnya seperti kuih lepat memang awesome. Barulah anak makin teruja hendak makan. Tak gitu? Jom cuba resipi Lepat Nasi Berlauk ini. Memang terbaik!
Bahan-bahan. Daun pisang jangan lupa.
Arini balik kerje terus siapkan bahan-bahan untuk Lepat Nasi Berlauk untuk si twins. Senang je nak buat. Dah lama dah nak buat. Hari-hari berinovasi dengan nasi rasa best pulak. Sikit pun rasa tak jemu dan penat. Jom tengok bahan-bahan.
Lepat Nasi Berlauk
Mesti ada daun pisang (layur dengan api dulu baru carikkan daun ikut saiz nak bungkus nasi lemak daun pisang atau lepat)
1 mangkuk nasi
1 cawan isi ikan kembung (dah kikis, rebus dulu)
Sayur-sayuran
Sedikit tepung gandum dan tepung ubi (just nak bagi bahan sebati je serta sedikit air)
Bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Bawang merah (ditumbuk)
Gaul semua bahan dalam mangkuk. Tak perlu banyak air dan tepung. Sekadar untuk sebati je.
Ambil sepotong daun (saiz macam nak bungkus kuih lepat. Ambil sesudu atau 2 sudu adunan, letak atas daun dan gulung kemas.
Kemudian kukus sehingga masak.
Ni hasilnya.
Boleh juga buat seperti pancake atau lempeng. Just ambil sesenduk adunan, goreng atau grill atas kuali dengan mengguna sedikit minyak.
Selamat mencuba.
Wow hebatkan. Boleh sediakan dua sajian sekali dalam satu adunan. Anak tak perasan pun. Sedap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sotong Paht Phet, kata orang jika anda menyediakan menu ini mudah kerja memasak jadinya. Apa tidaknya meskipun anda sediakan satu menu, namun ianya lengkap dengan hidangan sayur!
Bukan itu sahaja, hidangan ini juga sangat sedap kerana ia mempunyai rasa pedas dan beraroma yang mampu menyuntik selera untuk anda makan bertambah.
Nak tahu resipi dan cara penyediaannya? Jadi apa kata ikuti sahaja langkah-langkah yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah.
RESEPI SOTONG PHAT PHET(THAI)
Bahan-bahan:
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
BAHAN KISAR
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit air
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .
5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api .
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.