
Kebiasaannya musim perayaan kita selalu dihidangkan dengan rendang daging atau ayam. Selain itu, salah satu menu wajib ada bila tiba musim perayaan adalah daging dendeng, makan pula dengan lemang atau ketupat. Memang superb rasanya!

Boleh cuba Daging Dendeng hasil perkongsian resipi oleh saudari Putri Bungsu ni sangat mudah disediakan malah rasanya juga sangat sedap. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah – lebih lagi sedap
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 3 batang serai – lebih lagi sedap
- 3 senduk besar lada kisar
- 1/2 mangkuk kicap – untuk perap bersama daging
- 2 senduk kicap lemak manis
- 1 kg daging – hiris
- Minyak masak secukupnya
Cara penyediaan:
1. Perap daging bersama 1/2 mangkuk kicap.

2. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Tumis hingga naik bau.

contoh bahan untuk masak 3 kg daging dendeng
3. Seterusnya masukkan lada kisar. Masak hingga sedikit garing.
4. Masukkan daging yang telah diperap dengan kicap tadi. Biarkan daging dengan api kecil @ sederhana dan kacau sentiasa agar tidak hangus di bahagian bawah. Jika kurang rasa, tambahkan kicap.
5. Masak hingga daging menjadi kering. Angkat dan hidangkan.
Dah siap! mudahkan nak masak daging dendeng ni, rasa pula sememangnya sedap. Boleh cuba terlebih dahulu jadikan juadah buka puasa hidangkan kepada keluarga. Semoga bermanfaat.
Kredit: Putri Bungsu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!












Satukan cheese, esen dan susu pekat. Mix je bagi sebati. Kalau korang pakai cheese dales pastikan dah cair dengan 1/2 cawan susu segar tu korang masuk bowl macam ni.
Ok dah sebati tu ketepikan.
Asing kan telur tadi.
Yang kuning masuk dalam bekas cheese. Kacau je.
Yang putih tadi, masuk bowl dan mix sampai jadi merangue. Tips dia pastikan bowl tak basah, tak ada kuning telur terikut. Mix sampai korang angkat mata mixer tu adunan putih telur tu tak jatuh.
Ambil adunan putih telur tadi sikit kacau.
Baru masuk dalam adunan telur putih tadi dan kacau sebati.
Ok lapik kertas baking paper tuang adunan ni guna loyang 7. Guna kaedah water bath ye maksud nya satu lagi loyang letak air panas baru masuk loyang kek.
Bakar suhu 160 masa 1 jam 15 minit api atas bawah tapi kalau atas dah nampk brownies korang tutup atas dia dengan loyang lain atau aluminium foil. Atau kalu oven ada api atas bawah tang atas slow kan sikit sebab nak masak ni agak lama sikit sebab tak guna tepung.
Memang lembab-lembap sikit tau, jangan ko buang pulak sebab ingatkan tak masak.
