Daging Dendeng Sedap, Menu Wajib Cuba Raya Ni!

Share

Kebiasaannya musim perayaan kita selalu dihidangkan dengan rendang daging atau ayam. Selain itu, salah satu menu wajib ada bila tiba musim perayaan adalah daging dendeng, makan pula dengan lemang atau ketupat. Memang superb rasanya!

Sumber: Putri Bungsu

Boleh cuba Daging Dendeng hasil perkongsian resipi oleh saudari Putri Bungsu ni sangat mudah disediakan malah rasanya juga sangat sedap. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah – lebih lagi sedap
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 batang serai – lebih lagi sedap
  • 3 senduk besar lada kisar
  • 1/2 mangkuk kicap – untuk perap bersama daging
  • 2 senduk kicap lemak manis
  • 1 kg daging – hiris
  • Minyak masak secukupnya

Cara penyediaan:

1. Perap daging bersama 1/2 mangkuk kicap.

2. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Tumis hingga naik bau.

contoh bahan untuk masak 3 kg daging dendeng

3. Seterusnya masukkan lada kisar. Masak hingga sedikit garing.

4. Masukkan daging yang telah diperap dengan kicap tadi. Biarkan daging dengan api kecil @ sederhana dan kacau sentiasa agar tidak hangus di bahagian bawah. Jika kurang rasa, tambahkan kicap.

5. Masak hingga daging menjadi kering. Angkat dan hidangkan.

Dah siap! mudahkan nak masak daging dendeng ni, rasa pula sememangnya sedap. Boleh cuba terlebih dahulu jadikan juadah buka puasa hidangkan kepada keluarga. Semoga bermanfaat.

Kredit: Putri Bungsu 

 

Published by
Humaira