Daging Korban Boleh Buat Masak Daging Malbari, Memang Padu! Resipi Wajib Hari Raya

Share

Bila tiba musim perayaan, hidangan daging Malbari antara yang popular dan menjadi pilihan ramai. Alang-alang hari raya korban mesti banyak daging yang anda ada jadi apa kata anda cuba resipi daging Malbari yang mudah ini.

Selamat mencuba!

Resepi wajib masak setiap tahun bila tiba Hari Raya.

Daging Malbari

(Untuk 1 kilo daging)

Bahan kisar;

Kayu manis – 1 batang kecik
Bunga lawang – 3 kuntum
Bunga cengkih – 5 kuntum
Rempah biji ketumbar – 3 sb
Jintan putih – 1 sb
Jintan manis – 2 sb
Cabai kering – segenggam
Bawang merah – 5 ulas
Bawang putih – 5 ulas
Bawang besar – 2 biji
Halia – 2 inci

☝Semua bahan kisar goreng tanpa minyak sehingga wangi- api perlahan.
Kemudian kisar semua bahan ini.

Bahan-bahan:-

Daging – sekilo potong kecik
Kicap manis kipas udang – 1/2 botol
(Botol kecik)
Kerisik – 3 bungkus
Gula merah – seringgit ( masak dengan sedikit air tapis)

Cara penyediaan:-

-Goreng semua bahan kisar tanpa minyak sehingga wangi – api perlahan, kisar semua bahan ini.


-Kemudian masukkan bahan kisar bersama daging dan masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 – 2jam
-Setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yg perap tadi, masukkan sedikit air.
-Masak sehingga daging lembut, tambahkan lagi air untuk lembutkan daging.
-Bila daging lembut, masukkan kerisik, garam , gula & air gula.
-Masak sehingga kuat pekat berpalut di daging.

Kredit : Saba Natasha

Published by
NuFa