Pening mencari-cari menu berbuka petang ini? Apa kata cuba daging masak hitam berempah pula untuk hidangan suami dan anak-anak. Berbanding daging masak hitam lain, resipi yang satu ini cukup mudah disediakan malah bahan-bahannya juga begitu mudah disediakan.
Hanya perapkan seketika dan campurkan bersama bahan rempah lain hingga kuahnya pekat dan likat. Memang padu. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nurul Ain ini.
Untuk menu berbuka hari ni saya pilih untuk masak lauk daging masak hitam berempah. Saya share juga resepi / cara saya. Semoga bawa manfaat utk kawan-kawan yg tgh mencari menu berbuka.
Bahan-bahan:
Daging
Daun pandan
Serai
Rempah sekawan
Daun pandan
Bahan Kisar:
Bawang besar seulas
Bawang merah 3 – 4 ulas
Bawang putih 2-3 ulas
Serai
Lengkuas
Halia
Bahan Sangai:
Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Ni hero kita. Daging ni perap siap-siap dengan kicap manis. Sampai agak tenggelam separuh daging tu. Perap paling kurang 30 min.
Panaskan minyak tumis bahan-bahan ni dulu.
Ads
Kemudian tu tumis bahan kisar. Kalau yang suka pedas boleh tambah cili kisar sekali. Sis tak nak sebab makan dengan anak.
Kacau sebati. Tumis sampai pecah minyak tau.
Sementara tu sangai bahan- bahan sangai. Jaga-jaga api ye waktu sangai jangan sampai rentung. Nampak warna dah macam gelap sikit boleh tutup api.
Ads
Pastu kisar kering bahan sangai tadi. Kalau malas guna je yang serbuk punya tapi sis prefer guna biji lagi best. Nampak la rajin sikit.
Lepas tu blend pulak sebiji tomato. Jangan lupa buang bijinya ya.
Dah pecah minyak, masukkan pulak bahan sangai tadi dan jugak tomato yang dikisar tadi tu.
Ads
Masukkan daging yang kita perap tadi dalam bahan tumis tadi. Masukkan 2 sudu besar kicap pekat.
Masak sampai daging empuk. Guna api kecik ye. Kemudian tu masukkan gula melaka ni. Agak-agak je dah sebab tadi dah guna kicap manis perap daging.
Bila daging dah betul-betul empuk akhir sekali letak sedikit santan pekat baru lah rasa lemak-lemak sikit kuah kita nanti. Kacau sebati, tutup api. Siap.
Daging masak hitam berempah. Kena dengan nasi panas – panas sambil gigit cili hijau besar sedap sangat!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbanding kek lain, kek sarang semut sememangnya cukup mudah hendak disediakan. Namun jika tersilap adunan, cara perap dan teknik memasaknya, kek boleh jadi biasa malah tidak bersarang cantik seperti yang selalu kita lihat.
Rupanya ada cara nak hasilkan sarang dan lubang cantik ini. Cara memasak dan tekniknya haruslah tepat. Ini yang dikongsikan oleh Pn Aleeza Nabil.
Alhamdulillah, first time buat jadi juga lubang lubangnya, sedap dan lembut.
KEK SARANG SEMUT @ KEK GULA HANGUS
Bahan-bahan:
* 200g gula perang @ gula putih
* 250ml air panas
* 3 biji telor size A @ 4 biji telor size B
* 155g susu pekat manis
* 80g butter
* 125g tepung gandum
* 2 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 sudu kecil esen vanilla
Sediakan loyang dan lapik dengan kertas baking. Ayakkan tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
Masak gula perang @ putih sehingga perang dan larut.
Bila dah perang, masukkan air panas dan biarkan gula larut sekata. Kemudian boleh angkat dan ketepikan. (kena hati hati masukkan air panas tu)
Kemudian cairkan butter. ( ketepikan dulu )
Pecahkan telur dan kacau sehingga sebati. ( whisk kan saja ). Kemudian masukkan susu pekat dan esen vanilla kacau lagi sehingga sebati.
Masukkan butter yang di cairkan tadi & masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Akhir sekali masukkan gula karemel cair tadi & kacau bagi sebati. Tutup adunan dan perap selama 1 jam.
Tuangkan adunan ke dalam loyang. (tapis dulu adunan supaya adunan halus dan tak berketul )dan bakar dengan api bawah sahaja selama 20 minit dengan suhu 150c.
Selepas 20 minit, tukar kepada api atas bawah & teruskan bakar selama 25 minit atau sehingga masak. (ikut oven masing – masing)
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Comelkan popia sosej bentuk perahu, resipi mudah untuk anak- anak sebagai kudapan. Mesti makan sampai licin. Bentuk yang kreatif dapat tarik minat anak untuk makan bagi anak mereka yang kurang atau tiada selera makan. Boleh buat bekal ke sekolah juga. Mesti sukarkan untuk para ibu untuk pikat selera anak.
Selalunya, apa- apa makanan yang rangup atau berkaitan dengan sosej jarang anak menolak untuk makan. Biasa kita dengar kanak- kanak suka makan sosej. Jadi, ibu perlu bijak dan kreatif untuk olah sosej menjadi makanan yang dapat menarik minat anak. Jom lihat resepi yang dikongsikan oleh negeri seberang.
Resepi ini dikongsikan oleh Sunita Sabtu di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI POPIA SOSEJ PERAHU
Sumber foto: Facebook Sunita Sabtu
Goreng- goreng macam ni anak- anak suka la. Guna kulit popia dan inti sosej.
Saya dah edit ya resepi dan cara betul.
Bahan- bahan: – 6 batang sosej keju (potong dadu) – 1 biji telur (dipukul) – 1 ulas bawang putih (ditumbuk) – Cili besar merah (potong kecil) – 4-5 sudu besar tepung gandum – 100ml air rebusan ayam atau air kosong – Daun bawang (potong kecil) – Serbuk lada putih – Garam secukupnya – Kulit dumpling secukupnya – Minyak untuk menggoreng
Cara- cara: 1. Masukkan sosej ke dalam telur yang telah dipukul dan semua bahan. 2. Kacau rata dan ketepikan. 3. Ambik kulit dumpling potong dua. Buat keratan kecil pada bahagian atas dan bawah dan bentukkan ia seperti perahu (cara seperti gambar di bawah). Lekatkan dengan air kosong. 4. Selesai sediakan perahu, tuangkan adunan sosej ke dalamnya. 5. Panaskan minyak dan goreng secara terendam. 6. Goreng sehingga warna keemasan atau masak. Angkat dan toskan minyaknya. 7. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan, sedap pun ya tau! Bukan anak sahaja suka, seisi keluarga pun mesti suka. Boleh guna sosej biasa kalau tiada sosej keju. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Kalau ada yang teringin hendak makan cucur udang untuk dijadikan menu minum petang, bolehlah dibuat sendiri dengan resipi yang dikongsikan ini. Malah menariknya, pemilik resipi ini iaitu Puan Tyra Manan turut berkongsi rahsia untuk pastikan cucur udang yang dimasak tidak serap minyak.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
CUCUR UDANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
Tepung gandum – 1/2kg
Tepung beras – 2 tbsp
Bawang besar – 1 labu (potong dadu)
Telur – 2 biji
Taugeh – 1 cawan
Kucai
Udang kertas (kopek kulit)
Udang biasa (untuk hiasan atas)
Air – 3 Cawan
Garam – Secukup rasa
CARA-CARA:
Campurkan je semua bahan lepastu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras.
*Ni la rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perap kan je sebab kita tak guna baking powder tau.
CARA NAK GORENG:
1. Panaskan 2 kuali. 1 untuk menggoreng, 1 lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.
2. Bila senduk dah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap! Makan dengan partner sos dia ni, memang layan betul.
BAHAN SOS:
Cili masak
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
Cara buat : Rebus cili dan bawang putih lepas itu blend sampai hancur. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam & cuka. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Last sekali baru masukkan air tepung jagung.
Selamat mencuba!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.