Pening mencari-cari menu berbuka petang ini? Apa kata cuba daging masak hitam berempah pula untuk hidangan suami dan anak-anak. Berbanding daging masak hitam lain, resipi yang satu ini cukup mudah disediakan malah bahan-bahannya juga begitu mudah disediakan.
Hanya perapkan seketika dan campurkan bersama bahan rempah lain hingga kuahnya pekat dan likat. Memang padu. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nurul Ain ini.
Untuk menu berbuka hari ni saya pilih untuk masak lauk daging masak hitam berempah. Saya share juga resepi / cara saya. Semoga bawa manfaat utk kawan-kawan yg tgh mencari menu berbuka.
Bahan-bahan:
Daging
Daun pandan
Serai
Rempah sekawan
Daun pandan
Bahan Kisar:
Bawang besar seulas
Bawang merah 3 – 4 ulas
Bawang putih 2-3 ulas
Serai
Lengkuas
Halia
Bahan Sangai:
Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Ni hero kita. Daging ni perap siap-siap dengan kicap manis. Sampai agak tenggelam separuh daging tu. Perap paling kurang 30 min.
Panaskan minyak tumis bahan-bahan ni dulu.
Kemudian tu tumis bahan kisar. Kalau yang suka pedas boleh tambah cili kisar sekali. Sis tak nak sebab makan dengan anak.
Kacau sebati. Tumis sampai pecah minyak tau.
Sementara tu sangai bahan- bahan sangai. Jaga-jaga api ye waktu sangai jangan sampai rentung. Nampak warna dah macam gelap sikit boleh tutup api.
Pastu kisar kering bahan sangai tadi. Kalau malas guna je yang serbuk punya tapi sis prefer guna biji lagi best. Nampak la rajin sikit.
Lepas tu blend pulak sebiji tomato. Jangan lupa buang bijinya ya.
Dah pecah minyak, masukkan pulak bahan sangai tadi dan jugak tomato yang dikisar tadi tu.
Masukkan daging yang kita perap tadi dalam bahan tumis tadi. Masukkan 2 sudu besar kicap pekat.
Masak sampai daging empuk. Guna api kecik ye. Kemudian tu masukkan gula melaka ni. Agak-agak je dah sebab tadi dah guna kicap manis perap daging.
Bila daging dah betul-betul empuk akhir sekali letak sedikit santan pekat baru lah rasa lemak-lemak sikit kuah kita nanti. Kacau sebati, tutup api. Siap.
Daging masak hitam berempah. Kena dengan nasi panas – panas sambil gigit cili hijau besar sedap sangat!
Resipi menarik: Resipi Biskut Ovaltine Ala Famous Amos, Air Tangan Azlina Ina, Memang Rangup & Padu
Tengok Pun Dah Tau Sedap, Puding Karamel Cantik & Licin Tanpa Rongga, Ini Tipnya
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)