Daging mongolia antara menu yang sangat mudah disediakan. Bagi mama papa yang nak masak makanan berasaskan daging boleh cuba resipi daging mongolia yang dikongsi oleh Khairul Abdullah ini.

Balik tadi tengok ada daging dalam peti.

Okeh cun, kita masak Daging Mongolia. Sedap kau. Daging rangup dicampur pula rasa masin manis sos dia tu. Fuhhh bertambah. Macam biasa kejap lagi korang mintak resepi, so aku bagi siap-siap.

Daging Mongolia Rangup Dicampur Rasa Masin Manis Sos Dia Memang Fuhh! Semua Bahan Ada Di Dapur

Nah resepi Daging Mongolia ala Superdaddy Khairul Abdullah.

Bahan untuk projek ini:

250gm daging.
½ cawan tepung jagung
¼ cawan minyak masak
½ cawan air.
7 ulas bawang putih,hiris nipis
2 inci halia, dimayang halus
5 sudu kicap tak kisah lah cair ke pekat ke
1 setengah sudu gula melaka, brown sugar pun boleh. White sugar pun oklah.
3 pokok daun bawang, dipotong 2 inci
Sedikit garam.

Ads

Daging Mongolia Rangup Dicampur Rasa Masin Manis Sos Dia Memang Fuhh! Semua Bahan Ada Di Dapur

Cara melaksanakan projek ini:

1. Potong daging nipis-nipis, lawan urat tau. Lagi nipis lagi bagus. TIPS, masukkan dalam freezer bagi keras sikit so senang hiris nipis.Lepas tu gaulkan sedikit garam biar sekejap.

Daging Mongolia Rangup Dicampur Rasa Masin Manis Sos Dia Memang Fuhh! Semua Bahan Ada Di Dapur

Ads

Lepas tu sadurkan daging dengan tepung jagung. TIPS, jangan campak terus semua dalam tepung atau campak tepung dalam daging. Kena ambik daging sekeping dua dan balik-balikkan atas tepung biar rata. Buat sampai habis dan ketepikan.

2. Panaskan minyak degan api sederhana dan goreng daging. Sebaiknya goreng sikit-sikit, kalau campak semua sekali nanti melekat dan tak cun. Goreng sampai garing keperangan tu. Angkat dan rasa satu rangup tak. Kalau rangup ok cun. Goreng sampai habis.

3. Dalam kuali yang sama dengan baki minyak tadi tumis bawang putih dan halia dalam 15-20 saat gitu dan masukkan air, gula melaka dan kicap. Gaul rata sampai didih dan masukkan sesudu tepung jagung lagi untuk bagi kuah pekat. Rasa dulu, tambah apa yang kurang.

4. Dah menggelegak, masukkan balik daging yang digoreng tadi bersama daun bawang (tambah cili atau lada hitam kalau nak pedas) dan kacau cepat-cepat. Agak semua dah rata terus angkat dan masukkan ke dalam bekas paling cun dan hias lawa-lawa.

Ads

Siap dan hidang segera.

Senang wehh, tak sampai 30 minit masak benda alah ni. Dah hias lawa tadi terus hidang dan makan. Jangan tunggu lama nanti rangup tu hilang.

Daging Mongolia Rangup Dicampur Rasa Masin Manis Sos Dia Memang Fuhh! Semua Bahan Ada Di Dapur

Cuba okeh?

#ResepiSuperDaddy
#dagingmongolia

Sumber: Khairul Abdullah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI