Daging, Tenusu & Makanan Berkanji Untuk Bayi 1-2 Tahun, Boleh Atau Tidak?

Share

Daging, tenusu dan makanan berkanji untuk bayi berusia 1 hingga dua tahun boleh diberikan atau pun tidak? Jawapanya, makanan ini boleh diberikan kepada bayi kerana setiap hidangan mempunyai khasiat yang tersendiri. Namun, jika bayi anda mempunyai masalah food allergy, adalah tidak disarankan untuk menambah makanan tersebut kedalam hidangan mereka.

DAGING

Ayam mengandungi kurang lemak berbanding daging lain. Ini kerana kebanyakan lemak ayam berada pada kulitnya dan boleh dibuang. Walau bagaimanapun, ayam yang berkulit mengandungi tinggi lemak berbanding daging dan daging merah lain.

Daging merah adalah paling baik jika dimasukkan dua atau tiga kali seminggu dalam diet anak anda, kerana ia merupakan sumber terbaik yang sedia menyerap zat besi. Keperluan zat besi meningkat apabila tubuh membesar dengan cepat; jadi amat penting untuk anda memastikan anak anda mendapat zat besi yang cukup semasa usianya di antara 6 bulan dan 2 tahun.

Ikan putih seperti ikan haddock dan ikan kod adalah sumber terbaik untuk protein rendah lemak dan mengandungi selenium, kalsium, dan magnesium. Makan ikan boleh membantu melawan radikal bebas dan meningkatkan sistem imun badan anak anda.

Salmon menyediakan sumber baik lemak penting yang menyokong fungsi otak dan sistem imun. Ia juga mengandungi asid lemak penting dalam ikan berminyak yang boleh membantu kanak-kanak yang menghidap disleksia atau dyspraxia. Ikan berminyak seperti salmon perlu dimasukkan dalam diet sekurang-kurangnya sekali seminggu.

TENUSU DAN MAKANAN BERKANJI

Keju mengandungi tinggi lemak tepu, yang mana tidak bagus untuk orang dewasa. Walau bagaimanapun, ia memberikan tenaga yang baik untuk kanak-kanak. Keju juga merupakan sumber baik riboflavin (vitamin B2), yang penting untuk menukarkan protein, lemak, dan karbohidrat kepada tenaga. Keju adalah sumber baik vitamin B12 untuk mereka yang tidak makan daging.

Pasta ialah sumber baik karbohidrat kompleks, yang menyediakan kita tenaga berterusan. Inilah sebab mengapa makanan ini amat popular dalam kalangan atlet. Cuba campurkan sedikit pasta bijirin penuh dengan pasta biasa untuk meningkatkan kandungan serat pada hidangan anda.

Beras perang menyediakan sumber terbaik tenaga, sesetengah protein, vitamin B, dan mineral. Beras perang lebih berkhasiat daripada beras putih kerana beras putih kehilangan kebanyakan mineral dan vitamin penting semasa pemprosesannya. Kanji dalam beras, terutamanya beras perang, akann diserap secara perlahan, justeru menyediakan pembebasan glukos yang stabil untuk tenaga berterusan.

Ubi keledek adalah tinggi vitamin A dan C dan merupakan sumber phytochemicals yang kaya, yang membantu melindungi tubuh daripada penyakit.

Yogurt pula menyediakan sumber baik kalsium, protein, dan fosforus, kesemuanya penting untuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Yogurt juga lebih mudah dicerna berbanding susu.

Sumber: Hello Doktor

Published by
NuFa