Kehamilan

“Dah 10 Tahun Mencuba,” Demi Zuriat, Isteri Achey ‘Tiru’ Tok Ti Aktif Berbasikal Untuk Kesihatan Sebelum Buat IVF

Share

Demi mendapatkan zuriat sendiri, setiap pasangan akan mencuba pelbagai kaedah termasuklah rawatan kesuburan seperti In-Vitro Fertilisation atau IVF. Namun dalam usaha untuk melakukan rawatan tersebut, wanita khususnya perlu memastikan kesihatan diri dalam keadaan yang baik.

Pelawak Achey memberitahu bahawa isterinya perlu mendapatkan berat badan yang ideal terlebih dulu sebelum menjalani rawatan kesuburan, persenyawaan in-vitro (IVF).

Justeru, kata Achey, isterinya kini sedang giat bersukan termasuklah aktiviti berbasikal seperti yang dipraktikkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum melakukan prosedur IVF.


“Untuk buat IVF ini, orang rumah saya kena utamakan kesihatan dirinya dulu. Dia kena turunkan berat badannya. Kena steady dulu.

“Benda yang dia ikut adalah macam Tokti. Tengok macam mana Tokti nak dapat Aafiyah, sukan tak berhenti. Itu yang dia berbasikal untuk kuruskan badan sedikit,” katanya portal hiburan Gempak.

Achey ditemui sewaktu pelancaran produk makanan ringan DoryLicious di Gombak, Selangor baru-baru ini.

Menurut Achey lagi, kemungkinan prosedur rawatan tersebut akan dilakukan paling awal pada tahun depan.

Katanya, dia dan isteri akan tetap meneruskan rawatan tersebut biarpun sedia maklum dengan sebarang kemungkinan termasuklah keberangkalian untuk prosedur IVF itu gagal.

“Orang rumah saya pun dah bersedia. Saya tetap akan teruskan (walau tahu ada kemungkinan boleh gagal). Kami sudah hampir 10 tahun tak ada hasil. Jadi, sekurang-kurangnya kita mencuba.

“Kalau gugur sekalipun, sekurang-kurangnya ‘benda’ itu dah duduk dalam (rahim). Setidak-tidaknya merasa,” katanya.

Terdahulu, Achey memaklumkan bahawa mereka mahu menjalani rawatan kesuburan menerusi IVF. Ia merupakan antara usaha menimang cahaya mata sendiri selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018.

Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.

Semoga usaha Achey dan isteri untuk mendapat zuriat sendiri berhasil. Sama-sama kita doakan untuk mereka.

Sumber: Gempak & IG anne_achey

Baca: “Orang Rumah Pun Nak Anak Dari Rahim Sendiri,” Achey & Isteri Bakal Buat Rawatan IVF, Nak Bagi Adik Untuk Tiara!

Baca: “Baba, Can U Read That For Me?” Ali Nak Masuk 4 Tahun Dah Makin Bijak. Saharul Ridzwan Beli Buku Garis 3 Ajar Anak Menulis

Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini! 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Published by
SAHR