“Dah 2 Minggu, Banyak Mommy Belajar.” Elisya Syukur Bunga Mudah Dijaga

Share

Sekejap masa berlalu, dah dua minggu usia si comel Bunga Elhaq. Disayangi mommy, daddy, nanna, dadda dan keluarga sebelah mommy memang beruntung sangat. Kehadiran Bunga ibarat sekuntum bunga yang dinantikan selama ini selepas nanna dan dadda mempunyai dua anak lelaki.

Menerusi perkongsian Elisya Sandha di instastorynya, dia bersyukur Bunga bayi yang sangat mudah dijaga.

“Alhamdulillah, Bunga Elhaq dah 2 minggu. Banyak yang mommy belajar pasal awak, Bunga. Sampai kadang-kadang rasa macam mommy susah nak faham your body language, all ini all mom’s instinct in always right and alhamdulillah you’re easy, tak mudah menangis, I’m a proud mommy. I love you.”

Sementara itu, Elisya juga turut terharu dengan pengorbanan suaminya, Uzair Haqimy yang sangat mengambil berat dan bertanggungjawab padanya dan Bunga.

“Seorang suami dan ayah yang rajin bekerja untuk anak saya 🤍 Terima kasih kerana menjadi tulang belakang saya sejak hari pertama. Terima kasih kerana memberikan yang terbaik untuk saya dan Bunga.

Saya mengagumi misi anda dalam hidup, lelaki yang bekerja keras untuk keluarganya. Kerja keras awak diiringi dengan doa saya dan Bunga. Kami sentiasa menghantar kekuatan, dan sokongan. Terima kasih Allah bagi rahmat terbesar untuk saya, Alhamdulillah,” tulisnya.

Elisya yang kini berpantang di rumah ibu mertua, Sheila Rusly sangat bertuah kerana dilayan seperti anak sendiri dan ada sesetengah menu berpantang dimasak sendiri oleh Sheila.

Kredit: IG Elisya Sandha

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
Wan Amy