Setiap yang berkahwin pasti inginkan zuriat sendiri. Andai kata belum ada rezeki lagi, siapa kita nak menidakkan takdir Allah. Begitu juga bagi pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin yang tidak pernah berhenti daripada terus berdoa dan berusaha untuk memiliki cahaya mata sendiri walaupun perkahwinan dah mencecah 8 tahun.
Meskipun sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya Shamsul Baharin Rahman, pelakon berusia 37 tahun itu berkata dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi sebaliknya percaya dengan rezeki dan perancangan Allah SWT.
Akan cuba lagi, selebihnya serah pada Allah
Menerusi laporan Mstar, Elizad memberitahu, InsyaAllah tahun ni rasanya akan cuba lagi. Kalau tak ada juga kami reda sahaja la dan enjoy hidup berdua.
“Stres juga setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, jadi saya malas dah nak fikir, lagi pula umur pun dah meningkat tak nak la stres-stres, nak tenang-tenang sahaja.
“Cuma kadang-kadang bila orang push tentang anak, tu yang rasa geram… kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga,” katanya.
Sebelum ini, pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga itu berkongsi sebuah posting di laman Instagram memaparkan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelapan.
“I takde ucapan panjang2 untuk u. Sebab, setiap kali ulang tahun perkahwinan, mesti i akan cakap ‘Inshaallah anniversary tahun depan mesti kita bertiga’. Rasanya dah boleh tukar dialog tu. 8 tahun menanti.
“Percaturan Allah itu lebih baik. Redha & pasrah . Happy anniversary, happy honeymoon forever. Just the two of us. Doakan kami ya semua,” tulisnya.
Suami sangat memahami
Tambahnya, soal zuriat tidak menjadi isu dalam rumah tangga tersebut kerana suaminya sudah memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
“Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain… tapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa zuriat ini isu dalam rumah tangga kami,” katanya.
Terdahulu, Elizad pernah melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebelum disahkan hamil namun mengalami keguguran seminggu selepas itu.
Kredit: mStar Online
ARTIKEL MENARIK [Papa Tak Sempat Tengok.” Tunggu 10 Tahun Nak Dapat Baby, Suami Pergi Dulu]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Ini Puncanya Kita Mudah Melenting Pada Anak. Dah Tahu Mudahlah Urus Emosi!]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)