boy guna

Ada sesetengah pasangan yang berkahwin dikurniakan ramai anak lelaki. Selepas beberapa orang, teringin juga merasa dukung anak perempuan pula. Tapi, masih belum tertulis rezeki untuk ada baby girl. Anak lelaki pun seronok juga, rezeki dan amanah dari Allah SWT.

Benarlah, kalau kita reda dan bersyukur dengan setiap ketentuan Allah SWT, pasti ada hikmahnya. Selepas 10 tahun silih berganti pasangan ini mendapat lima orang anak lelaki, akhirnya mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberikan nama Nur Sumayyah.

Ibu kepada enam orang anak, Sarah Saifuddin berkongsikan kisahnya ini.

Dah Ada 5 Orang Anak Lelaki, Baru Dapat Baby Girl. Berkat Reda Dengan Rezeki Allah SWT

Ada yang bertanya,
Bagaimana tips mendapatkan perempuan setelah 5 lelaki.
Saya hanya mampu tersenyum.
Sungguh!
Saya tiada tips tertentu.

Sepanjang Sumayyah membesar dalam rahim Saya,
Hanya orang terdekat yg tahu bagaimana Saya struggle utk redha Dan menerima sepenuh hati siapa si kecil ini..
Sungguh!
Saya memahami bagaimana saat kita belum bersedia menerima kehadiran orang baru.

Dah Ada 5 Orang Anak Lelaki, Baru Dapat Baby Girl. Berkat Reda Dengan Rezeki Allah SWT

Ads

Scan pertama kali diusia 5bulan kandungan,
Saya bertemu seorang doktor yg baik hati.
Bagaimana Saya menangis dihadapannya,
“Doktor, Saya belum bersedia.”
Tapi waktu tu, doktor pujuk saya.
“Mari kita scan. Saya yakin, ini perempuan.
Mana tahu penawar buat puan.”

Ya. Benar.
Jantinanya perempuan.
Namun scan 2d itu belum cukup buat saya.
Jantinanya masih dirahsiakan dari pengetahuan suami.
Sekalipun si dia berkali mengajak saya.

Lantas dibahu sahabat baik saya mengadu.
Niat untuk mengadu,
Tapi si dia pula menangis tersedu.
Bila tahu scan kali ini girl.
Saya pula terpinga.
Bff yg teruja, sedang aku dirundung hiba.
Hinggalah 4 kali scan, jawapan tetap sama.

Artikel Lain: [Anak Mengamuk, Nak Pujuk Atau Biar Je Dulu. Pakar Jelaskan Pendekatan Betul]

Ads

Akhirnya saya mengajak suami scan 4d,
Ye. Benar – benar perempuan.
Namun Saya masih termenung.
Kerana jauh sudut hati,
Ku mengharapkan seorang baby lelaki.

Dah Ada 5 Orang Anak Lelaki, Baru Dapat Baby Girl. Berkat Reda Dengan Rezeki Allah SWT

Saya bertanya pada suami.
Rahsia apa yg sedang Allah aturkan buat kita?

Ads

Kata suami,
“10tahun Allah berikan kita silih berganti anak lelaki.
Tak pernah kita bersungut kenapa takde anak perempuan.
Ada sesuatu abg belajar.
Allah nak abg bersedia.
Di usia genap 40tahun, disaat kehidupan baru bermula.
Baru Allah hantarkan puteri untuk abg bersedia menjadi wali.

Tipulah kalau Tak excited.
Allah lebih tahu waktu yg tepat untuk abang.
Jika puteri yg pertama,
Mungkin abang Tak pernah kenal hati seorang perempuan dari kacamata isteri.
Tu tanda Allah Sayang kita.”

Sungguh!
Ayat itulah yg membuka matahati Saya untuk mula redha.
Segala persiapan , husband la yg siapkan.
Baju, beg, pakaian serba pink.
Jauh sudut hati, Saya bimbang andai bukan perempuan.
Tapi Allah tahu yg terbaik buat hambaNya.
Allah hantarkan hadiah ramadhan buat kami.

Sesuai dgn nama Nur Sumayyah,
Walaupun jasadmu milik kami,
Tapi hatimu tetap milik Tuhan!
Moga kekuatanmu mengalir buat Umi…

Artikel Lain: [30 Idea Nama Bayi Yang Sesuai Untuk Kedua-Dua Bayi lelaki & Perempuan, Unik Juga!]

Dan ada sesuatu yg ku pelajari.
Sabarlah andai zuriatmu belum tiba.
Kerana itu tanda Allah sedang menyiapkan hatimu untuk bersedia.

#ceritaseorangisteri
#perkongsiandarihati
#sabarlahandaizuriatmubelumtiba
#inibukanstatusbiasabiasa
#adanadadalamjiwa

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI