Dah Ada 7 Nama Bermula Nur Eliesya. Ada Rezeki, Tetap Nak Seorang Geng Papa!

Share

Selalu dengar orang kata ada anak perempuan jangan ambil mudah. Jangan buat tak endah kerana tanggungjawab berat, tugasnya amat besar. Bukan itu saja, bagi ibu bapa yang mempunyai anak perempuan dan berjaya mendidik mereka dengan sebaiknya, mereka ini akan menjadi pelindung daripada api neraka.

Ingat bagi pasangan suami isteri yang dikurniakan semua anak perempuan, anda hebat. Begitu juga untuk ibu ayah yang ada semua anak lelaki, Allah tahu anda boleh! Masing-masing ada tanggungjawab besar menjadikan anak-anak insan yang berkeperibadian baik dan berjaya dunia akhirat.

DARIPADA Aisyah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

[HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Juga untuk seorang.”

[HR Ahmad dan Al-Hakim]

Seperti kisah Puan Shaeriani A Hamat, yang dikurniakan 7 anak perempuan, itu semua anugerah yang teristimewa baginya dan suami. Walaupun suami hanya satu-satunya imam dalam keluarga setakat ini, inilah hero kami!

ARTIKEL BERKAITAN [Ini Cara Mak ‘Malas Didik 6 Anak Perempuan Buat Kerja Rumah, Barulah Anak Tak Bantah Kalau Kena Suruh!]

Mama jadi pemerhati

Berkongsi cerita, Shaeriani akui bila ada anak perempuan, tugasnya lebih mudah apabila anak-anak dah semakin besar. Masing-masing dah diajar dan tahu tugas apa yang perlu dilakukan.

“Soal kerja rumah dan uruskan adik-adik mereka dah boleh buat. Saya hanya pemerhati dan ajar apa yang patut. Seronok sebab anak-anak saling membantu. Ibaratnya ‘kami bebas bibik’.

“Tak perlu dah saya nak kelam kabut uruskan rumah tangga. Dah ramai pembantu, lagi cepat kerja diselesaikan. Biarpun orang kata wanita lemah, sesungguhnya di sebalik kelemahan itu ada kehebatannya. Bersyukurlah dengan apa yang ada,” katanya.

Ada 7 edisi bermula dengan NUR ELIESYA

Shaeriani berkata, tak sangka keluarga kami ada 7 edisi nama bermula Nur Eliesya. Hanya yang membezakannya adalah nama di belakang sahaja. Jadi apabila di sekolah cikgu pula panggil semua anak-anak Eliesya.

Terpaksa tanya cikgu, edisi ELIESYA yang mana??
1) NUR ELIESYA Nazzulia
2) NUR ELIESYA Qisstina
3) NUR ELIESYA Qhaisara
4) NUR ELIESYA Hussna
5) NUR ELIESYA Hussni
6) NUR ELIESYA Zakirah
7) NUR ELIESYA Zhafira

Mungkinkah selepas yang ke-7 akan ada geng papa untuk meriahkan suasana rumah. Insyaallah jika ada rezeki tetap harapkan kehadiran anak lelaki, tetapi semua itu rahsia Allah. Andai dapat alhamdulillah.

LAGI ARTIKEL BERKAITAN [“Ada Rezeki Mahu Anak Lelaki Sebelum Umur 40”. Meriah Berderet 7 Anak Perempuan]

“Bersalin normal dan czer, dua-dua dah rasa”

Sebagai ibu kepada 7 orang anak, Shaeriani akui ia bukanlah sesuatu yang mudah sewaktu anak-anak masih kecil. Tetap juga ada cabarannya.

Ramai yang ajukan soalan pada saya, semua anak normal atau bersalin secara pembedahan? Jawapan saya dua-dua dah rasa.

Ini kerana semasa kelahiran anak sulung, saya bersalin secara pembedahan kerana anak dah lemas dalam perut. Masa ni rasa besarnya ujian kami. Kini dia adalah anak istimewa saya dan suami.

Selepas beranak saya nekad dah tak nak beranak lagi. Tapi Allah Maha Kaya. Anak 5 bulan
saya mengandung lagi. Alhamdulillah kali ni dapat bersalin normal walaupun kena gunting sikit. Namun ketika anak 5 bulan saya mengandung lagi tetapi gugur.

Selepas itu saya mengandung lagi anak ketiga dan dapat bersalin normal tanpa jahitan. Syukur sangat. Bolehlah lasak sikit. Lepas itu anak usia 5 bulan, saya mengandung lagi tapi kali ini alahannya muntah darah. Perit sangat-sangat. Pergi scan doktor cakap kembar.

Kelahiran keempat dan kelima ini bersalin normal juga, tak berjahit dan paling senang. Selepas tu saya dan suami tertanya-tanya bila nak keluar anak lelaki ni?

Tidak putus asa, mencuba dan terus mencuba, selepas 4 tahun jarak dengan anak kembar, saya mengandung lagi. Kali ini bersalin normal tanpa jahitan juga. (Sebenarnya sebelum kelahiran ke-6, saya mengandung juga tetapi gugur)

Lepas dapat anak nombor enam, tiga tahun kemudian saya mengandung lagi sekali. Kali ni macam harapkan bayi lelaki tetapi Allah bagi anak perempuan. Bersalin normal, mudah dan tanpa jahitan.

Bila orang tanya nak cuba lagi ke? Saya cakap insyaAllah mesti cuba untuk misi dapatkan anak lelaki. Jika ada rezeki dalam masa terdekat, kami terima. Doakan saya ye semoga ada rezeki yang ke 8 ,9,10 anak lelaki. Mana tahu dapat kembar 3 terus.

Kredit: Shaeriani A Hamat

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy