Walau pun sudah mencecah usia 7 bulan, pelakon Betty Rahmad tidak melepaskan peluang membawa anaknya untuj ditahnik oleh ulama terkenal, Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.
Tahnik bermaksud membelah mulut bayi dengan buah tamar yang dikunyah dan digosokkan ke lelangit bayi, dan sebahagiannya lagi masuk ke dalam perutnya. Ia adalah sunnah.
Menerusi kemaskini Instagram miliknya, Betty melahirkan kesyukuran kerana anaknya, Ardy Wira berpeluang untuk bertahnik walaupun sudah memiliki 8 batang gigi.
Ads
“Alhamdulillah rezeki @ardywira_ dapat ditahnik dengan ulama Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid harini walaupun dah ada 8 gigi syukur masih ada rezeki kamu.
Namun momen yang melucukan turut dinyatakan Betty di mana Wira telah menggigit jari Habib Ali Zainal Abidin.
“Tapi kenapa kamu gigit tangan Habib sayang mommy? Semoga jadi anak soleh mummy dan daddy.”
Ramai peminat yang mengatakan beruntungnya anak kecil ini ditahnik oleh ulama tersohor itu.
Ads
“Untung nya dpt di pegang ulama..semoga jadi soleh dan ustaz.” @sweetdara_stokis_kl
“Alhamdulillah..rezeki @ardywira_ ..? sama mcm ank i .alhamdulillah dpt ditahnik kan dgn ulama habib ali zainal. Semoga mnjadi ank yg soleh dan sentiasa disayangi ramai @ardywira_ . “ @dylafadyla
Mak ayah mana yang tidak risaukan anak. Sebolehnya setiap masa mak ayah mahu perhatikan apa anak buat tapi jangan pula berlebih-lebihan. Beri anak kebebasan.
Anak yang terlebih dipantau dan dikawal pergerakannya boleh menjadi seorang anak yang hilang keyakinan diri dan penakut. Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi.
Pantau untuk mendisiplinkan?
Atau pantau sampai anak jadi penakut?
Ramai yang salah faham dengan perkataan ‘pantau’.’Pantau’ sangat bagus untuk mengelakkan anak-anak kita dari cedera. Mahupun terjebak buat benda-benda yang salah. Tapi janganlah sampai semua benda kita larang anak buat.
Anak pegang apa-apa kita ketuk tangan dia.
Anak baru nak berjalan ke tempat gelap, kita takutkan dia.
Anak baru nak test pegang barang, kita dah gertak.
Lama-lama, anak takut nak explore semua benda. Nak cuba buat apa-apa pun tak confident. Sedangkan dari exploration deria badan itulah yang membina jaringan otak yang mereka perlukan jadi budak bijak.
Rugi besar kalau kita asyik melarang-larang anak buat semua perkara. Sebab apa? Sebab kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana yang banyak larangan dan peraturan yang keterlaluan, menyebabkan anak:
* Hilang keyakinan diri. Nak pandang mata orang pun takut apatah lagi nak buat semua sendiri.
* Penakut. Sampai ke besar penakutnya menghalang mereka dari pergi jauh.
* Hilang sifat risk-taker. Sedangkan sifat inilah antara orang-orang yang mudah berjaya.
* Boleh jadi juga, mereka cari saluran lain untuk salurkan kepuasan diri. Kat rumah dia tak dapat, kat luar dia mencuba. Tau-tau kena tangkap dengan kawan-kawan. Nauzubillah…
Apa yang boleh kita lakukan untuk galakkan sifat aktif, berani dan menyerlah dalam diri anak-anak adalah :
❤️ Kurangkan ‘no’.
Dr Syeikh Muszaphar pernah berpesan perkara yang sama dalam satu talk. Beri anak ruang untuk explore.
Jangan takut anak pegang benda tajam atau buat benda bahaya. Selagi kita memantau dengan baik, insya Allah anak akan dapat kebaikan.
❤️ No ‘helicopter parenting’.
Beri anak buat sendiri. Sesekali, biar mereka suap sendiri, butang baju sendiri, selesaikan puzzle sendiri. Memang anak buat kerja lambat dan messy. Memang tak sempurna. Tapi dari situlah mereka belajar jadi mahir.
❤️ Perbanyakkan aktiviti outdoor.
Beri anak kebebasan untuk berlari, melompat, memanjat. Malah berkaki ayam. Connect dengan alam. Detox dari gajet.
❤️Sign up kelas.
Cari kelas yang kena dengan kecenderungan anak. Dari kelas pidato, kelas muzik, kelas renang, kelas teakwando dan kelas baking.
❤️ Cuba perkara baru.
Buat sesuatu di luar kebiasaan. Sekali-sekala bawa anak camping. Beri anak hammer untuk bantu kita bertukang. Ajak anak bercucuk tanam. New experience spark connection baru dalam otak anak.
❤️ Jangan sekat mereka mencuba atas alasan jantina.
Tak salah perempuan memanjat.
Tak salah lelaki menjahit.
Tak salah perempuan memanah.
Tak salah lelaki memasak.
Kita yang kadang meletakkan boundry yang tak perlu. Sampai anak salah tafsir had kerja untuk lelaki dan perempuan.
Ya, saya faham. Peraturan sangat penting untuk mendisiplinkan anak-anak. Tapi janganlah disekat sampai anak tu dipaksa rigid macam robot.
Ada masanya, kita perlu beri autoriti untuk anak mencuba. Dalam masa yang sama, kita sebagai ‘coach’, memerhati dari jauh.
Agak-agak melampau, baru tiup wisel dan mula semula. Kalau salah, betulkan.
Kalau perlu kata semangat, bagilah motivasi. Kalau bahaya, pesan untuk ambil langkah berjaga-jaga.
Barulah anak kita membesar jadi yakin diri. Tak takut mencuba. Dan berani untuk melangkah jauh terkehadapan dari orang-orang lain.
Saya tau macam mana rasanya jadi kanak-kanak yang penakut. Sebab tu bila ada anak sekarang ni, saya beri je ruang untuk mereka explore.
– Saya beri anak pegang pisau untuk tolong saya memasak
– Saya bagi anak slide tilam kat tangga, asalkan tilamnya cukup tebal
– Saya bagi anak panjat tinggi-tinggi asalkan saya pantau
– Saya bagi anak main skate board dan roller blade, asalkan pakai helmet.
Sebab nak mereka jadi explorer. Yang yakin diri dan berani mencuba.
Wawa Shauqi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu demam dan mengadu sakit kepala, rupanya sel kanser bersarang dalam tubuh kecil ini. Tanpa disangka pada usia muda telah diuji kanser neuroblastoma tahap 4.
Tiada lagi gelak tawa dan kelincahan. Kini yang tinggal hanyalah anak kecil yang terlantar menahan kesakitan. Hati ibu bapa mana tahan untuk melihat si kecil kesayangan kini tidak lagi ceria.
Pada usia yang muda ditakdirkan untuk diuji dengan barah. Tubuh kecil Nur Husna Arina Mohd Hafiz, 2 tahun kini menanggung penderitaan akibat kanser darah. Lebih menyayatkan hati, matanya juga semakin besar akibat daripada kanser yang dialami.
Segalanya bermula sejak seminggu selepas sambutan Aidilfitri baru-baru ini. Nur Husna dikatakan kerap demam serta sakit kepala.
Bapanya, Mohd Hafiz Mohd Yusof, 29, berkata hasil pemeriksaan di hospital mendapati terdapat ketumbuhan di belakang kepala Nur Husna Aina. Tanpa disangka, ia adalah petanda anak bongsu daripada dua beradik itu dikesan mengidap kanser itu
Tambah Mohd Hafiz, ketumbuhan itu mengakibatkan urat tertarik hingga mata Nur Husna semakin membesar.
“Terdapat juga ketumbuhan di belakang mata dan setiap hari, Nur Husna akan menangis dengan menyebut ‘sakit’.
“Pada mulanya, dia hanya demam biasa kemudian kembali sembuh. Tapi demam datang semula lalu kami membawanya ke Hospital Balik Pulau,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Dia yang menetap di Tanjong, Pulau Pinang berkata, anaknya kemudian dirujuk ke Hospital Pulau Pinang sebelum disahkan mengidap kanser darah.
“Hati siapa tidak sedih apabila mendapat tahu penyakit anak. Dulu dia seorang yang aktif malah suaranya sentiasa memecah keheningan rumah ini.
“Tapi sekarang, dia terlantar menahan kesakitan. Dia boleh duduk tapi tidak lama kerana sakit,” katanya.
Kisah sedih Nur Husna Arina tular selepas ibunya, Jasmin Bakar memuat naik status meminta orang ramai mendoakan anaknya sembuh selepas mengidap neuroblastoma tahap empat.
Dalam status itu, Jasmin menulis:
Mohd Hafiz berkata, Nur Husna Arina akan mula menjalani rawatan kimoterapi bagi merawat kanser yang dideritainya itu.
Bapa ini juga turut menceritakan keadaan si bungsu yang kini tidak boleh makan dalam kuantiti yang banyak dan bertahan dengan ubat-ubatan. Lebih memilukan, Mohd Hafiz berharap rakyat Malaysia terus mendoakan Nur Husna agar sembuh segera. Impiannnya ialah untuk melihat Nur Husna kembali ceria.
“Dia tidak boleh makan banyak, kalau makan nasi, hanya satu atau dua suap. Doktor ada memberi ubat dan antibiotik serta menambah darah.
“Kami tidak mengharap apa-apa cuma minta rakyat Malaysia berdoa semoga Nur Arina Husna cepat sembuh. Kami mahu melihat dia kembali ceria seperti kanak-kanak lain,” katanya.
Buat kali pertamanya, seorang wanita hamil dilaporkan telah dijangkiti wabak cacar monyet.
Memetik laporan The Sun, wanita berasal dari Amerika Syarikat (AS) itu telah selamat melahirkan bayinya tanpa sebarang komplikasi.
Dr John Brooks dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) berkata bayi itu didapati tidak dijangkiti cacar monyet daripada ibunya.
Sementara itu, pegawai di Persatuan Penyakit Berjangkit AS berkata bayi tersebut telah diberikan infusi globulin imun. Ia adalah rawatan antibodi yang telah diluluskan oleh medik di AS semasa wabak cacar monyet.
Wanita dan bayinya dipercayai berada dalam keadaan sihat selepas dia bersalin.
Dalam pada itu, pakar telah memberi amaran pada bulan lalu bahawa penyebaran virus yang berterusan dibimbangi akan menjejaskan kumpulan tertentu.
Difahamkan, wanita hamil, orang yang mempunyai sistem imun lemah dan kanak-kanak adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit itu.
Pun begitu, wanita hamil dikatakan lebih terdedah kepada jangkitan itu kerana fakta yang menunjukkan bahawa sistem imun mereka terjejas.
Secara global, kes cacar monyet kini telah melebihi 14,000 kes dengan 3,591 jangkitan direkodkan di AS.
Manakala, United Kingdom mencatatkan 2,367 kes beberapa hari lalu dan dijangka akan terus meningkat.
Pengarah Insiden Kebangsaan UKHSA, Dr Sophia Makki memberi amaran kepada orang ramai untuk memeriksa simptom cacar monyet iaitu ruam atau lepuh pada kulit sebelum melakukan hubungan seks.
Hubungan fizikal yang rapat dikatakan membolehkan virus itu merebak. Tetapi ia tidak ditakrifkan sebagai penyakit yang dijangkiti secara seksual.