Tertanya-tanya bila anda akan kembali subur setelah mengambil pil perancang? Anda mungkin tidak tahu, kesuburan wanita akan kembali semula dalam tempoh tertentu bergantung kepada kaedah perancang kehamilan yang anda gunakan.
Sebagai contoh, waktu kembalinya kesuburan wanita adalah berbeza bagi mereka yang mengambil pil perancang kehamilan dengan mereka yang menggunakan kondom wanita.
Kaedah perancang kehamilan berbeza menentukan tempoh yang berbeza untuk anda kembali hamil.
Berikut adalah tempoh kesuburan wanita mengikut kaedah perancang kehamilan yang digunakan.
Kaedah perancang kehamilan dan waktu anda kembali hamil
1. Kaedah penghalang atau kaedah semula jadi
Bagi wanita yang menggunakan kaedah perancang kehamilan berbentuk penghalang seperti kondom, kondom wanita, spermicide atau diafragma, anda akan kembali subur dalam tempoh segera.
Ini bermaksud anda akan terus mendapat kehamilan sejurus selepas melakukan seks tanpa penggunaan kaedah-kaedah ini di lain waktu.
Ini kerana, kesemua kaedah penghalang sperma seperti ini telah menghalang sperma daripada sampai ke bahagian telur atau ovum wanita.
Tambahan pula, penggunaan alat pencegah kehamilan seperti kondom ini boleh melindungi diri anda daripada risiko jangkitan seksual. Sesetengah jangkitan seksual boleh menyebabkan ketidaksuburan pada wanita!
2. Kaedah kawalan kelahiran gabungan
Ada juga wanita yang menggunakan kaedah kawalan kelahiran gabungan sebelum ini, namun tertanya-tanya bilakah mereka akan kembali subur.
Kaedah kawalan kelahiran gabungan menggunakan beberapa kaedah berbeza untuk mencegah kehamilan. Ini termasuklah penggunaan pil perancang, patch dan juga gegelung.
Ads
Kesemua kaedah ini mempunyai hormon estrogen dan juga progestin.
Bagi anda yang menggunakan kaedah ini, tubuh anda akan kembali subur dalam tempoh beberapa minggu setelah anda menghentikan pengambilan gabungan pil tersebut.
Ia juga boleh mengambil masa antara 1 hingga 3 bulan untuk kembali hamil.
Kajian menunjukkan bahawa setengah daripada wanita yang menggunakan kaedah ini akan kembali hamil dalam tempoh 3 bulan setelah menghentikannya.
Ada juga wanita yang kembali hamil setelah 12 bulan menghentikan penggunaannya.
3. Peranti intrauterin atau IUD
Terdapat dua jenis IUD yang digunakan oleh wanita untuk mencegah kehamilan iaitu IUD hormon seperti Mirena dan Skyla, atau IUD bukan hormon (tembaga) seperti ParaGard.
Sebarang penghentian penggunaan IUD perlu dilakukan oleh doktor perubatan bertauliah, dan jangan sesekali melakukannya sendiri di rumah.
Bagi wanita yang menghentikan penggunaan IUD, kesuburan mereka untuk hamil akan kembali dengan cepat. Tempoh yang diambil untuk kembali subur biasanya hanya dalam waktu 1 bulan sahaja.
Ads
Untuk lebih memudahkan anda mengingatinya, kesuburan anda akan kembali semula selepas kitaran haid pertama sejurus IUD tersebut dikeluarkan.
4. Nexplanon: Kaedah kawalan kesuburan wanita melalui implan hormon
Nexplanon adalah satu-satunya implan kawalan kelahiran yang menggunakan hormon progestin.
Nexplanon akan melepaskan progestin dalam tempoh tiga tahun selepas penggunaannya. Implan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dalam tempoh tiga tahun selepas penggunaan.
Sama seperti IUD, wanita akan kembali subur dengan pantas sejurus implan Nexplanon ini dibuang.
Biasanya ia akan mengambil masa hanya dalam tempoh 1 bulan sahaja untuk kembali hamil.
Tempoh penggunaan Nexplanon sama ada sekejap atau lama tidak mempengaruhi kecepatan anda untuk kembali hamil.
Ads
5. Depo Provera: Kaedah kawalan kesuburan wanita melalui suntikan
Depo Provera adalah sejenis suntikan yang membantu wanita mencegah kehamilan daripada berlaku dalam tempoh 12 minggu atau 3 bulan.
Bagi mereka yang menggunakan kaedah perancang kehamilan ini, anda mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk kembali hamil berbanding kaedah-kaedah perancang yang lain.
Pengeluar Depo Provera mencadangkan agar anda menghentikan pengambilan suntikan ini dalam tempoh 1 tahun sebelum anda ingin kembali hamil.
Ini kerana, walaupun suntikan ini tidak lagi membantu mencegah kehamilan dalam masa 3 bulan selepas penggunaan, hormon daripada suntikan ini masih lagi berada dalam tubuh anda kerana ia disuntik pada otot anda.
Oleh sebab itu, anda mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk hamil walaupun telah lama menghentikan suntikan Depo Provera ini.
Kembalinya kesuburan wanita tidak menyebabkan anda terus hamil
Walaupun kesuburan wanita akan kembali semula setelah berhenti menggunakan kaedah perancang seperti di atas, ia tidak bermakna bahawa anda akan terus hamil.
Ada yang mungkin akan hamil dalam tempoh 1 bulan, malah ada juga yang perlu menunggu sehingga 1 tahun untuk kembali hamil.
Ini kerana, bukan hanya kaedah perancang yang mempengaruhi tempoh kesuburan tersebut, tetapi ia juga melibatkan faktor-faktor lain seperti umur, kesihatan dan gaya hidup anda.
Usahawan popular, Eriyca Baiduri atau lebih sinonim dikenali sebagai Madammu berkongsi mengenai perkembangan kehamilan yang kini sudah pun mencecah usia lebih enam minggu.
Menurut Madammu, dia perlu menghadiri temu janji bersama doktor setiap minggu bagi memastikan progres kehamilan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah kesihatan.
“Syukur sekarang baby dalam stage ‘yolk sac’ (adalah kantung membran yang melekat pada embrio, menyediakan makanan awal dalam bentuk kuning telur).
“Kita akan datang balik (temu janji dengan doktor) pada 1 November, lagi dua minggu. Tapi tadi nampaklah ada kantung. Tak nampak apa lagi, tapi doktor nak make sure baby is there. So ada lagi, alhamdulillah.
“InsyaAllah lagi dua minggu akan nampak (janin). Kita jumpa lagi dua minggu,” katanya menerusi sebuah hantaran video yang dikongsikan di Tik Tok.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif dalam kalangan pengikutnya yang turut sama mendoakan semoga perjalanan kehamilan Madammu dipermudahkan sehingga proses bersalin.
Semoga dipermudahkan urusan madam
Katanya lagi, kehamilan ini dia berserah kepada Allah dan berharap ikhtiar kali ini dipermudahkan. Pasal menjadi ke tak menjadi tu kita berserah.
“Kalau rezeki Madammu inshallah ada. Jangan terlalu banyak takut. Jalani hidup macam biasa cuma hati-hati,” katanya.
Nampak berseri ibu mengandung
Sebelum ini, Madammu telah menunggu selama 7 tahun untuk mendapatkan cahaya mata dan pada Julai lalu terpaksa menjalani proses membuang tiub fallopio sebelum meneruskan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Kredit: Tik Tok Eriyca Baiduri; MH
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Inilah yang dinamakan rezeki. Biarpun sudah berusia 52 tahun, namun penyanyi dan pelakon hebat, Datuk Awie bersyukur kerana diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata keenamnya tidak berapa lama lagi.
Menerusi laporan yang dipetik dari Mstar Online, Datuk Awie bakal menimang cahaya mata keenamnya itu pada Januari tahun depan.
Katanya lagi, memandangkan usianya yang kini sudah pun 52 tahun, dia kini sudah mula menitik beratkan soal kesihatan diri demi membesarkan anak kecilnya yang bakal lahir sedikit masa lagi.
“Syukurlah dalam umur ini saya dikurniakan cahaya mata yang sayang anggap sebagai anugerah dan rezeki tak terhingga serta tiada bandingnya.
“Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah menjaga kesihatan supaya bila saya hantar anak pergi sekolah, budak-budak ni tak ingat saya datuk dia. Nanti orang tanya anak kau ke? Malu nanti,” selorohnya.
Kata Awie lagi, apa yang dilakukannya kini adalah dengan menjaga pemakanan agar memastikan tubuhnya kekal sihat dan bertenaga sentiasa.
Malah kata Awie lagi, biarpun kehidupannya kembali mencabar untuk menimang cahaya mata pada usia sebegini, namun dia sentiasa berfikiran positif dan menganggapnya sebagai satu cabaran bagi dirinya.
” Ini salah satu cabaran bila nak ada anak kecil. Paling penting jaga pemakanan. Nanti kalau kita dah sakit susahkan isteri pula. Jadi saya anggap inilah antara cabaran hidup,” katanya lagi.
Pada November lalu, Awie berkongsi sebuah video ketika membawa suri hatinya untuk menjalani pemeriksaan bulanan di Hospital Ampang Puteri. Semoga selamat menimang cahaya matanya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: MStar Online & @awieofficial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Shima Anuar bakal menimang seorang lagi cahaya mata lelaki selepas mengumumkan jantina anak ketiganya itu dalam satu majlis.
Majlis mengumumkan jantina anak ketiga beserta doa selamat berlangsung cukup meriah dengan tema serba putih.
Melalui perkongsian Shima di Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini turut memuat naik video sejak awal kehamilannya sehinggalah majlis pengumuman jantina itu.
“From the day we found out about it, to the day majlis doa selamat and baby gender reveal,” tulisnya dikapsyen.
Melalui video yang dikongsikan, Shima pada awalnya memberikan kejutan kepada suami dan anak-anak dengan memberikan kit kehamilan ketika awal kehamilannya.
Anak-anak bersorak riang untuk menyambut kelahiran adik baru dalam keluarga mereka.
Dihujungnya, Shima turut berkongsi majlis serba putih yang dimulai dengan bacaan doa selamat dan kemudian dilengkapkan dengan pengumuman jantina bayi.
Suasana bertukar menjadi gamat bila mana belon berwarna putih dipecahkan diiringi letupan kecil berwarna biru menandakan bayi lelaki.
Penampilan Shima yang hadir berjubah warna putih, lengkap mengenakan hijab dipuji kenalan dan peminatnya di Instagram. Jelas terpancar seri ibu mengandung.
Meninjau di ruangan komen, Instagram ibu cantik manis ini turut dihujani dengan ucapan tahniah serta doa agar dipermudahkan kelahirannya nanti.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.