Ibu ayah semestinya akan merasa risau jika anak-anak demam dan masih tidak kebah walaupun sudah diberikan ubat. Pelik juga sebab paracetamol yang disuap pada anak mengikut sukatan seperti yang tertulis di kotak. Tidak lebih dan tidak kurang. Di mana silapnya?
Menurut perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari, ubat demam yang terlalu lama disimpan dalam peti sejuk boleh rosak. Jika diberikan kepada anak, ia tidak akan memberi kesan kepada mereka.
Mengapa jadi begitu? Ikuti penjelasan ini:
Beri Anak Ubat Paracetamol Yang Dah Lama Simpan Dalam Peti Sejuk
Siapa kat sini yang tak tahu bahaya sebenarnya kalau kita simpan ubat demam paracetamol tu lama sangat kat dalam peti sejuk?
Dulu saya selalu rasa pelik. Kenapalah ramai mak ayah yang bawak anak jumpa kami beritahu demam panas si kecil tu tak kebah padahal dah suapkan ubat demam masa kat rumah.
Rupa-rupanya anak tu dah diberikan ubat demam yang tersimpan lama kat dalam peti sejuk. Kemungkinan besar ubat tu dah pun rosak dan tak berkesan!
Artikel Lain: [Terdedah Kepada Asap Rokok Boleh Jadi Penyebab Bayi Mudah Kembung Perut]
Patutlah budak tu asyik merengek je, badan panas suhu tak turun-turun.
Ubat demam tu asalnya masa dibotolkan kat kilang ubat, ianya dah terisi dengan clean air. Ada jugak yang diisi dengan nitrogen. Cecair ubat tu pulak dah dicampur siap-siap preservatives sebab nak cegah pembiakan bakteria dalam ubat tu.
Cuma masa kita bukak penutup botol ubat demam tu, clean air tadi tu akan terkeluar lalu udara biasa mula masuk ke dalam. Sebab tu tak bagus simpan ubat demam yang dah dibuka lama-lama sebab udara biasa tu mengandungi bakteria dan kulat.
Lagi satu kesilapan kita biasanya kita pergi pulak letak ubat demam tadi tu simpan berbulan-bulan lama kat dalam peti sejuk. Padahal suhu yang rendah dalam peti sejuk tu akan buatkan proses kondensasi berlaku kat dalam botol ubat tu.
Kalau tak percaya, nanti bukaklah bahagian dalam penutup botol dan boleh nampak wap air berkumpul kat situ. Wap air tu tak ada bahan pengawet. Bakteria dan kuman senang sangat nak membiak bila wap air tu bercampur dengan ubat.
Elok-elok kita ingat ubat demam tu tahan lama kat dalam peti sejuk, rupa-rupanya kita yang jadi punca bakteria membiak sampai rosakkan ubat. Lepas tu kita jugaklah yang duk suap ubat rosak tu kat anak dan pening kepala sebab demam si kecil tu tak kebah-kebah.
Aduh. Huhu.
Jadi nasihat saya, ubat demam kat rumah kita tu letak je kat tempat kering pada suhu bilik. Paling bagus tak payah simpan lagi dah bila anak dah sihat.
Artikel Lain: [Minum Susu Ibu, Keracunan Makanan. Rupanya Sebab Guna Botol Bercalar]
Tapi kalau nak simpan jugak, paling lama cukup 2 bulan buang je walaupun masih ada baki. Harapnya korang tak simpan dah ubat demam lama-lama kat dalam peti sejuk lepas tahu info ni ye.
Tolong #sebarkan ilmu yang sangat penting ni pada mak ayah yang lain jugak. Kesian sangat kat anak-anak yang terpaksa menanggung demam panas sebab mak ayah dia tersilap berikan ubat demam yang dah rosak.