Jarang-jarang berkongsi wajah si comel Khawla Soleha, Ernie Zakri tampil memuat naik gambar terbaru anaknya di Instagram.
Copy paste wajah ibu, anak kecil kesayangan Ernie dan Syamel itu persis wajah ibunya. Mini Ernie Zakri, begitu kongsi pengikutnya di Instagramnya!
Kongsi Ernie lagi, anak kesayangannya itu kini sudah pun berusia tujuh bulan, selepas dilahirkan pada 22 Februari yang lalu.
“Hari ni anak Soleha Daddy Eibu masuk 7 bulan,” kongsi Ernie.
Bahkan pemilik suara emas ini juga turut berkongsi perkembangan terkini anaknya yang kini sudah banyak bercakap dan pandai berinteraksi.
Malahan kata Ernie, apa sahaja yang berada di tangannya, Khawla akan gigit dan memasukkan ke dalam mulut.
“Banyak cakap. Semua benda nak digigit.
“Besar nanti jadi anak baik ya, nak. Sayaaaaaaaang dia. ❤️,” tulis Ernie sambil mendoakan anak kecil kesayangannya itu.
Dalam pada itu, pengikut Ernie di Instagram turut meninggalkan pelbagai reaksi malah ramai yang mengatakan wajah copy paste Khawla yang serupa ibunya.
Terdahulu, Ernie selamat melahirkan bayi sulungnya pada tarikh yang cukup cantik, 22 Februari yang lalu. Kini Khawla Soleha sudah pun berusia tujuh bulan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Latih Anak Pilih Satu Barang Saja Di Kedai RM2, Biar Anak Belajar Kawal Diri!
Siapa yang tak rambang mata bila masuk ke kedai RM2. Mak-mak ternyata tewas, sama juga seperti anak-anak kecil kita.
Kalau boleh semua anak mahu angkut dan beli barangan dan mainan kesukaan mereka. Mak ayah jangan tersilap langkah. Apa kata latih anak mengawal keinginan dan disiplinkan diri mereka dengan membeli satu barangan sahaja.
Cuba tip yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia ini untuk anak-anak kita.
Tadi semasa di kedai RM2 nampak beberapa kanak kanak dengan troli yang penuh dengan pelbagai mainan & jajan. Ada yang tantrum marah bila keinginan tidak dipenuhi.
Ibu bapa boleh cuba tips berikut dengan mengajar anak untuk masuk kedai RM2 dan memilih hanya SATU barang sahaja.
Ini dapat membantu mereka untuk mengawal keinginan mereka. Dalam situasi di mana terdapat banyak pilihan, mereka perlu berfikir dengan lebih teliti tentang apa yang mereka benar-benar inginkan atau perlukan.
Mereka akan mula belajar tentang prioriti dan bagaimana membuat keputusan berdasarkan keperluan berbanding keinginan.
Dengan menghadkan pembelian kepada satu barang, anak-anak akan memahami bahawa wang bukanlah sumber yang tidak terbatas. RM 2 juga adalah duit, untuk dapat duit perlu berusaha dan bekerja!
Ini juga membantu mereka menghargai nilai barang dan satu cara yang sangat baik untuk mendidik mereka tentang pengurusan wang, mengambil keputusan secara bijak, dan menghargai apa yang mereka miliki.
Untuk ibu bapa, jika anak berjaya memilih satu barang, puji mereka atas keputusan mereka. Ini akan menguatkan keyakinan mereka dalam membuat keputusan sendiri.
Buatkan aktiviti ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan tidak membebankan.
Menarik:
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil
Dua Beradik Juara Memanah Berkuda Di Perancis, Jual Kuih Raya Cari Dana Bertanding
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Marah Pun Tak Jadi.” Diam-Diam, Habis 9kg Tepung Anak Tabur Satu Rumah
Dalam fasa anak membesar, pelbagai momen indah pasti akan dilalui. Ini juga yang akan menjadi kenangan buat ibu bapa setelah anak-anak dah bawa haluan masing-masing. Malah ibu juga antara insan yang sangat sabar melayan kerenah anak-anak tanpa jemu.
Lagi satu jika anak-anak diam, jangan anggap mereka tak buat apa-apa. Kadang ada ‘projek besar’ mungkin tak terlintas dek akal kita mereka tengah seronok lakukan.
Seperti yang dikongsikan ibu ini di akaun TikTok, @Zatyaf, memang tak sangka sama sekali dua anak perempuannya begitu seronok bermain stok tepung gandum yang di simpan di dapur.
“Kenangan tidak akan dilupakan. Apabila mama keluar check up baby, papa kerja malam beginilah jadinya
“Bersabarlah duhai yang bergelar ibu,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan, ibu hanya mampu bersabar melihat keletah kakak dan adik menabur tepung di sekitar ruang dapur hinggalah ruang tamu.
@zatyafkenangan xkan dilupakan… bila mama keluar cheq up baby…papa keje mlm..gini la jadi🤣bersabar la duhai semua yg bergelar ibu♬ bunyi asal – Aisy@Aniq
Menurutnya, jumlah tepung yang ‘ditabur’ anak-anak ialah sebanyak sembilan kampit dan setiap satunya seberat 1 kilogram. Dalam kotak itu hanya sempat guna satu paket sahaja.
Sengaja ingin tahu reaksi si anak, ibu berkenaan sempat bertanya sama ada mereka menyayanginya atau tidak.
“Lailahaillallah adik, kakak. Apa korang buat ni. Kakak tak sayang mama ke?” tanya si ibu.
“Sayang mama,” jawab si kecil dengan tulus memberitahu telah membuka bungkusan tepung berkenaan menggunakan pensel.
Menerusi video lain, Zaty berkongsi anak-anaknya sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
“Semoga kakak dan adik membesar menjadi anak yang solehah. Doa mama dan papa sentiasa mengiringimu sayang.
“Marah ke, nak rotan ke tolak tepi dahulu. Alhamdulillah kedua-duanya mama dan papa sayang,” ujarnya.
@zatyafKesudahan Part 2… 2 2 dah insaf dan janji tak ulangi lagi… mama papa syg kakak dan adik tau♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays
Orang ramai yang menonton video itu turut terhibur dengan gelagat anak-anak tersebut dan faham situasi ini akan jadi kenangan sampai bila-bila.
“Nak marah tapi kena sabar. Kenangan yang tak dapat di beli, bukan semua dapat kenangan ni.”
“Sungguh sis penyabar orangnya, teruskan sis nanti anak-anak akan ikut sikap dan perangai sis dalam handle semua perkara..inshaAllah.”
“Kenangan terindah buat semua yang bergelar ibu dan bapa. Nanti apabila anak sudah besar mesti rindukan keadaan ini.”
“Hahaha kak, proses pembelajaran budak. Saya pun pernah kena, ‘snow’ satu rumah.”
Kredit: TikTok @Zatyaf
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Payahlah Kerja, Main Dengan Adik” Hati-Hati Kalau Anak Dah Keluar Ayat Macam Ni
Awal pagi lagi mak-mak dah bangun siapkan sarapan.. baju nak pergi kerja..baju anak.. lepas tu terus jerit.. ” ALONG!! ANGAH!! ADIK!! BANGUN!!!”
Tersentak anak-anak bangun. Yang adik biasalah slow sikit mengesot sikit-sikit ke bucu katil sambil gesek-gesek mata.
“Mak…hari ni kan Sabtu kenapa mak kena gi kerja?”
Mak yang tadi macam lipas kudung terdiam lepas dengar pertanyaan adik. Si suami duk sibuk tolong hidang makanan terhenti sebentar aktivitinya dan lihat isterinya.
” Kalau mak tak kerja sapa nak bagi makan korang ni ha? Ingat duit jatuh dari langit??”
Lagi sekali adik tersentak. Mak jegil-jegil mata pandang adik. Suami datang.. ” Awak pergi la makan.. nanti nak kerja..” terus di peluknya adik.
Mak tak puas hati. Marahnya tak tahu kenapa. Yelah, apehal tanya camtu? Nak harapkan gaji laki aku? Gaji aku tinggi lagi? Ingat tanpa aku kerja.. kita boleh duk rumah selesa macam ni??
Gumam si mak..
” Awak ni.. kenapa nak marah adik tiba-tiba? Kalau awak stress kerja.. tak perlulah kerja.. saya boleh tanggung awak.. cuti camni bisnes online saya Alhamdulillah okay sangat. Lagi-lagi sejak apply Viral Hero dengan ZTH.. awak tak perlu kerja la ye..”
Terus dihempas garfu atas meja
” Harapkan awak?? Kalau tunggu gaji awak, bila saya dapat beli emas macam ni??” Ditariknya lengan baju berderettt gelang emas.
Terdiam lah suami.
====================================
Ada ke ibu-ibu rasa stress bila bekerja? Atau suami yang nampak isteri stress sangat. Balik kerja nak tengok anak.. kadang anak bising sikit terus bingit telinga rasa nak jerit je.
Pernah tak anak tiba-tiba cakap.. tak payahlah kerja.. main dengan adik…
Hati-hati…
Hati-hati bila anak sudah sebutkan ayat ini. Ayat ini menandakan dia benar-benar rasa terpinggir.. rasa kurang perhatian.
Ibu bapa sekalian.. kita semua bekerja.. kerana ya..kita perlu berusaha untuk mencari rezeki.
Tapi fahamilah bahawa rezeki kita sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Usahlah kerana kita kerja.. dapat gaji.. kita mula berasa..oh . Gaji aku nilah yang dapat tanggung kita semua!
Hakikatnya.. tanpa sedar.. kita sudah beralih pergantungan kita kepada selain dari Allah! Naudzubillah hi min zalik!
Kerana kerja.. kita abaikan tanggungjawab wajib kita kepada amanah yang Allah beri. Anak-anak. Kerana gaji kita abaikan tanggungjawab wajib kita sebagai isteri. Kerana status kita abaikan tanggungjawab wajib kita sebagai suami, ayah dan khalifah.
Ketahuilah.. sebanyak mana pun duit yang kita cari.. sebanyak mana pun duit yang kita simpan konon untuk hari tua.. andai kata Allah tak izinkan untuk kita gunakannya… Ia akan lenyap dan lesap dalam sekelip mata.
Kita boleh merancang.. tapi sentiasa ingat dan gantungkan harapan pada Allah.
Ya Allah harini aku keluar pergi kerja..berkatilah masaku dalam bekerja..berkatilah rezeki dalam bekerja.. berkatilah hidupku dalam keluargaku.
Ada orang hanya ada RM 200 mampu hidup sebulan. Ada orang ada RM 20,000 masih rasa susah.
Ya, periuk lain-lain. Tapi kena ingat . Yang izinkan kita untuk ada periuk kecik ke besar masih Allah SWT.
Kita bekerja bukan sebab nak cari duit. Tapi kerja kerana Allah suruh kita usaha dan nak cari keberkatan dalam rezeki kita.
Suami jangan selesa sebab isteri aku kerja dia bantu tanggung bil semua. Suami sepatutnya cari jalan supaya isteri boleh tumpu hal di rumah dan anak-anak.
Isteri jangan degil konon ini impian dan gaji besar dapat hidup mewah kerana jawatan yang ada. Tanggungjawab pertama sebagai isteri adalah menjaga hal ehwal suami dan anak.
Kembali kepada fitrah. Kembali kepada
APA TUJUAN ALLAH CIPTAKAN MANUSIA?
Untuk beribadah kepadaNya.
Menjaga hal ehwal suami.. ibadah
Menjaga kebajikan dna hati isteri.. ibadah
Menjaga dan didik anak… Ibadah..
Berdakwah dalam kerja.. ibadah..
Jangan rasa dengan gaji yang dapat tiap-tiap bulan tu sebagai satu security untuk kita. Dalam hidup ni tiada yang pasti kecuali mati.
Ingat, esok lusa belum tentu kita bernafas lagi.
Jadi, apa yang kita dah buat dalam mencari keberkatan Allah?
Segalanya yang kita lakukan akhirnya akan berbalik pada satu perkara..
Bagaimanakah pergantungan kita kepada Allah?
Sumber: Ticer Lin Talib
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI