Keibubapaan

Dah Banyak Kes Lupa Anak Dalam Kereta, 5 Cara Ini Mungkin Boleh Bantu Elak Lupa Ada Anak Kat Belakang Kereta

Share

Semalam kita dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang bayi berusia Sembilan bulan yang ditemui mati dalam kereta bapanya di tempat letak kereta Komplek Tun Razak, Indera Mahkota, Kuantan.

Bayi berkenaan, Annur Jannatul Syuhada Mohd Khalil yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ditemui ketika bapanya mahu keluar makan pada waktu tengah hari setelah terlupa untuk menghantar bayinya ke sebuah taska di Kawasan yang sama.

Artikel berkaitan: {“Allahuakbar..Anak!” Bapa Terlupa Hantar Taska, 4 Jam Baru Ingat Bayi Dalam Kereta}

Dengan berita sedih tersebut, ada pula segelintir yang menyalahkan kerusi keselamatan bayi atau crs. Terpanggil untuk membetulkan kenyataan tersebut, Dietitian Fizah Sobri menerusi laman facebook miliknya berkongsi tip buat ibu bapa kat luar sana bagi mengelakkan terlupa anak yang dibawa berada di bahagian belakang kereta.

5 TIPS ELAK LUPA ANAK DI BELAKANG

Sedih dengan nasib baby yang tertinggal dalam crs sehingga menyebabkan kematian

Tapi takde orang yang boleh come close dengan kesedihan yang dialami oleh parents baby tersebut.

Yang saya nak naikkan adalah isu crs.
Ada jugak ambil kesempatan berita ini untuk kata kalau anak tak duduk dalam crs,keadaan macam ni tak akan berlaku…

Mengapa salahkan crs?
Ia hanya satu benda yang tak bernyawa

Meh kita tengok apa jadi dekat baby kalau takde crs ketika ayahnya hantar ke taska tanpa terlibat dalam apa apa accident…

  1. Waktu drive anak boleh bergolek dari tempat duduk jatuh terhantuk kepala
    2. Waktu berhenti kereta anak boleh ke depan dan cedera di mana mana bahagian badan
    3. Sepanjang masa driver tak akan fokus sebab asik lihat apa anak sedang buat, selamat ke tak etc

Dan macam macam lagi…
Nak suh maknya pegang sebelum hantar ke taska?
Sama juga..kalau accident tetap anaknya akan lebih teruk keadaan banding dengan orang lain sebab dia paling kecil

Takde kena mengena letak anak dalam crs dan keadaan lupa anak di dalam kereta.
Kita manusia tidak sempurna dan sentiasa lupa.
Sini saya sertakan tips untuk elak dari keadaan lupa anak di crs

Ingat crs tak salah..
Ia hanya satu benda yang tak bernyawa tapi sedang bertanggungjawab menyelamatkan nyawa yang anak yang disayangi.

Ini 5 tip nak elak terlupa anak kat belakang kereta:

  1. Tinggalkan barang anak di depan kereta seperti beg taska etc

2. Letak barang anda di belakang berdekatan baby

3. Pasang baby dash cam untuk lihat anak anda di belakang

4. Posisi CRS di tengah jika boleh

5. Boleh buat keychain, tempat gantung, reminder baby ada di belakang

Ya betul benda kalau nak jadi bila dah beringat pun tetap akan berlaku. Tapi tak salah kalau kita ambil langkah berjaga-jaga. Mama papa boleh cuba tip yang diberikan supaya dapat mengurangkan risiko terlupa bahawa ada nyawa kecil yang kita bawa berada di belakang kereta. Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.

Sumber: Dietitian Fizah Sobri

 

Published by
SAHR