Dah Beli 10 Jenis Botol Tapi Anak Tetap Tolak Botol! Cuba Pula Guna Cawan

Share

Setiap ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayinya sehingga cukup membesar. Malangnya, kebanyakan para ibu tidak boleh meninggalkan pekerjaan mereka untuk jangka masa panjang selepas kelahiran, jadi mereka terpaksa beralih kepada penyusuan dengan botol. Lebih sukar lagi bagi para ibu yang menghadapi bayi yang tidak suka botol susu. Jika bayi anda mengalami masalah yang sama, berikut adalah beberapa tip untuk membuat peralihan lebih mudah untuk anda dan si manja anda:

Jadikan botol susu terasa seperti penyusuan badan

Penyelidik percaya bahawa bayi akan lebih cenderung menerima susu daripada botol jika ia mempunyai persamaan dengan susu daripada payudara ibunya. Sekiranya bayi anda cerewet tentang suhu, anda boleh mengepam dan menyusukan bayi anda dengan serta-merta atau memanaskan botol susu. Jika bayi masih menolak botol, cari botol dengan puting puting yang sama dengan puting payudara anda. Bayi anda mungkin hanya mencari rasa dan suhu yang menyerupai payudara ibunya.

Jauhkan diri

Sesetengah pakar pediatrik mencadangkan anda menjauhkan diri daripada bayi anda, contohnya dengan tidak menyusukannya, sebaliknya tugaskan suami anda atau orang lain. Anda masih boleh berada di rumah yang sama tetapi di dalam bilik yang berbeza.

Menggunakan cawan

Jika bayi anda masih menolak, tinggalkan kaedah botol dan teruskan kepada penggunaan cawan. Tetapi sebelum anda berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda. Selain itu, cuba belajar cara yang betul untuk memberi makan anak anda dengan cawan kerana melakukannya dengan cara yang salah boleh menyebabkan bayi anda tercekik.

Bersabarlah

Membantu bayi anda minum dari botol susu mungkin mengambil masa berhari, minggu atau bulan. Sesetengah ibu perlu melalui 10 jenis botol berbeza dalam masa dua bulan untuk mencari yang disukai bayi mereka. Teruskan mencuba dan bersabar dengan bayi anda.

Pilih masa yang sesuai

Pemilihan masa adalah sangat penting dalam percubaan dengan botol susu. Mulakan perlahan-lahan dan galakkan secara positif, jangan memaksa atau mendesak bayi anda. Waktu yang sesuai ialah apabila bayi anda tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang, dan tidak letih atau meragam. Mungkin 30 – 60 minit selepas menyusu atau makan. Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan, hentikan segera dan cuba lagi. Kuncinya ialah untuk membiasakan bayi anda dengan botol susu supaya dia gembira menerimanya sebagai sumber makanan alternatif.

Published by
NuFa