Bukan senang untuk ibu-ibu membiasakan anak menyusu menggunakan botol susu apabila mereka sudah lama menyusu secara terus dari ibunya. Masalah ini biasanya terjadi pada ibu-ibu yang bekerjaya yang perlu menyediakan botol susu untuk anak.
Puan Az Hani tampil berkongsi tip bagaimana beliau akhirnya berjaya memberikan botol susu kepada anaknya. Namun tip ini tidak semestinya menjadi pada anak anda. Tip ini hanya dikongsi sebagai perkongsian pengalaman sahaja.
Tips untuk yang tidak mahu susu botol
Alhamdulillah akhirnya maira habiskan juga susu dalam botol ni.. Dah berbulan-berbulan cuba susu dari botol. Tapi maira berkali2 refuse from bottle. Maira dah 7 bulan.
Peningnya sebagai seorang ibu.. alhamdulillah akhirnya saya dah dapat idea.
Salah satu botol yg boleh main picit2 ni sangat membantu.
3 oz boleh habis dlm masa 15 minit ke 20 minit. Memang kadangkala rasa ohh penat..lama betul ..tapi bila tengok susu tu memang masuk dalam mulut dia dan finally finish dan burppppp… happy sangat sangat.
Sekarang saya tak risau kalau saya dikawasan yang terhad untuk menyusu badan.
Alhamdulillah.
Sumber: Az Hani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setiap Tubuh Manusia Berbeza. Kalau Tak Boleh Terima Makanan Tersebut, Berpantanglah Seumur Hidup
Setiap tubuh manusia berbeza. Apa yang boleh diterima oleh badan kita tak semestinya boleh diterima oleh tubuh badan orang lain. Doktor Hairin Anisa menjelaskan tentang berpantang vs food intolerance dan food allergies.
Assalamualaikum & selamat malam.
BERPANTANG vs FOOD INTOLERANCE & FOOD ALLERGIES
Saya teringat setiap kali saya melahirkan, saya memang amalkan makanan yang saya kira sihat dan seimbang dan berpantang daripada mengambil makanan yang tubuh saya tak boleh terima contohnya macam labu, ubi kayu dan beberapa lagi yg buat perut saya bertambah anginnya (kembung) & bisa badan.
Makanan-makanan ini sebenarnya yg menyebabkan tubuh SAYA tak boleh terima dan dikategorikan sebagai food INTOLERANCE.
Malah saya berpantang daripada mengambil apa-apa makanan yang menyebabkan saya gatal macam udang dan sotong kerana tubuh SAYA tak boleh terima kerana dikategorikan sebagai FOOD ALLERGIES. Jadi, saya memang amalkan pantang ini bukan hanya selepas bersalin tapi sepanjang hidup saya setiap kali saya dapati jenis-jenis makanan yang saya ada allergies atau intolerance.
Namun, setiap manusia itu berbeza. Adakah makanan yg tubuh SAYA tak boleh terima itu sama dgn orang lain? Jawapannya pasti tidak sama. Jadi please jangan sesekali bagitahu semua orang supaya jangan makan benda yang sama yang kita sendiri tak boleh terima.
Begitu juga kalau tubuh kita boleh terima semua makanan…jangan mendabik dada dengan sombong menyuruh orang lain untuk ambil semua makanan tanpa berpantang kerana diri sendiri sentiasa sihat dan awet muda.
Ingatlah bahawa Allah swt yang beri kita kesihatan, maka bersyukurlah dan tak perlu riak dan mengutuk orang lain tidak berilmu sedangkan diri sendiri juga kurang ilmu utk beradab memberi ilmu kpd orang lain.
Sedangkan ada ramai insan-insan yang Allah swt uji dgn Food intolerance dan food allergies yang terpaksa menghadapi pelbagai simptom-simptom yang menyakitkan. Belum sampai ujian tersebut kepada kita, maka berhati-hatilah dalam berkata-kata. Sesungguhnya riak itu hanya akan memakan diri sendiri.
Saya share di sini beberapa slides lectures yg saya pernah sampaikan tentang Tummy ache : FOOD INTOLERANCE vs FOOD ALLERGIES di satu seminar anjuran ENT, HSA JB
Ada perkara dlm sains yang masih dalam kajian dan hanya hipothesis dan sukar dijelaskan serta diluar pengetahuan kita.
Ini kerana ilmu Allah swt ini sangat luas dan menjangkaui batasan fikiran manusia. Jadi sekalipun ahli sains, please jangan terlalu bangga dgn ilmu yg kita ada. Kita ada ilmu hanya dibidang kita tapi kita tiada ilmu dibidang orang lain.
Justeru, biarlah hidup ini kita saling menyantuni manusia tanpa menyakitkan hati mereka yg tiada ilmu dlm bidang kita. Hanya Allah swt yg punya segala ilmu dan mengetahui segala yg terjadi atas kehendak dan iradatnya.
Sumber: Dr. Hairin Anisa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Kerap Bersin, Hidung Tersumbat Dan Selesema Waktu Pagi Tandanya Allergic Rhinitis
Bagi kanak-kanak yang selalu mengalami selesema dan kerap bersin di waktu pagi, ini bermakna mereka mengalami gejala penyakit yang dikenali sebagai allergic rhinitis.
Dalam keadaan ini, kanak-kanak selalunya akan mengalami hidung tersumbat dan kerap bersin terutamanya di waktu pagi dan ianya akan berkurangan di sebelah tengah hari atau petang.
Anak seawal usia 6 bulan sudah boleh mengalami keadaan ini. Penyakit-penyakit seperti asma, ekzema dan allergic rhinitis ini selalunya lebih kerap berlaku jika terdapat sejarah keluarga mengalami masalah yang sama iaitu faktor keturunan.
Tidak seperti jangkitan selesema atau batuk biasa, allergic rhinitis ini tidak berjangkit melalui cecair badan. Penyakit ini selalunya akan menjadi ketara oleh beberapa faktor seperti perubahan cuaca, perubahan suhu iaitu dari tempat panas ke tempat sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat dan berair.
Habuk adalah salah satu faktor penting . Bulu haiwan dan sesetengah jenis makanan adalah antara penyebab timbulnya gejala penyakit ini. Penyakit ini susah untuk sembuh. Doktor selalunya akan hanya memberi ubat untuk mengurangkan simptom dan gejalanya.
Ibu bapa seharusnya memainkan peranan untuk mengurangkan gejala dan simptom penyakit anak. Pastikan tiada habuk atau kurangkan habuk di persekitaran terutamanya bilik tidur. Sebaik baiknya elakkan hamparan permaidani. Cadar mesti ditukar sekerap mungkin.
Jauhkan anak daripada bermain dengan binatang peliharaan dan perlu juga membuat pemerhatian makanan yang diambil si manja bagi memastikan makanan yang diambil tidak boleh menyebabkan alergi ini. Pemeriksaan secara rapi harus dilakukan dengan membawa anak berjumpa pakar telinga, hidung dan mulut (ENT).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minum Susu Ibu Tak Bermakna Anak ‘Kebal’, Tetap Kena Bawa Cucuk Berjadual
Memang benar, susu ibu mempunyai kepelbagaian nutrisi yang baik buat bayi anda. Pun begitu, tidak bermaksud anak itu tidak perlu divaksinkan. Ikuti perkongsian Kaunselor Laktasi, Pn. NurDiana Mohd Rasid tentang isu ini. Semoga ia dapat membantu anda.
Menurut Diana, susu ibu memang yang terbaik. Tidak boleh dibandingkan dengan yang lain walaupun susu formula paling mahal sekalipun. Tiada formula yang boleh ditiru untuk menjadikan susu itu sama khasitnya dengan susu ibu.
Biarpun dengan memberi anak susu ibu dapat menguatkan sistem imunisasinya, ia tidak bermakna anak akan menjadi KEBAL. Sesetengah pendapat bukan profesional mengatakan bayi tidak perlu divaksinkan kerana susu ibu merupakan sumber pertahanan semula jadi bagi mengelakkan serangan penyakit.
APA ITU VAKSIN?
Vaksin dicipta bagi menggantikan kuman virulen (yang berbahaya). Vaksin ini diberikan secara pasif ke dalam badan kita. Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus ataupun bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
“Badan kita dah siap sedia dgn imuniti tersendiri also daripada vaksinasi. Tahu tak bayi boleh dapat imuniti secara tidak langsung daripada ibu masa dari dalam perut (kandungan) dan SUSU IBU?
Tapi imuniti ni tidak spesifik untuk kuman-kuman tertentu tau. Jangan silap di situ. Ini adalah imuniti semulajadi (innate immunity) di mana imuniti secara tidak langsung ni tak sama macam imuniti yang dihasilkan oleh sistem imun badan sendiri jika terdedah kepada penyakit atau menerima vaksinasi.”
SUSU IBU TETAP TAK BOLEH MENJADI PENGGANTI VAKSIN
Sebab? Antibodi ni sifatnya mudah luput atau ada jangkahayat (degradation). Antibodi dalam susu ibu pun bersifat sementara. Tak mampu nak melindungi bayi sampai ke besar sebab tak semua antibodi dalam susu ibu dapat melindungi semua jenis penyakit atau virus.
“Tapi tak bermakna susu ibu tak membantu bayi untuk sistem ketahanan badan kepada penyakit berjangkit yang berbahaya (Vaccine Preventable Diseases). Bayi yang mengambil vaksin dan minum susu ibu akan lebih terlindung daripada penyakit serta virus berbahaya berbanding dengan bayi yang TIDAK VAKSIN tetapi minum susu ibu. Dua benda yang berbeza disitu.
Secara kesimpulan yang mudah faham, imuniti yang terhasil daripada vaksin dan susu ibu sangat penting untuk bergerak dan digandingkan bersama. SEIRING DAN SEJALAN macam lirik lagu tu. Dua dua kena ada. Saling melengkapi. Baru lah bayi boleh membentuk sistem pertahanan tubuh yang kuat!
Jangan kerana anda ingat dah bagi susu ibu je dah cukup! Tak perlu vaksin lain lagi. No, Ibu. Please dapatkan vaksin seperti yang dijadualkan oleh KKM. Begitu juga pada anak yang minum susu formula. TETAP perlu divaksinkan!
Jangan kerana anak anda seorang tidak mendapat vaksin, anak orang lain yang jadi mangsa. Kita hidup bermasyarakat. Mungkin sekarang anak anda yang tidak divaksinkan masih sihat. Tetapi esok lusa? Please vaksinkan anak anda sebab KAMI JUGA IBU BAPA YANG SAYANGKAN ANAK KAMI.”
Artikel ini telah diolah dari sumber: Owh Dydiana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI