Dah berus gigi anak siang malam, tapi tetap juga busuk, buruk dan hitam. Sebagai ibu bapa sudah tentu buntu dengan keadaan ini kan? Teknik mengosok gigi yang salah merupakan punca kenapa gigi masih tak bersih dan berbau.
Doktor, anak-anak akak, pagi malam akak beruskan gigi. Tapi gigi semua busuk, kalau cabut je semua boleh ke doktor?
Errmm, memang la semua mak bapak bagitau kat doktor dorang beruskan gigi anak anak pagi malam.
Tapi, cara berus gigi tu betul ke tak?
Ni Dr Iza nak bagi, ada mak bapak yang tukar berus gigi anak sebulan sekali. Tapi gigi anak pun masih rosak!
Ads
Bila check cara mak bapak berus gigi tak berapa betul! Ikut cakap upin ipin, dorang berus gigi dok bulat bulat bulat, bulat bulat bulat!
Tang atas bawah atas bawah tak ada. Sudahnya area gigi yang dok dekat dengan gusi semua rosak dan hitam.
Ads
Untuk pengetahuan semua selalunya, makanan dan minuman akan dok nyorot kat bawah gusi, celah antara gigi dan gusi.
Kat area ni doktor gigi panggil cervical area dan interdental area, kat sini area ni memang kena berus gigi bersih bersih. Sebab tu la kalau boleh, berus gigi kena berus gusi sekali. Dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas
Ads
Kalau gosok gusi, nanti gusi berdarah. Tak pe, biar gusi tu keluar darah, sebab gusi berdarah tandanya gusi tu tak bersih, kena bersihkan sisa makanan!
Kalau dah gosok banyak kali dan tiap hari keluar darah, memang kena buat SCALING, sebab ada karang gigi dalam gusi. Soo, okey ye berus gigi bulat bulat bulat, atas bawah atas bawah. Haaa, baru ler gigi dan gusi sihat walafiatt!
Apabila anak-anak berusia empat atau lima tahun, sudah tentu ibu bapa akan mencari tadika yang terbaik untuk anak-anak. Ini kerana pendidikan awal kanak-kanak yang dipelajari di tadika amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang. Yang menjadi isunya, ada segelintir ibu bapa mengeluh apabila yuran tadika naik atau mahal.
Guru swasta diwajibkan mempunyai siji Pendidikan Awal Kanak-Kanak supaya dapat mengendalikan dan mengajar kanak-kanak dengan cara yang betul.
Tetapi sebelum mengeluh tu, ibu ayah kena baca perkongsian oleh Bila Ibu Zarah Berbicara Naib Pengerusi Persatuan Tadika Islam Malaysia merangkap Pengerusi Persatuan Tadika Islam Selangor, Hajjah Zaharah Awang atau lebih dikenali sebagai Ibu Zarah yang mempunyai pengalaman lebih 28 tahun dalam dunia pendidikana awal kanak-kanak ini. Penegasan ini cukup padu dan ada benarnya! Semoga kita memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak membesar menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
YURAN TADIKA SWASTA MAHAL!! Ye!! setujuuuu… memang mahal! bukan baru tahun ini atau tahun lepas mahal… rasanya dari dulu memang mahal pun.. Jadi apa masalahnya?
Rasanya semua orang tahu dan tidak perlu diterangkan lagi kenapa ia jadi mahal namun masih ramai ibubapa yang masih sudi mendapatkan perkhidmatan mereka tanpa paksaan pun. Jadi apa masalahnya?
Rata-rata pihak tadika swasta tiada yang mengamalkan sistem meminta slip gaji ibubapa untuk mengukur kemampuan ibubapa menghantar anak belajar dengan mereka. Jadi apa masalahnya?
Pihak kerajaan dah adakan tadika yang murah dan mampu, masih kurang berpuashati pulak… jadi apa masalahnya?
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah dan disayangi nabi, anak-anak kita ni boleh belajar dimana sahaja… ditadika swasta, ditadika kerajaan, ditadika NGO, ditadika bawah kelolaan masjid dan surau, waimah “home schooling” pun tak de masalah asalkan ibubapa berikan dorongan, sokongan dan kerjasama.
Nak yang selesa dan banyak program menarik hantarlah ketadika swasta. Nak yang murah hantarlah ke tadika kerajaan dan NGO atau kelolaan masjid dan surau. Tak nak keluar belanja… boleh jer ajar sendiri dirumah. Jadi sebenarnya tak de masalah..
Masalahnya bila kita paksa diri kita untuk ikut orang lain, terikut2 dengan trend dan brand sehingga yang tak mampu pun dimampu-mampukan… yang tak larat pun dilarat-laratkan sampai kena ikat perut!! Tak sampai hati rasanya kami mendengarnya.
Hentikanlah merungut untuk hal pendidikan anak-anak.. bil Astro selamba jer kita bayar tiap-tiap bulan tanpa rungutan… belanja beli rokok pun jika dikira dah hampir jumlah yuran bulanan anak kat tadika swasta.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Antara diam dan aktif, yang mana anak baik? Persoalan ini yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan ibu bapa.
Anak yang diam lebih merisaukan daripada anak yang aktif bergerak melakukan itu ini. Mungkinkah anak diam itu sakit? Mungkinkah anak diam itu ada masalah dan perlukan bantuan yang tidak boleh diluahkan?
Kanak-kanak seharusnya aktif dan gembira bermain ke sana ke mari.
TETAPI…
Anak yang terlampau aktif bergerak tanpa tahu batasan hingga mengganggu harta benda dan orang lain juga perlu dirisaukan. Adakah dia perlukan rawatan intervensi oleh pakar ataupun adakah peraturan dan disiplin oleh ibubapa terlalu longgar dan permisif?
NAMUN…
Ada juga anak yang sifat semulajadinya pendiam atau ‘slow to warm up’. Anak ini tidak sakit, anak ini baik cuma dia mengambil masa untuk bersuara dan berkawan. Itu normal bagi sesetengah orang. Anak ini perlu diajar malu kena tempat.
Diam atau aktif yang mana lebih baik bergantung kepada sifat semulajadi anak, persekitaran, konteks, dan keadaan.
Tidak semestinya diam itu baik dan aktif itu tidak.
Tidak semestinya aktif itu baik dan diam itu tidak.
Bermain anak patung atau teddy bear selalu dikaitkan dengan perempuan dan ‘kelembutan’. Pantang sungguh kita apabila melihat anak lelaki berminat dengan anak patung. Pegang pun tidak boleh. Takut anak jadi ‘lembut’.
Apa masalahnya jika lelaki menjadi seorang yang lembut?
Dalam dunia sekarang ini di mana saban hari kita mendengar tentang kes keganasan rumahtangga, kes dera, kes pukul, kes buli, kes rogol, kes ‘road rage’ hingga membawa kematian, maka apa yang diperlukan adalah KELEMBUTAN. Itulah yang hilang dari jiwa dan hati si pelaku.
Masalahnya dengan kita, kita menggalakkan anak lelaki menjadi gagah tidak kena caranya. Apabila anak lelaki bermain kasar yang keterlaluan, kata kita “Biasalah boys”. Apabila anak lelaki tolak tidak mengikut giliran, kata kita “Biasalah boys”. Apabila anak lelaki menumbuk menendang rakan lain, kata kita “Biasalah boys”. Apabila anak lelaki suka menonton cerita atau bermain ‘game’ yang ganas, bunuh membunuh, kata kita “Biasalah boys.”
Itukah yang kita harapkan dari anak lelaki?
Menjadi seorang yang KASAR dan GANAS?
Bermain anak patung membantu perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Tidak kiralah kanak-kanak lelaki atau perempuan.
Selalunya bagaimana anak lelaki melayan anak patung adalah cerminan bagaimana dia melihat ibubapa melayan kanak-kanak.
Cara anak lelaki bercakap dengan anak patung adalah cerminan bagaimana dia biasa mendengar ibubapa bertutur dengan kanak-kanak. Dia akan meniru.
Jika anak lelaki tidak pernah melihat si ayah peduli tentang penjagaan diri dia dan adik beradiknya, maka anak lelaki itu juga mungkin akan kekok untuk ‘melayan’ anak patung itu.
Bermain adalah cara terbaik untuk kanak-kanak memahami tentang dunia di sekelilingnya dan bermain juga adalah cara terbaik untuk kanak-kanak melatih skil penting yang perlu ada pada dirinya sebagai orang dewasa.
Bermain dengan anak patung mengajar kanak-kanak baik lelaki atau perempuan supaya menjadi seorang yang peduli pada kanak-kanak, dan memastikan keperluan kanak-kanak itu dipenuhi.
Bermain dengan anak patung juga mendidik anak untuk memahami emosi dan membantu perkembangan empati yang semakin kurang dalam dunia sekarang hingga menyebabkan masalah dera, buli dan keganasan baik di dunia nyata mahupun di dunia siber.
Tidak semua kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan akan terus berminat dengan anak patung sampai bila-bila. JANGAN PANIK!
Dedahkan juga kanak-kanak kepada permainan lain untuk mereka meneroka minat mereka. Kadang-kadang dari anak patung kanak-kanak akan beralih kepada patung askar atau patung superhero yang menjadi kegemaran mereka. Mereka akan menggunakan skil yang sama apabila bermain dengan anak patung, teddy bear, atau patung-patung yang lain cumanya plot penceritaan ketika bermain itu sahaja yang berbeza mengikut kreativiti mereka.
Tidak ada salahnya juga jika ANAK PEREMPUAN hendak bermain dengan kereta atau kapal terbang mainan. Itu juga sebahagian dari penerokaan. Tidak ada salahnya kanak-kanak perempuan turut sama panjat pokok bersama kanak-kanak lelaki. Itu adalah skil fizikal yang penting.
Cumanya pastikanlah kanak-kanak perempuan memakai seluar panjang agar skirtnya tidak tersangkut ataupun skirtnya tidak terselak.
Bermain anak patung menyediakan kanak-kanak untuk memiliki skil peduli (caring), memupuk (nurturing) dan memahami (understanding). Inilah kelembutan yang kita mahu ada pada anak–anak lelaki kita disamping dia pandai berlari, melompat, berguling, memanjat, menendang dan menumbuk objek yang sepatutnya.
Oleh itu biarlah anak lelaki belek dan belai anak patung. Perhatikan dia. Main dengan dia.