Dah Besar Dia Tak Peluk Cium Dah. Ayah Ni Kongsi Cara Buat Anak Rasa ‘Dekat’ Dengan Kita!

Share

Tanpa kita sedari masa berlalu dengan begitu pantas. Tahu-tahu anak yang baru saja kita dukung, hari ni dah mampu berlari sendiri tanpa perlu dipantau lagi. Begitulah cepatnya masa berjalan, benarlah umpama sekelip mata.

Artikel Menarik: [Ayah Nak Try Teknik Viral Tidurkan Anak, Tak Sangka Ni Yang Jadi. Memang Kelakar Habis!]

Sebab itulah, masa anak kecil ni tunjukkanlah rasa sayang dan prihatin pada mereka. Lahirkan melalui perbuatan supaya anak JELAS dengan perasaan kita kepada mereka.

Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim

Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim ada berkongsi tentang hal ini;

Ramai terkilan bila anak dah tak suka di peluk, tak suka di sentuh & tak suka di manja-manjakan..

Lambat atau cepat, fasa ini pasti tiba..
Salah kita tak bina connection yang kuat masa anak masih kecil.

Artikel Menarik: [“Esok Mama Beli Trompet.” Anju Bagi Anak Semangat Belajar, Siap Main Gendang Kat Tepi!]

Salah kita tak hargai peluang yang ada untuk tambat hati anak erat erat.
Salah kita juga sebab tak cakna pada ‘emotional needs’ anak anak.

Sehari kita sepatutnya kena peluk anak sekurangnya 8 kali supaya anak kita rasa Connected dengan kita.

Sehari kita sepatutnya kena buat Eye Contact paling kurang 1 kali masa bercakap dengan anak untuk buat dia rasa penting.

Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim

Bagaimana kita layan anak-anak hari ini akan memberi kesan besar pada bagaimana anak anak pula akan layan kita kemudian hari.

Ingatlah, dunia ni macam roda…
Wallahu A’lam.

Artikel Menarik: [Akui Tak Cukup Tidur, Dr. Amalina & Suami Buat Sistem Syif Jaga Anak Tengah Malam]

Sewaktu anak memerlukan perhatian kita, berikanlah secukupnya kepada mereka. Suatu hari nanti, semua itu mungkin akan berkurangan kerana anak mungkin sudah ada cara hidup mereka sendiri. Waktu mereka kecil, cipta banyak memori indah bersama supaya mereka akan sentiasa ingatkan ibu ayahnya sampai bila-bila.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

Published by
Emy H