Sebelum ini, ramai menyangka wajah kanak-kanak pada botol minum kordial bahawa ianya adalah Liyana Jasmay namun ternyata bukan kerana, wajah kanak-kanak comel yang menghiasi botol berkenaan merupakan milik Madihah Mohd Firdaus.
Ujar ibunya yang dikenali sebagai Fatimah Abdullah, dia mula membawa anaknya itu hadir ke sesi uji bakat ketika berusia tiga tahun lagi. Ibu Madihah juga akui bahawa dia tidak sangka rezeki untuk menjadi penghias jenama berkenaan berpihak kepada anaknya itu.
Menurut sumber, Madihah Mohd Firdaus atau turut mesra disapa Dihah itu kini menjangkau usia 25 tahun dan ketika wajahnya menghiasi botol kordial itu, usianya lima tahun. Selain itu, pemilik wajah kanak-kanak itu juga sudah berubah menjadi seorang hijabi yang jelita.
Ads
Madihah turut gemar bermekap dan sangat suka belajar mekap menerusi laman Youtube dimana platform berkenaan kini menjadi pilihan para gadis untuk mengetahui cara mekap dengan betul.
Ads
Gadis ini juga dilaporkan baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik. Dia dikatakan bakal menyambung di peringkat ijazah pula dalam bidang yang sama.
Ads
Gadis cantik ini juga gemar gaya fesyen yang ringkas dan bersesuaian dengan usianya itu, dia suka bergaya terutama bagi rakaman OOTD melalui laman Instagram miliknya dimana dia kini mempunyai lebih 40 ribu followers.
Lama tak dengar khabar buah hati rakyat Malaysia ni kan? Walaupun kisah awalnya dah lebih setahun dikongsikan sebelum menjalani rawatan, nampaknya orang ramai masih ingat si comel Ainul Mardhiah.
Setiap apa yang dikongsikan oleh kedua ibu bapa Ainul Mardhiah akan jadi perhatian. Lagi-lagi bila nampak perubahan yang positif dari semasa ke semasa selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulutnya sekitar Jun tahun lalu.
Sekarang boleh borak dengan Ainul. ‘Respond’ dia tu geram je!
Kini perkembangan terbaru Ainul nampaknya semakin ceria, pandai bergurau dan dah faham apa orang cakap dengannya.
Menurut walid Ainul, Ahmad Safiuddin, Ainul dah pun mencapai berat 7 kilogram, semakin sihat dan pandai. Nampak dia begitu ceria sekali dan mula nak belajar sesuatu yang baru.
“Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Ainul pun dah panjang akal sekarang. Macam-macam dia nak belajar dan buat.
“Tengok perkembangannya tak sangka Allah bagi peluang kedua untuk kami bersama-sama membesarkannya dan memberi kasih sayang,” kongsinya.
Terbaru dalam perkongsian video di instagram mama Ainul, Nurul Erwani, Ainul dah pandai berinteraksi dengan walidnya dan faham apa orang cakap. Keletah Ainul cukup buat sesiapa yang tengok rasa gembira.
Asyik kena sakat dengan mama
Selain itu, mama Ainul juga berkongsi video Ainul dah pandai gelak manja apabila digeletek. Seronok lihat senyuman manis Ainul walaupun masih ada lagi temujanji dengan doktor untuk pastikan Ainul sihat sepenuhnya.
Kita yang tak kenal pun pasti ternanti-nanti perkembangannya dari semasa ke semasa. Lihat senyuman dia pun dah rasa lega.
Tambah walid Ainul semasa di temuramah oleh wakil Pa&Ma sebelum ini, Ainul sihat semuanya dengan izin Allah. Malah doa dari orang ramai semasa di awal kisahnya dikongsikan benar-benar memberi impak yang besar dalam diri Ainul.
“Tiada apa yang kami boleh ucapkan selain sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat ini. Rezeki Ainul ni sentiasa dipermudahkan walaupun sebelum itu kami tak kuat nak melaluinya seperti sekarang.
“Betullah orang kata setiap anak tak kira apa sekalipun keadaannya sentiasa akan beri rezeki yang kita tak jangka,” katanya.
Jodoh, ajal, rezeki semuanya rahsia Allah. Jika sampai masanya tak cepat atau lambat pun. Begitulah ujian yang dilalui oleh seorang isteri apabila perkahwinan yang dibina hanya dapat dinikmati dalam tempoh 11 bulan sahaja selepas suami dijemput Allah.
Walaupun ujian ini sangat besar tambah lagi baru dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, kehidupan perlu diteruskan untuk menjaga amanah yang ditinggalkan arwah suami.
Galas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah
Melalui perkongsian seorang wanita di TikTok atas akaun _cikpuanmanis, kehilangan suami tersayang kerana terlibat dalam kemalangan benar-benar satu tamparan hebat buatnya. Apatah lagi ketika kejadian tersebut, masih dalam tempoh berpantang melahirkan anak sulung, Aisyah Humaira.
Berkongsi lebih lanjut, allahyarham suami tidak sempat masuk rumah baru mereka yang mengambil masa begitu lama untuk diubah suai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.
Pada tarikh 28/10/2020 alhamdulillah kita selamat diijab kabulkan. Tak lama lepas nikah ummi mengandung. 4/8/2021 ummi selamat melahirkan Aisyah Humaira. 14/9/2021 abi (Mohamad Firdaus bin Ishak) terlibat dalam kemalangan dan pada tarikh 25/9/2021 abi telah pergi selamanya.
Hari-hari tengok dekorasi rumah. Hari-hari cakap tak sabar duduk rumah baru bertiga. Tapi bila rumah dah siap renovate Abi kemalangan dan sekarang abi duduk rumah baru yang memang kami tak boleh tumpang sekali.
“Susah macam mana pun, ummi akan buat yang terbaik..”
Wanita cekal ini turut akui bukan mudah bergelar ibu tunggal dan membesarkan cahaya mata seorang diri tanpa kehadiran suami di sisi. Dia pada masa yang sama, menceritakan tempoh berkenalan bersama Allahyarham suaminya begitu singkat sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
28/10/2021 genap setahun perkahwinan abi dengan ummi. Tapi demi amanah arwah ummi akan besarkan Aisyah. Aisyah segalanya bagi ummi. Susah macam mana pun ummi akan buat yang terbaik untuk anak ummi.
Perkenalan yang singkat, 3 bulan kawan, 3 bulan tunang dan 11 bulan cinta halal. Orang yang dulu paling meluat dan sekarang paling sayang hingga akhir hayat.
Allah tahu awak kuat
Insyaallah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap ujian ini, akan ada manis di penghujungnya nanti. Harap terus kuat demi amanah yang ditinggalkan arwah dan Aisyah Humaira akan membesar menjadi anak solehah. Amin.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan zuriat sendiri sebagai penyeri hidup. Namun tak semua bernasib baik, ada yang bertahun lamanya menunggu kehadiran cahaya mata.
Sama seperti kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Tok Penghulu Mukim di mana dia dan isterinya sudah menanti cahaya mata hampir 3 tahun malah isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali.
Kegembiraan menanti ci comel bukan hanya dirasai oleh mereka berdua, malah kedua ibu bapa mereka turut menanti cucu sulung mereka dengan penuh pengharapan.
Air Mata Atuk Untuk Cucunya
“Air mata seorang bapa untuk cucunya, mertua aku menangis sangat bahagia dapat cucu sulung. Penatian hampir 3 tahun, 2 kali wife aku gugur”
Situasi bertambah sayu apabila bapa mertua yang begitu menanti akan kelahiran cucu pertamanya telah bergegas mendapatkan bayi tersebut sebelum digendung sambil menitiskan air mata kesyukuran.
“Bila sampai dekat atuknya, terus diambil. Ya Allah sedihnya aku, hero mana tak nangis tengok cucu dia”
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan pelbagai komen diterima. Rata-rata warganet mengakui sebak melihat momen berkenaan kerana terlihat wajah terharu seorang datuk apabila memegang cucu sulungnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengan peningkatan jumlah penumpang semasa musim perayaan, aspek keselamatan penerbangan menjadi keutamaan. Malaysia Airlines telah mengeluarkan peringatan kepada semua penumpang mengenai peraturan baharu penggunaan...