Sebelum ini, ramai menyangka wajah kanak-kanak pada botol minum kordial bahawa ianya adalah Liyana Jasmay namun ternyata bukan kerana, wajah kanak-kanak comel yang menghiasi botol berkenaan merupakan milik Madihah Mohd Firdaus.
Ujar ibunya yang dikenali sebagai Fatimah Abdullah, dia mula membawa anaknya itu hadir ke sesi uji bakat ketika berusia tiga tahun lagi. Ibu Madihah juga akui bahawa dia tidak sangka rezeki untuk menjadi penghias jenama berkenaan berpihak kepada anaknya itu.
Menurut sumber, Madihah Mohd Firdaus atau turut mesra disapa Dihah itu kini menjangkau usia 25 tahun dan ketika wajahnya menghiasi botol kordial itu, usianya lima tahun. Selain itu, pemilik wajah kanak-kanak itu juga sudah berubah menjadi seorang hijabi yang jelita.
Madihah turut gemar bermekap dan sangat suka belajar mekap menerusi laman Youtube dimana platform berkenaan kini menjadi pilihan para gadis untuk mengetahui cara mekap dengan betul.
Gadis ini juga dilaporkan baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik. Dia dikatakan bakal menyambung di peringkat ijazah pula dalam bidang yang sama.
Gadis cantik ini juga gemar gaya fesyen yang ringkas dan bersesuaian dengan usianya itu, dia suka bergaya terutama bagi rakaman OOTD melalui laman Instagram miliknya dimana dia kini mempunyai lebih 40 ribu followers.
Sumber : imuslimnetwork
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI