Ainul Mardhiah semakin menunjukkan perkembangan positif. Ayahnya Ahmad Safiuddin menyampaikan khabar gembira Ainul kini sudah membuka mata.
Ainul yang menjalani pembedahan berisiko tinggi selama 5 jam Isnin lalu bagi membuang ketumbuhan seberat 200gram. Bayi yang kuat, Ainul setiap hari menunjukkan perkembangan yang baik.
Ainul, 10 bulan menjadi bayi kesayangan rakyat Malaysia. Si kecil ini dikhabarkan bakal dipindahkan ke wad biasa pada hari ini.
Selain itu, ayahnya juga turut bercerita tentang gelagat Ainul di wad. Dia kini tidak lagi meronta untuk mengeluarkan tangan, sebaliknya tidur lebih lena apabila kedua belah tangannya dikeluarkan.
Warganet terus mendoakan Ainul Mardhiah agar pulih dan sembuh. Ada juga yang turut sebak melihatkan perkembangan Ainul.
Ada juga yang memohon agar ibu dan ayah Ainul berehat dan memelihara kesihatan walau pun sedang sibuk menjaga permata hati mereka itu.
Dalam perkembangan terbaru, mama Ainul, Nurul Erwani berkongsi video Ainul cuba untuk menghisap jari dan menoleh ke kiri dan ke kanan.
Sumber: Ahmad Safiuddin & _nrlerwani
Artikel berkaitan: [Ambil Masa Bawa Ainul Balik Malaysia. Lepas Ni Akan Ada Fasa Belajar Makan Guna Mulut]
[Hadiahkan Senyuman Untuk Jururawat & Borak Dengan Mama; Ramai Teruja, Doa Ainul Cepat Sembuh]
[Hebatnya Perjalanan Ainul Mardhiah. Dari Tiada Harapan Kuasa Doa Mengatasi Segalanya]