“Dah lama teringin nak baby boy!” Begitu kata pelakon cantik manis, Dayana Roza yang amat bersyukur kerana bakal menyambut anak keduanya seorang bayi lelaki penghujung tahun ini.
Melalui majlis pengumuman jantina atau gender reavel yang cukup meriah pada Sabtu lalu, Dayana turut berkongsi jantina anak keduanya yang merupakan seorang bayi lelaki.
Rupanya ibu kepada Astrid Raheeya ini sudah begitu lama mengidamkan anak lelaki.
“Alhamdulilah, it’s a boy!
“Enam bulan bersabar suruh doctor rahsiakan gender, sekarang rasa lega sangat. Dari dulu teringin nak baby boy, Alhamdulillah sekarang dah boleh beli baju dinasour,” katanya berseloroh.
Dalam pada itu Dayana yang tampak berseri dengan busana putih dilatari tema majlis merah jambu dan biru itu turut memohon doa semua agar mendoakan yang terbaik buat dirinya hingga melahirkan kelak.
“D nak mintak semua kawan-kawan, family & followers doakan semoga baby AA sihat sempurna, jadi anak yang soleh, hormat orang, berjaya dunia akhirat & dipermudahkan segalanya sehingga saat melahirkan. Thank you 💖💖,” katanya lagi.
Rata-rata pengikut setia pelakon berbakat ini turut sama mendoakan agar kelahiran bayi kedua nanti dipermudahkan.
Terdahulu, Dayana mendirikan rumah tangga bersama usahawan, A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Astrid Raheeya yang kini berusia dua tahun.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perit Nak Kena Minum Air Gula Waktu Hamil, Ini Tip Berguna Doktor Kongsi Nak Elak Termuntah
Tiap kali nak minum air gula ketika melakukan pemeriksaan ketika hamil, ibu-ibu sering mengeluh. Minum air gula bukanlah hal yang disengajakan. Hakikatnya ada beberapa sebab yang memerlukan ibu hamil untuk minum kandungan air gula ini sebaiknya
Dengan melakukan ujian tersebut, ianya dapat mengenal pasti sama ada ibu yang hamil mempunyai kencing manis atau tidak ketika hamil. Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan
Minum air gula yang pekat waktu hamil boleh buat ibu rasa nak termuntah. Rupanya ada tips yang ibu-ibu boleh buat untuk kurangkan rasa loya dan termuntah setiap kali kena minum air gula.
Dr.Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi berkongsikan tip berguna tersebut untuk ibu-ibu hamil cuba, mana tahu ia menjadi!
Ada yang kena minum air gula esok? Tips-Tips Minum Air Gula Supaya tak Termuntah
Seperti penulisan saya sebelum nih, panjang lebar dah saya bercerita kenapa kena minum air gula masa hamil. Bukan suka-suka untuk “mendera” ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan untuk ‘check’ sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil. Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan. InsyaAllah.
Banyak orang bertanya pada saya, mengenai tips yang boleh diamalkan untuk minum air gula. maka saya kongsikan dengan harapan dapat membantu ibu-ibu sekalian
- Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.
- Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG sahaja.
- Sampai kat klinik kesihatan, tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe. takdeler menggeletar badan sebab berpuasa lama.
- Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual-bual la pasal tupperwear ke, Lazada ke apa-apalah yang boleh distract. Tahu-tahu je da selesai amek darah.
- Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat. Ada yang cakap biasa je rasanya. takdalah ngeri sangat pun.
( saya pernah rasa larutan air gula ni masa jadi pelajar perubatan di Universiti Malaya dulu – kami ‘diwajibkan’ minum untuk experience apa yang pesakit rasa ) - Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. duduk Rehat sahaja. jangan makan lagi time ni, sabarr.
- Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
- sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay !
Tips minum air gula supaya tidak termuntah:
- Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.
- Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.
- Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow slow kerana ini akan buat kita rasa loya.
- Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.
- Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa minum air gula. Kongsikan di sini agar ramai boleh memanfaatkannya.
Selamat minum air gula ! Enjoy !
Jangan mintak segelas lagi dah la
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ustazah Isfadiah Pesan Bacalah Ya Qowiyyu Ya Matin. Ni Zikir Banyakkan Susu Ibu
Pastinya seorang ibu akan membayangkan menyusu anak selama dua tahun ini macam lama je. Namun dalam keadaan tak sedar itu, tiba-tiba kita rasa Ya Allah anak dah boleh berjalan dan berlari pun.
Memang tak dinafikan seorang ibu nak cuba yang terbaik untuk susukan anaknya. Sebab itu dalam Islam sendiri pun Allah dah suruh kita merancang penyusuan untuk anak sebaik dilahirkan ke dunia.
Kewajipan bapa pula memberi makanan dan pakaian pada ibu ikut cara sepatutnya. Bapa kena pastikan kebajikan, keceriaan makan minum isteri yang baik bagi memastikan tempoh penyusuan buat anak berjalan lancar.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dalam Webinar Mama Tak Penat Susukan Anak, beliau menjelaskan sebaik-baik penyusuan susu ibu memang 2 tahun tapi andai kata dah usaha semaksimum mungkin tetapi ibu tak dapat capai target tersebut usah bersedih.
Sebab itu sebenarnya perjalanan penyusuan susu ibu bukan diletakkan di bahu isteri semata-mata. Suami juga harus sepakat dan kena tahu untuk proses yang baik mesti ada ilmu.
Mungkin untuk anak pertama ibu gagal menyusukan sehingga 2 tahun tapi untuk anak seterusnya tak semestinya tak berjaya. Lagi satu apa yang selalu saya dengar dari rakan-rakan saya yang bergelar pakar laktasi, kebanyakan ibu menyusu akan datang apabila ada masalah penyusuan.
Memang betul tapi sebaik-baiknya kena datang masa merancang nak ada anak dan bawa sekali suami. Suami yang baik tolonglah bagi sokongan pada isteri, bawa isteri jumpa pakar.
Bukan apa, jika isteri stres, dukacita, risau, bimbang dan sibuk fokusnya untuk menyusu sehingga anak dua tahun jadi terbantut dan pengeluaran susu juga tak banyak. Lagipun ibu yang menyusukan anak ni antara 8 ke 12 kali sehari dia akan beri susu buat anaknya.
Lagi satu saya nak ingatkan walaupun dah usaha tapi tak dapat juga mungkin ada hikmahnya. Ibu jangan rasa kecewa sehingga boleh menjejaskan kesihatan diri dan anak.
Boleh minta upah dengan suami
Kongsi Ustazah Isfadiah lagi, isteri yang menyusu anak sebenarnya boleh minta upah dengan suami. Mesti ramai isteri tak terfikir kan tapi hakikatnya memang begitu. Ada ulama yang mengatakan kalau isteri minta, suami kena bagi.
Tapi saya percaya ibu-ibu mesti tak tergamak nak buat begitukan sebab anak sendiri. Biarpun isteri tak minta, suami janganlah lepas tangan pula. Daripada sudut ni suami mesti beri sokongan moral, beri penghargaan, waktu isteri susukan anak tu boleh siapkan apa-apa makanan yang mudah untuk isteri dan sambil menyusu isteri boleh menikmatinya. Ni pun akan beri mood gembira.
Jika ada rezeki lebih tak salah pun nak berikan yang lebih mahal. Apa yang penting suami tak boleh lepas lepas tangan dan mesti ambil tahu. Ayah tetap kena terlibat dalam hal penjagaan anak.
Jangan ‘tidur mati’ kalau anak menangis tengah malam. Suami bangunlah dulu dan angkat anak sebelum bagi isteri susukan. Cuba ringankan isteri dan bila sokongan ini isteri dapat, dia pun akan bersungguh-sungguh
Makanan sunnah milkbooster terbaik
Bila sebut bab pemakanan untuk ibu menyusu, makanan sunnah antara milkbooster terbaik. Makanan sunnah adalah makanan yang diamalkan oleh nabi.
Dalam hal ini Ustazah Isfadiah tekankan ibu yang menyusu jangan lupa minum susu. Susu yang baik adalah susu kambing. Kalau boleh setiap hari sebab ni bagus untuk kalsium dalam badan.
Saya syorkan juga amalkan minum air madu. Satu sudu madu tu campur dengan air suam dan sebaik-baiknya biarlah madu asli.
Buah delima, jus buah delima atau cuka delima pun bagus. Khasiatnya untuk kulit, perkembangan otak dan jantung. Selain itu minyak zaitun, makanan tambahan perlu diamalkan setiap hari. Ini kerana dalam minyak zaitun tu ada asid lemak untuk bantu perkembangan saraf otak ibu dan anak.
Buah tin yang segar lagi bagus jika nak amalkan sebab ada omega 3 dan omega 6. Sekiranya susah nak dapatkan makanan sunnah yang disebutkan tadi, buah kurma paling senang. Boleh jadi snek antara masa menyusu dan sangat kaya dengan protein, gula, serat oleh ibu dan anak.
Selain menyentuh pemakanan sunnah, Ustazah Isfadiah juga turut berkongsi amalan yang yang boleh ibu menyusu amalkan. Antaranya adalah amalkan bacaan surah Al Fatihah bila rasa mood tak elok. InsyaAllah bila baca Al Fatihah hati boleh rasa tenang je.
Surah Al- Fatihah ni sebagai ruqyah dengan perasaan yag tak baik. Lagi satu boleh amalkan surah Al Insyirah.
Paling penting juga yang perlu dibaca tiap kali ibu menyusu sambil tenung muka dan usap kepala anak bacalah Ya Qowiyyu Ya Matin untuk bantu meningkatkan produksi susu.
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Sebab Nurse Bising Kalau HB Rendah Masa Hamil! Boleh Sebabkan Janin, Jantung Ibu Rosak
Anemia atau lebih dikenali sebagai masalah HB rendah banyak dihadapi oleh ibu-ibu hamil. Walau pun ia masalah yang biasa, perkara ini tidak semestinya diambil mudah. Dalam jangka masa panjang jantung ibu boleh jadi lemah dan rosak!
Pemeriksaan paras HB sememangnya menjadi rutin setiap kali ke klinik ibu dan anak. Ini menggambarkan betapa pentingnya paras sel darah merah kepada ibu hamil dan janin. Rendah atau kurang memberikan impak yang besar kepada kesihatan ibu dan anak. Ia perlu diatasi segera.
Dr Aimi Jaafar dari Klinik Taqwa Bangi berkongsi mengenai anemia kepada wanita hamil. Antara fakta yang dikongsikan ialah jantung ibu boleh rosak (heart failure) selepas beberapa tahun.
Anemia Pada Wanita Hamil
KESAN ANEMIA
Anemia adalah keadaan di mana darah merah dalam badan tidak cukup dari segi kuantiti atau kualiti untuk membawa oksigen (makanan) kepada sel di seluruh badan. Apabila sel tidak dapat oksigen yang cukup, ini boleh mengganggu banyak fungsi penting dalam badan, termasuk organ-organ tertentu.
ANEMIA MENJADIKAN DARAH IBU CAIR
Wanita hamil memang berisiko mendapat anemia ini, disebabkan badan menghasilkan lebih banyak darah untuk disalurkan kepada 2 tubuh. Sekiranya ada kekurangan nutrisi tertentu pada ibu, darah boleh menjadi terlalu cair, dan menyebabkan Hb rendah.
Seperti air kopi yang ditambah air, tapi tidak serbuknya. Ianya boleh jadi kondisi yang ringan dan mudah dirawat, tapi boleh juga menjadi masalah serius.
paras hb ibu hamil
Ringan : Hb 9 – 10.9
Sederhana : 7 – 8.9
Berat : 4 – 6.9
Sangat berat : <4
HB BAWAH 7g/dL JANGAN AMBIL RINGAN
Anemia tidak seharusnya diambil ringan ibu hamil, terutamanya yang sangat rendah (Hb < 7g/dL).
Komplikasi anemia kepada anak dalam kandungan:
1. Boleh menyebabkan pertumbuhan anak terbantut.
2. Anak gugur.
3. Anak meninggal dalam perut.
Komplikasi anemia kepada si ibu:
1. Jantung lemah dan rosak (heart failure), kalau tak nampak sekarang, akan kelihatan dalam masa beberapa tahun akan datang.
2. Mudah dijangkiti kuman, disebabkan sistem imun badan yang lemah.
3. Kontraksi pra matang.
4. Masalah kesihatan lain.
LANGKAH RAWATAN
Selalunya doktor akan berikan nasihat pemakanan dan nutrisi dahulu, termasuk supplement. Kalau memang iron yang terlalu rendah, ada juga iron injection. Jarang diberi, tapi tengok kes.
Kalau hb terlalu rendah, beserta dengan gejala, dan perlukan transfusi darah, teruskan lah. Ia bukan sahaja untuk menyelamatkan nyawa anda dan bayi sekarang, tapi untuk akan datang juga.
P/s: Ada beberapa kes saya jumpa yang enggan menerima blood transfusion walaupun bacaan Hb hanya 6 lebih. Saya tak pasti apa sebab keengganan ini. Tapi memang amat merisaukan.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI
Sumber: Dr Aimi Jaafar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Jom jadi peserta terawal!
✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex
Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI