“Dah Boleh Beli Baju Dinasour” Lama Mengidam Anak Lelaki, Dayana Roza Syukur Bakal Timang Baby Boy!

Share

“Dah lama teringin nak baby boy!” Begitu kata pelakon cantik manis, Dayana Roza yang amat bersyukur kerana bakal menyambut anak keduanya seorang bayi lelaki penghujung tahun ini.

Melalui majlis pengumuman jantina atau gender reavel yang cukup meriah pada Sabtu lalu, Dayana turut berkongsi jantina anak keduanya yang merupakan seorang bayi lelaki.

Rupanya ibu kepada Astrid Raheeya ini sudah begitu lama mengidamkan anak lelaki.

“Alhamdulilah, it’s a boy!

“Enam bulan bersabar suruh doctor rahsiakan gender, sekarang rasa lega sangat. Dari dulu teringin nak baby boy, Alhamdulillah sekarang dah boleh beli baju dinasour,” katanya berseloroh.

Dalam pada itu Dayana yang tampak berseri dengan busana putih dilatari tema majlis merah jambu dan biru itu turut memohon doa semua agar mendoakan yang terbaik buat dirinya hingga melahirkan kelak.

“D nak mintak semua kawan-kawan, family & followers doakan semoga baby AA sihat sempurna, jadi anak yang soleh, hormat orang, berjaya dunia akhirat & dipermudahkan segalanya sehingga saat melahirkan. Thank you 💖💖,” katanya lagi.

Rata-rata pengikut setia pelakon berbakat ini turut sama mendoakan agar kelahiran bayi kedua nanti dipermudahkan.

Terdahulu, Dayana mendirikan rumah tangga bersama usahawan, A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Astrid Raheeya yang kini berusia dua tahun.

 

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM