Bila nak bersalin pasti isteri mahukan suami berada di sisi, tapi kerana situasi kes Covid-19 yang semakin tinggi ini dan mengambil kira ibu hamil yang merupakan golongan berisiko tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini telah membuat satu garis panduan bagi mengurangkan risiko penularan virus tersebut.
Tapi berita baik untuk semua suami dan ibu yang bakal melahirkan, KKM semalam telah mengeluarkan SOP terbaru untuk suami yang ingin menemani isteri ketika bersalin. Jangan lupa semak dengan hospital terdekat mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin nanti ya!
Kriteria Bagi Suami/Ahli Keluarga Untuk Menemani Ibu Hamil Semasa Bersalin
Polisi serta garis panduan yang dikeluarkan ini adalah bersifat dinamik bergantung kepada situasi COVID-19 semasa.
Begitu juga, pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti/kekangan tertentu di hospital tersebut.
Ini bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit dan petugas kesihatan diutamakan.
KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga.
Hal ini kerana mereka merupakan merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19.
Semak dengan hospital terdekat anda mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin ini.
Sumber: Twitter KKM
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!