Dah Bosan Buat Sambal, Cuba Terung Goreng Crispy Pula, Krup Krap Rangup!

Share

Bosan dengan menu pajeri apa kata kita pelbagaikan menu terung dengan terung goreng crispy pula. Bagi anda peminat terung, wajib cuba resipi ni.

Menu yang ringkas dan bahan pun cukup mudah. Confirm habis licin. Jom cuba resipi perkongsian Pn Zaharah Mazrul ni.

Ada peminat terung di sini? Kalau ada kita geng. Terung goreng crispy, jom kita pelbagai kan menu terung. Sedap!

Bahan-bahan:
Terung
Garam
Tepung bestari
Minyak untuk goreng

Potong terung macam dalam gambar.

Lepas tu taburkan garam halus sikit pada setiap terung tu dan perapkan dalam 10 minit.

Lepas perap (akan keluar air dari terung), lapkan terung dengan tisu untuk bagi kering sikit.

Last celup terung dalam tepung bestari dan boleh goreng.

Pastikan minyak dah cukup panas baru goreng ye.

Siap!

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Comelnya bila superhero cilik berkumpul ramai-ramai! Jom, daftarkan si manja ada di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/himpunan-little-hero/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN