
Roti yang dicelup dengan telur, keju dan sebagainya mungkin sudah terbiasa sebagai sajian untuk anak-anak dan keluarga. Apa kata musim PKP ini kita sajikan dengan menu unik dan kreatif untuk anak-anak dan suami di rumah.
Resipi yang dikongsikan oleh Pn Farisha Sofea ini memang awesome. Rangup terlebih bila digabungkan dengan salutan sardin. Memang terbaik. Rugi tak cuba!
Bahan Bahan :
Roti gardenia secukupnya (saya guna roti perancis)
1 tin sardin
1 biji bawang merah saiz sederhana -didadu
4 biji cili padi dihiris (boleh juga guna lada besar)
3 biji telur
1 sb sos cili
Sedikit lada putih
Potongkan roti kepada 2 atau 3 bahagian. Ketepikan seketika.
Di dalam mangkuk, satukan sardin, bawang merah, cili padi dan juga telur. Kacau sebati dan hancurkan sedikit isi ikan sardin.
Masukkan sos cili dan lada putih dan kacau rata. Kalau nak tambah bahan bahan lain pun boleh.
Celupkan roti ke dalam adunan tadi dan masak di atas kuali tahan lekat. Masak sehingga garing kedua dua belah permukaan.
Angkat dan hidangkan dengan sos.
Siap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Chawanmushi Homemade Nak Sedap Letak Bahan Ni Banyak-Banyak, Confirm Licin Dimakan!

Chawanmushi, hidangan pembuka selera yang cukup popular di Jepun yang dibuat daripada campuran telur dan digabungkan dengan bahan-bahan lainnya, dikukus sebati sekali gus memberi kesempurnaan rasa yang sempurna!
Apa yang pasti ianya begitu mudah disediakan. Jadi apa kata, kali ini kita layan selera anak-anak dan keluarga dengan menyediakan Chawanmushi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Arina Rashid ini.
Siapa peminat chawanmushi? Meh Rina nak share satu resepi yang rasa dia nak sama macam chawanmushi.
Sebenarnya chawanmushi ni telur kukus je. Nak buat dia punyalah senang. Tak sempat nak berpeluh pun. Paling puas hati boleh letak bahan banyak-banyak. Camtu sekali.
Untuk resepi telur kukus / steamed egg / chawanmushi korang sediakan blender, pengukus, bekas ramekin. Kalau takda, guna tipuware pun boleh.
Bahan-bahan dia:
3 biji telur
260g air
½ tsp garam
Cara Penyediaan:
Blend kesemua bahan kat atas sampai sebati.
Sediakan bekas. Kalau guna ramekin dapat 4 bekas. Kat bekas tu isilah segala apa-apa yang korang suka. Rina letak cendawan shitake dengan crabstick.
Tuang bancuhan telur tadi perlahan-lahan ke dalam bekas. Kalau ada buih, kaup buih tu buangkan. Ni sebab nak bagi cantik telur kukus tu nanti.
Nak tabur dengan daun bawang ke daun sup ke pun boleh. Lepastu kukus selama 20 minit.
Dah siap!
Super pantas dan berbaloi kan. Kalau chawanmushi dia guna dashi sebagai perisa. Kita guna garam pun dah ok dah tu.
Sebenarnya resepi asal dari cookidoo ni. Yang ada TM6 boleh refer resepi steamed egg dekat resepi Hainan Chicken Rice.
Setting tm6 untuk blend bahan-bahan atas tu ialah 6 sec, speed 4. Untuk kukus pulak, guna varoma tray, set kan masa 20 minit, suhu varoma, speed 3.
Selamat mencuba.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi ‘Simple’ Roti Bakar Ala Kopitiam, Ini Bahan Rahsianya!

Roti bakar antara menu popular yang boleh didapati di kedai kopi. Roti bakar juga antara juadah yang sering di pesan bersama kopi pekat. Bagi penggemar roti bakar, anda boleh cuba sendiri membuat roti bakar menggunakan roti keping sahaja.
Ikuti langkah demi langkah penyediaan roti bakar ala kopitiam yang mudah ini. Selamat mencuba!
Roti 3 bahan ala kopitiam🍞🧈
Bahan-bahan:
1. Roti
2. Sekaya (Sebarang jenama)
3. Mentega Buttercup
Cara-cara penyedian:
1. Potong bahagian tepi roti
2. Sapukan sekaya (Lebihkan untuk lebih lazat)
3. Potong mentega kepada kepingan besar, kemudian potong kepada 3 bahagian kecil (Pastikan mentega keras)
4. Susun mentega di atas roti
5. Bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit (Bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan)
Sedia untuk dinikmati! Selamat mencuba, Foodies✨
Kredit : Ziera Xiera
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Kek Batik Indulgence Versi Premium, Manisan Hari Raya. Anak-Anak Pun Suka!

Kek batik antara pemanis mulut yang paling mudah disediakan. Selain kegemaran anak-anak, tetamu di hari raya pun pasti teruja jika dihidang dengan kek batik premium ni!
Cara penyediaan sangat mudah, ikuti resepi perkongsian dari Mr Ali ini.
RESEPI KEK BATIK INDULGENCE EDISI PREMIUM BY MR ALI.
Resepi ni untuk Loyang 8 inci..ngam-ngam. kalau pakai loyang 5 inci dapat dua bekas saiz 5 inci. kalau pakai 6 inci akan dapat saiz 6 inci 1 bekas + 2 bekas sq450. Kalau pakai sq450 dapat 6 bekas
Baca Juga:
Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini
Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’
Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya
Bahan-bahan:
1. Kek batik
- 300 gram biskut merry
- Butter ada 3 pilihan boleh pilih nak yang mana satu
- 150 gram ( kalau pakai compound butter mcm buttercup atau marjerin)
- 200 gram ( kalau pakai pure butter mcm lurpak/anchor/scs/ golden churn)
- * kalau nak campur nisbah 1: 1contoh buttercup 100 gram dan pure butter 100 gram pun boleh so rasa balance xde rasa susu sgt.
- 1/3 cawan susu pekat
- 3/4 cawan full cream milk atau fresh milk. Boleh je mana-mana
- 1 biji telur
- 1/2 cawan serbuk koko
- 3/4 cawan milo
2. Cream cheese/ indulgence
- 250 g cream cheese
- 125 whipping cream DAIRY. ( resepi premium kena pakai dairy)
- 50 gram gula kastor/icing
- 1 sudu kecil essen vanilla
3. Chocolate ganache
- 200 gram dark chocolate
- 200 gram whipping cream dairy
- 1 sudu makan butter
🍫CARA- CARA> Ada 3 layers:
1. LAYER PERTAMA : KEK BATIK (sukatan refer pada bahan2 tadi)
- Masukkan butter kedalam kuali biar sampai cair. Api jangan kuat sangat.
dah cair tutup api biarkan dalam 3- 4 minit - Then masukkan susu pekat- serbuk koko- milo-susu full cream- dan telur.
- Buka api balik kacau perlahan2 sampai sebati dan tak berketul sgt. Kalau ketul2 kecik tu takpe je. Then tutup api.
- Masukkan biskut merry 300 gram patahkan kecik2 n gaul sebati. Nk sedap pakai muncyhs or brand Tesco.
- Dah sebati masuk dalam loyang. Loyang lapikan dengan baking paper atau plastik supaya senang nk keluarkan nanti
- Sejukkan dalam peti 20 minit
2. LAYER KEDUA- CREAM CHEESE / INDULGENCE
- Pukul 250 g cream cheese pada suhu bilik. Jangan pukul lama2 dah agak2 texture cantik masukkan gula icing atau gula kastor..mana2 yg hampa ada..then masukkan essen vanila, yogurt. Yogur ni pilihan. Tak nak masuk pun xpe. Sukatan yogurt: 1 sudu makan utk adunan resepi ini
- Pukul sebati.
- Pada bekas yg lain.. pukul 125 g whipping cream dairy sampai kental. Dah kental gaulkan sekali dengan cream cheese tadi guna kaedah kaup balik. Jgn pakai mixer. Pakai spatula shj
- Tuang atas lapisan kek batik n sejukkan 30 hingga 40 minit dalam peti bahagian chiller
3. LAYER KETIGA: CHOCOLATE GANACHE
- Pastikan semua bahan kering tak tercampur dengan air
- Double boil ( tips double boil refer tips di fb wall saya)
- Letak whipping cream- butter. Dalam 2 minit mcm tu masukkan pula dark chocolate
- Kacau perlahan lahan. Dah agak2 x berketul, licin dan cantik ganachenya tutup api
- Bagi ganache suam dulu dalam 15 minit bary tuang keatas lapisan cream cheese tadi
- Ratakan ganache jangan pakai sudu. Cuma alih2kan loyang kekiri n kenanan supaya rata
- Setkan dalam peti semalaman. atau lebih dari 7 Jam. WAJIB 7 JAM KEATAS SEBAB KITA TAK PAKAI GELATIN.
- Kalau nk pakai gelatin juga boleh tambah pada lapisan cream cheese tu ya
- 1 sudu besar gelatin + 50 ml air panas. ( kalau letak dalam bekas, tak perlu gelatin)
SELAMAT MENCUBA SEMUA
Kredit: Mr Ali
e
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI