Anak-anak pastinya antara yang cukup suka makan kentang goreng. Bosan digoreng kosong sahaja, apa kata kita tambahkan kegembiraan anak-anak dengan ekstra cheese macam ini.
Resipi french fries dengan carbonara bercheese ini memang buat anak teruja. Jom cuba resipi perkongsian Pn Mastura Razali. Sedap sungguh!
Bahan-bahan:
French fries
Tepung bestari
Sos carbonara
2 ulas bwg putih
Sedikit susu cair
Sosej -hiris kecil
Sepekat sup campbell mushroom chicken
Chili flakes, serbuk lada putih
Kepingan cheese
Jom cuba buat french fries gini pula. Sesekali layan sedap juga, sekilo french fries sekali hadap je dengan anak empat. Diorang cakap sedap, siap order lagi dengan ibu untuk esknya.
Kita bagi nama french fries carbonara bercheese. Resepi senang je guna apa yang ada.
First, goreng french fries dulu bagi garing. Saya salut dengan tepung bestari kentangnya, tepung kering goncang-goncang dalam bekas je. Lepas tugoreng. Siap ketepikan dulu.
Pastu sediakan sos carbonaranya. Bab ni kalau nak tukar sos nya pun boleh.
Panaskan butter tumis 2 ulas bawang putih, pastu masukkan susu cair/susu segar kemudian masukkan sosej. Nak ganti dengan daging kisar pun boleh.
Lepas tu masukkan soup campbells sepeket, saya guna mushroom chicken, tabur chili flakes sikit, serbuk lada putih sikit.. Siap.
Garam gula dan bahan perasa saya tak letak sebab rasanya dah ok.
Letak french fries dalam loyang @ bekas yang sesuai. Tuang sos carbonara, ratakan dan susun cheese. Kat rumah ni ada cheese slices je.
Kalau nak guna mozarella cheese lagi best hasilnya. Tabur lagi chili flakes, parsly dan oregano. Hias dengan sos cili, mayonis dan sos keju. Sedia untuk di bakar.
Bakar suhu 160, masa 15 -20 minit. Siap!
Menarik: Resipi Makaroni Cheese Goreng Versi Baby, Simple Boleh Tambah Berat Anak
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI